Saturday, May 28, 2011

Pembunuhan Abraham Lincoln:Presiden Amerika ke 16


Tidak kira sama ada usaha itu bersifat positif atau negatif,pasti ada pihak yang menjadi musuh dalam selimut.Pasti ada gunting dalam lipatan.Di dalam dunia yang penuh konspirasi ini,segala-galanya masih kabur dan samar-samar termasuk yang mencipta konspirasi itu sendiri.Tidak terkecuali bagi The Hidden Hand,yang dikatakan memiliki segala instrumen dan fasiliti yang lengkap dan hebat termasuk segala kemampuan propaganda dan kawalan minda,masih terdapat lompang dalam usaha-usahanya.Lompang ini akan mencipta masalah yang lain,menghidupkan api dalam sekam yang jika tidak dikawal,akan membakar seluruh drama konspirasi yang direncanakan.

Di dalam dunia konspirasi,seseorang perlu pandai bermain dengan strategi.Salah strategi maka segala rencana pasti hancur.Bermain dengan konspirasi laksana bermain buah catur.Perlu bijak menafsir gerakan lawan dan perlu menutup segala lompang yang ada bagi membunuh pergerakan lawan.Setiap buah lawan adalah penting walaupun sekadar bidak,apatah lagi sepenting kuda yang sukar dilihat pergerakannya dengan jelas dan mampu membunuh dengan senyap.Namun jika pertahanan kota rapuh,bukan sahaja permaisuri malah menteri-menterinya juga mampu mengacau raja yang lemah tanpa pertahanan.

Musuh perlu ditidurkan.Ini penting.Sebab adakalanya musuh itu mempunyai kekuatan misteri yang sukar untuk diagak kuasanya.Jadi caranya ialah menidurkan musuh-musuh tersebut.Para pengikut yang percaya juga perlu diracun habis-habisan,supaya mereka tetap mabuk dan mengikut kata sahaja tanpa banyak soal jawab.Masalahnya ialah racun yang digunakan.Ini kerana setiap racun pasti ada tempoh luputnya.Mereka akan tersedar.Masalah kedua ialah masa.Bila mereka akan tersedar?JIka tahu waktu yang tepat mereka akan pulih dari racun,maka senanglah mereka dipujuk untuk minum racun yang lain.Tetapi kadang-kadang racun tidak berfungsi dengan baik dan selalunya mereka tersedar sesuka hati tanpa pengetahuan.Jadi caranya ialah gunakan Plab B.Hapuskan saja!!

The Hidden Hand mempunyai cara yang khas untuk menghapuskan para pengikut Elitnya.Ia bukan cara biasa seperti membunuh penduduk Iraq dan Palestin atau penduduk kampung di Myanmar tetapi perlu dirancang tarikh,masa dan tempat supaya mengikut kepercayaan sihir yang dianuti,bagi mendapat berkat dan rahmat The All Seeing-Eye.Banyak pembunuhan berlaku di kalangan pengikut mereka sendiri,kerana 'mimpi' yang dipaksakan mereka sudah hilang dan mereka seperti terjaga dari segala pembohongan.Sehebat mana pun Illuminatus dan Masons,mereka tidak mampu menyekat fitrah manusia yang mahu berfikir.Bukan sahaja para Elit mereka malah patsies-patsies mereka juga adakalanya tersedar dari mimpi dan mula memberontak.The Hidden Hand juga manusia biasa.Pasti ada kesilapan dalam rancangannya.'American Dream' pasti akan lenyap dan The Hidden Hand sedar tentang itu.


Mari kita kembali ke tahun 1865.Pada malam 14 April,di sebuah melodrama Our American Cousin di Ford's Theatre di Washington,kelihatan Abraham Lincoln,presiden Amerika ke 16 di balai yang disediakan khas untuknya.Hadir bersama ialah General dan Mrs. Grant (telah keluar) serta Miss Clara Harris dan tunangnya,Major Henry R. Rathbone yang baru sahaja mengambil tempat mereka.Kira-kira pukul 10.30 malam,seorang pelakon,John Wilkes Booth telah memasuki balai Lincoln dan mendekati Lincoln dari arah belakang tanpa disedari oleh tetamu yang lain.Booth telah menembak Lincoln di kepala.Booth melompat dari atas pentas dan menjerit "Sic Semper Tyrannis" satu cogankata Virginia yang bermaksud "Thus ever to tyrants".Booth cuba melarikan diri tetapi tertangkap dan 'mati' 12 hari kemudiannya ketika cuba untuk menentang penahanannya.


Federal Reserve


Siapakah John Wilkes Booth?Mengapakah dia membunuh Abraham Lincoln?Setelah pengisytiharan kemerdekaan Amerika pada 4 Julai 1776,The Hidden Hand melalui hamba suruhan paling setianya,Rothschild merancang untuk mengambilalih sistem kewangan Amerika.Rothschild telah merangka draf perancangan penubuhan Federal Reserved sekian lama untuk mendominasi ekonomi Amerika.Apakah Federal Reserved?Adakah ia sebuah bank pusat milik kerajaan Amerika atau seperti Bank Negara?TIDAK SAMA SEKALI.Federal Reserved adalah sebuah bank swasta yang 'diupah' untuk mengeluarkan dolar dan mengawal ekonomi Amerika.

Federal Reserved adalah warisan kepada sistem bank yang telah lama wujud di Eropah dan didominasi oleh keluarga Rothschild sendiri.Apabila Amerika telah merdeka dari pengaruh British,maka sudah tentu rakyat Amerika mahu bebas dari sistem bank Rothschild.Dan sudah tentu Rothschild tidak akan membenarkan ini berlaku.Pelbagai usaha dilakukan oleh The Hidden Hand untuk memaksa presiden dan rakyat Amerika untuk menerima Federal Reserved sehingga ke tahap membunuh para presiden.Paul Warburg,seorang ejen yang bekerja untuk keluarga Rothchild dan juga beberapa anggota Skull and Bones (satu kelompok rahsia Dajjal yang disertai oleh keluarga Bush) adalah alat yang digunakan untuk mendirikan sistem bank pusat Federal Reserve di Amerika pada tahun 1913.

Presiden Andrew Jackson sudah menyatakan bahawa para peneraju bank pusat merupakan sebuah sarang penjahat dan pencuri,oleh itu beliau mahu mengusir mereka dari Amerika. Beliau juga menyatakan bahawa "jika orang Amerika mengetahui ketidakadilan dari sistem perbankan kita, maka akan terjadi sebuah revolusi esok pagi". Presiden Thomas Jefferson menyatakan, “Jika rakyat Amerika mengizinkan bank-bank swasta mengendalikan penerbitan wang mereka, pertama dengan inflasi, kemudian dengan penurunan mata wang, maka bank-bank dan perusahaan-perusahaan yang berkembang di sekitar mereka akan menyebabkan hilangnya semua kekayaan rakyat, sehingga apabila anak-anak bangun, mereka hidup tanpa rumah lagi di atas tanah yang nyatanya diperjuangkan nenek moyang mereka untuk menguasai tanah mereka ini.”Presiden Garfield ditembak dan dibunuh tidak lama setelah mengumumkan bahawa sesiapapun yang mengendalikan industri kewangan,akan mengendalikan perniagaan dan aktiviti semua orang. Pada suatu ketika Baron Nathan Mayer de Rothchild berkata,”Izinkan saya mengeluarkan wang dan mengendalikan wang suatu negara, dan saya tidak akan peduli terhadap siapa yang membuat undang-undang.”


Abraham Lincoln mengambil tindakan terhadap bank pusat pada masanya dan beliau dibunuh karena tindakannya itu.

Untuk merealisasikan kewujudan Federal Reserved,dua orang ejen Rothschild telah disusupkan ke kongres iaitu Alexander Hamilton dan Robert Morris.Mereka berjaya mendirikan Bank Amerika sebagai wakil dari Bank Pusat England.Namun keinginan mereka untuk mencetak wang melalui Bank Amerika tersebut digagalkan oleh kongres dan sejumlah tokoh Amerika yang mengetahui maksud jahat Yahudi Rothschild ini.

Thomas Jefferson pernah menulis surat kepada John Adams yang mengatakan bahawa pemerintah Amerika mesti menggagalkan usaha sewenang-wenangnya instrumen bank Rothschild dalam mencetak wang. Perkara ini meledakkan kemarahan Nathan Rothschild yang kemudian mendesak British agar menyerang Amerika dan peperangan pun terjadi. Rothschild juga melaga-lagakan antara pihak Amerika Utara dengan pihak Selatan terutama masalah perhambaan.Rothschild bermain di kedua belah pihak.Maka tercetuslah Perang Saudara Amerika yang terkenal itu.Ini dinamakan DIVIDE AND RULE taktik yang sama digunakan ke atas Tanah Melayu.


Setelah Lincoln menjadi presiden,beliau dengan beraninya memutuskan untuk menghapuskan perhambaan di seluruh Amerika yang mengharumkan namanya. Selain itu Lincoln juga mengeluarkan keputusan-keputusan yang menyekat segala konspirasi Yahudi. Akibatnya The Hidden Hand memutuskan Lincoln harus dilenyapkan.Penembak Lincoln (John Wilkes Booth) ditangkap dan dipenjarakan dan diberitakan mati selepas itu,namun sebenarnya Booth kemudian diselamatkan oleh The Knights of The Golden Circle (satu lagi kelompok rahsia Dajjal di Amerika) yang didirikan George Bickey dan Booth dilarikan ke England.

Gambar-gambar tanah runtuh di Hulu Langat

21 MEI 2011: Anggota bomba dan penyelamat serta orang ramai mengangkat salah satu mayat mangsa tragedi tanah runtuh yang meranapkan Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, di Kampung Sungai Gahal, Batu 14, Hulu Langat, dekat Kajang. - Utusan/SYEFRI MONIZ
21 MEI 2011: Keadaan Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Gahal, Batu 14, Hulu Langat dekat Kajang. Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. - Utusan/SYEFRI MONIZ
SELERAK...keadaan di dalam Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat yang dilanda tanah runtuh.
SELERAK...keadaan di dalam Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat yang dilanda tanah runtuh.
Hulu Langat 21 May 2011 : Kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat. Gambar oleh Aizuddin Saad
Hulu Langat 21 May 2011 : Kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat. Gambar oleh Aizuddin Saad
Hulu Langat 21 May 2011 : Kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat. Gambar oleh Aizuddin Saad
Hulu Langat 21 May 2011 : Kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat. Gambar oleh Aizuddin Saad
HULU LANGAT 21 May 2011 Kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia (PYMA), Lembah Azwin Hulu Langat. Pix Yazit Razali
HULU LANGAT 21 May 2011 Kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia (PYMA), Lembah Azwin Hulu Langat. Pix Yazit Razali
HULU LANGAT 21 May 2011 Kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia (PYMA), Lembah Azwin Hulu Langat. Pix Yazit Razali
HULU LANGAT 21 May 2011 Kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia (PYMA), Lembah Azwin Hulu Langat. Pix Yazit Razali
BERTUNGKUS-LUMUS...sehingga lewat petang Sabtu, sembilan daripada 24 mangsa telah dikeluarkan dengan tiga orang terkorban.
BERTUNGKUS-LUMUS...sehingga lewat petang Sabtu, sembilan daripada 24 mangsa telah dikeluarkan dengan tiga orang terkorban.
MAHU TAHU...orang ramai mula membanjiri tapak tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat, namun kawasan itu ditutup kepada awam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
MAHU TAHU...orang ramai mula membanjiri tapak tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat, namun kawasan itu ditutup kepada awam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
KORBAN...seorang penghuni rumah anak yatim yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh dihantar ke hospital.
KORBAN...seorang penghuni rumah anak yatim yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh dihantar ke hospital.
TRAGEDI...Rumah Anak Yatim al-Takwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat ditimbus tanah runtuh mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak terkorban.
TRAGEDI...Rumah Anak Yatim al-Takwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat ditimbus tanah runtuh mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak terkorban.
SELAMAT...seorang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari tapak tanah runtuh yang menimbus sebahagian Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Kajang.
SELAMAT...seorang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari tapak tanah runtuh yang menimbus sebahagian Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Kajang.
Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat. Foto:Chua Kok Hwa/THE STAR
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah seorang mangsa yang
terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat semalam.
ANGGOTA penyelamat membantu seorang mangsa yang cedera dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di Hulu Langat semalam.
MUHYIDDIN tiba di lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat malam tadi.
SEKUMPULAN murid tahfiz melihat jenazah tujuh mangsa tanah runtuh untuk disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14, Hulu Langat, tengah hari tadi. Mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal itu dikebumikan dalam satu liang lahad selepas solat Zohor tadi. - Foto BERNAMA
ORANG ramai hadir ke lokasi tragedi di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, hari ini bagi mendapatkan gambaran lebih dekat situasi kejadian tanah runtuh selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. - Foto Aizuddin Saad.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, malam tadi. Dalam tinjauan itu, Muhyiddin mengumumkan bantuan kerajaan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa tragedi itu. - Foto Sairien Nafis
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meninjau tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. Foto: Sairien Nafis (22/05/2011)
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meninjau tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. Foto: Sairien Nafis (22/05/2011)
JENAZAH tujuh orang pelajar Madrasah Al-Takwa, Sungai Gahal dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding. Foto: Mustaffa Kamal (22/05/2011)
JENAZAH tujuh orang pelajar Madrasah Al-Takwa, Sungai Gahal dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding. Foto: Mustaffa Kamal (22/05/2011)
WARIS melihat jenazah untuk kali terakhir selepas sembahyang jenazah di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk tujuh jenazah tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. Foto: Supian Ahmad (22/05/2011)
WARIS melihat jenazah untuk kali terakhir selepas sembahyang jenazah di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk tujuh jenazah tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. Foto: Supian Ahmad (22/05/2011)
ASMAH Yassin, 48, ibu kepada mangsa tanah runtuh, Mohd Syafiq Ibrahim, 22, tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya di Hospital Ampang. Foto: Yong Chee Choong (22/05/2011)
ASMAH Yassin, 48, ibu kepada mangsa tanah runtuh, Mohd Syafiq Ibrahim, 22, tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya di Hospital Ampang. Foto: Yong Chee Choong (22/05/2011)
Sungguh menyayatkan hati bila melihat mayat-mayat yang tertimbus oleh bertan-tan tanah.
Mereka mati tertimbus hidup-hidup tanpa sebarang amaran.
Allah Mahakuasa kepadaNyalah kita berdoa agar dijauhkan segala malapetaka.Semuga roh mereka semua
dicucuri rahmat Allah SWT.
21 MEI 2011: Para anggota penyelamat dan orang ramai berusaha mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, di Kampung Sungai Gahal, Batu 14, Hulu Langat, dekat Kajang. - Utusan/SYEFRI MONIZ
ROSAK...kerajaan mungkin akan merobohkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa jika ia didapati tidak selamat lagi untuk didiami.
ROSAK...kerajaan mungkin akan merobohkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa jika ia didapati tidak selamat lagi untuk didiami.

















Trajedi Tripoli: Suatu Kejanggalan Nyata

Trajedi 2011
Sebahagian penduduk dunia mengatakan bahawa kejadian besar yang berlaku di dunia seperti peperangan dan seumpamanya ada kaitan dengan perlakuan ganjil dalam sistem kosmik dan terjadi hanya pada hari-hari yang tertentu dalam bidang astrologi. Pendapat ini bertepatan dengan pegangan dan keyakinan pertubuhan rahsia (secret society) yang dikenali sebagai Illuminati/Masons. Pegangan ini sebenarnya berdasarkan kefahaman kuno pengamal ajaran Kabbalah yang kini telah dikesan sebagai para penyembah syaitan.

Pada 19 Mac, 2011 yang lalu serangan terhadap Libya dilancarkan, secara kebetulan pula hari tersebut adalah hari berlakunya supermoon (bulan kelihatan lebih besar dan terang dari biasa). Adakah ia terjadi secara kebetulan? Atau sememangnya disengajakan untuk melengkapkan ritual keagamaan penyembah syaitan iaitu acara persembahan darah (blood sacrifice)?

Pendapat ini bersandarkan peristiwa yang berlaku pada tarikh serangan ke atas Iraq yang dilancarkan oleh Presiden Bush 19 Mac, 2003. Tetapi pada hari tersebut tidak pula berlakunya supermoon seperti pada 19 Mac, 2011 yang lalu. Persamaan tarikh 19 Mac (19/3) menimbul persoalan, adakah 19-3 sesuatu nombor yang istimewa sebagaimana 9-11? Kenapa ia dipilih sebagai tarikh serangan menjadi satu tandatanya tambahan pula ia melibatkan nombor-nombor ganjil.

Walau bagaimana pun, dapat disimpulkan bahawa ia bukanlah sesuatu kebetulan berdasarkan kata-kata General Wesley Clark, sehari selepas berlakunya peristiwa 9-11: “Kita akan memusnahkan 7 negara dalam 5 tahun!” . Tujuh buah negara yang dimaksudkan ialah Iraq, Syria, Lebanon, LIBYA, Somalia, Sudan dan Iran.
Mungkinkah negara yang akan menerima nasib malang selepas ini ialah Syria? Sama-samalah kita nantikan.

General Wesley Clark
Tanda-tanda ini sudah semakin jelas apabila Robert Gates, US secretary of defence mengatakan baru-baru ini “Syria wajar mengikut langkah Mesir dan tentera Syria sepatutnya melancarkan revolusi”.

Robert Gate

Sepintas lalu kelihatan siri revolusi yang tercetus di negara-negara Arab adalah satu kebangkitan rakyat Arab kerana tidak puas hati kepada para pemimpinnya. Dunia melihat ia sebagai sesuatu yang wajar dan perlu malah disokong oleh semua media antarabangsa. Dunia Arab harus mendapat pembelaan untuk melaksanakan sistem demokrasi sepenuhnya sebagaimana amalan negara maju.

Dunia Islam pula rata-rata memberikan respon positif bahawa kebangkitan Islam di akhir zaman sedang bermula. Rakyat negara Arab bangun memberontak terhadap pemimpin mereka yang dikatakan tamak, penindas, jahat serta tunduk takut kepada negara Yahudi, Israel. Betapa seronoknya umat Islam bersorak dan menyokong revolusi ini.

Sangkaan ini tiba-tiba berubah selepas serangan bertaliarus tentera NATO terhadap Libya dan membunuh ramai orang awam, sebahagian umat Islam terkejut dan mula sangsi. Kenapa NATO begitu pantas menyerang Libya, membunuh orang awam dan melumpuhkan tentera Libya sebaik sahaja mendapat mandat PBB mengawal ruang udara. Mereka mengebom bangunan dan pasarana di beberapa bandar utama Libya. Ramai orang awam terbunuh tetapi seperti biasa, mereka menafikannya. Padahal sewajarnya mereka melindungi orang awam sebagaimana mandat yang diperolehi. Serangan yang dilakukan itu pula umpama serang hendap, tanpa mengisytiharkan perang. Ini merupakan satu penipuan secara terang-terangan, perbuatan dayus dan tidak bermoral.

NATO

Apakah Libya akan menerima nasib yang sama seperti Iraq? Petunjuk yang ada sememangnya menjurus ke arah ini. Kerana terlalu emosi inginkan perubahan, akhirnya rakyat hidup menderita, kehilangan harta dan nyawa sementara hasil bumi dirampas orang asing. Penipuan demi penipuan dan pembohongan demi pembohongan diatur bagi mengelabui pemikiran bangsa Arab, namun mereka masih belum sedar percaturan penjajah dan penjarah moden ini.


Memang terdapat tanda-tanda wujudnya sentuhan “tangan ghaib” di sana (Libya) . Beberapa keadaan dilihat seolah-olah telah dirancang , diatur dan ditaja oleh kuasa asing (mungkin ada kuasa lain di belakang USA)?

Atas dasar apa NATO menyerang secara brutal terhadap Libya? Adakah anda percaya ia dikaitkan dengan sumber petrolium yang banyak di bumi Libya (dianggarkan mampu mengeluarkan 200 billion tong sehari) atau ada sebab-sebab lain? Pastinya alasan untuk membantu menyelamatkan orang awam adalah pembohongan semata.


Kita boleh lihat sesuatu yang aneh di sini. Apabila negara yang kaya hasil buminya menghadapi masalah segera mendapat reaksi dan simpati dari PBB dan USA (serta sahabat-sahabatnya). Manakala negara miskin seperti Myanmar dan tentunya beberapa negara Afrika dibiarkan begitu sahaja walaupun berulangkali meminta simpati. Kebetulan pula negara pengeluar minyak ini terdiri dari negara Arab yang bermusuh dengan Israel dan majoriti rakyatnya beragama Islam. Adakah semua ini adalah satu kebetulan?

Satu faktor nyata yang boleh menerangkan keadaan ini. Biaya operasi bukan sedikit. Oleh itu pastinya ada pihak yang terpaksa menampung kos sepanjang operasi tentera NATO ini, mustahil ia dilakukan secara percuma hanya kerana bersimpati terhadap pemberontak.

Siapakah mereka jika bukan pemilik syarikat minyak dunia dari USA dan Eropah? Kejayaan dari operasi ini akan memberikan keuntungan yang lumayan. Tentunya apa yang bakal berlaku ialah kesengsaraan rakyat Libya sendiri yang terpaksa menyerahkan telaga-telaga minyak untuk dikeringkan oleh NATO mewakili penderma dana perang berkenaan. Hakikatnya rakyat Libya sendirilah yang terpaksa membayar harga peperangan/serangan tersebut. Hal yang sama telah terjadi kepada Iraq. Ia tidak berlaku pada sebahagian negara Afrika (yang tidak mempunyai sumber minyak/mineral) walaupun bepuluh tahun terjebak dalam perang saudara.

Pihak NATO mendapat keuntungan yang lain pula, mereka berjaya membuang dan memusnahkan sebahagian dari peluru dan bom yang telah lama tersimpan digudang-gudang tanpa perlu mengalami sebarang kerugian. Sementara itu rakan karib NATO (mungkin pelobi utama), Israel pula akan merasa lebih selamat jika semua negara Arab yang memusuhinya tidak lagi mampu menggugatnya malah memberi peluang pula untuknya bersama-sama mengikis hasil bumi Arab.

Di mana Liga Arab? Mereka membiarkan sahaja konflik berlaku di negara anggota dan memerhati sahaja serangan NATO? Sesia sahaja pertubuhan ini diwujudkan.

Apa yang jelas, kesemuanya telah diatur oleh para perancang yang dipercayai pendokong NWO (New World Order - Order Baru Dunia). Fenomena ini jelas dapat dilihat, sebaik sahaja mendapat beberapa kejayaan hasil bantuan penceroboh, pemberontak Libya secara tiba-tiba menubuhkan Bank Pusat yang baru (berasingan) disamping mengendalikan sendiri telaga-telaga minyak di kawasan yang ditawan. Menubuhkan pula Syarikat Minyak Negara yang baru bagi membolehkan mereka membuat perjanjian dengan beberapa syarikat minyak dunia walaupun belum berjaya menumbangkan Muammar Gadhafi. Mereka mampu berperang di siang hari dan membangunkan Bank Pusat dan Syarikat Minyak pada malamnya. Adakah bangsa Libya ini sememangnya hebat sehingga boleh melaksanakan sesuatu yang sangat luar biasa? Sesuatu yang tidak lazim berlaku kepada penduduk dunia. Apakah matlamat mereka dan kenapa begitu tergesa-gesa?


Adakah ia sebenarnya datang dari usaha pihak luar (ejen NWO) yang ingin segera membuat keuntungan dan mengalirkan wang hasil minyak kepada pemberontak yang mereka taja? Supaya tidak kelihatan seperti merompak walaupun itulah hakikatnya. Tidak segan silu apatah lagi merasa malu kepada penduduk dunia kerana terlalu asyik dan mengidam emas hitam yang semestinya lumayan dari padang pasir Libya ini. Tidak dapat bersabar lebih lama, terlalu lambat rasanya untuk menanti sehingga Gadhafi tewas atau mati. Walaupun gagal membunuh Gadhafi melalui beberapa siri serangan udara, mereka tetap melaksanakan apa yang telah dirancang. Perjumpaan telah diatur di Eropah bagi membincangkan mengenai Libya tanpa Gadhafi, padahal Gadhafi masih hidup dan bertahan di Libya. Pasti ada sesuatu rahsia terselindung di sebalik kejadian ini. Kenapa mereka begitu sibuk merencanakan hal ehwal Libya ini? Sudah mula terbayang belang mereka.

Adalah tidak mustahil, dalam masa terdekat ini seluruh negara Arab akan menjadi milik NWO (dijangka akan berpusat di Israel), kini dikatakan diselia di USA. Kawalan ke atas sebahagian besar sumber petrolium dunia akan menjadi milik mereka. Kekayaan ini sangat membantu dalam usaha mereka menguasai dunia secara keseluruhan dan memaksa seluruh penduduk dunia tunduk dan patuh kepada mereka. One World Government yang selama ini hanya dianggap sebagai satu teori dalam skop konspirasi zionis, sudah semakin ketara kewujudannya.

Dalam pada itu, kejayaan ini juga membuka ruang yang luas kepada Israel melebarkan wilayahnya ke seluruh Pelestin, Jordan, Lubnan, sebahagian Syria dan Mesir untuk menubuh “Israel Raya” sebagaimana yang tercatat dalam Protokol Zion. Ini juga perancangan NWO yang dipercayai dikuasai sepenuhnya oleh zionis antarabangsa. Apa yang menyedihkan ianya terhasil dari manipulasi terhadap kedunguan orang Arab sehingga sanggup menumpahkan darah saudara sebangsa dan seagama secara besar-besaran (kononnya satu revolusi). Sengketa demi sengketa berterusan dan akhirnya berbunuhan sesama sendiri. Zionis secara berselindung disebalik CIA dan MOSSAD menaja perselisihan di kalangan kaum-kaum bangsa Arab ini bagi memudahkan laluan mereka.


Mereka menyusup masuk dikedua-dua belah pihak dan mengapikan permusuhan walau hanya dengan isu remeh temeh. Membiayai para penentang kerajaan agar merancakkan lagi api sengketa. Setelah meranapkan sesabuah negara, ia akan dibiarkan terus bergolak seperti mana apa yang terjadi pada Iraq sekarang. Apa yang dihajatkan ialah setiap negara Arab langsung tidak mempunyai ruang masa untuk berfikir mengenai musuh mereka sebenar (Israel). Jauh sekali bersiap sedia menghadapinya. Mereka akan berterusan menjadi makanan Yahudi. Keadaan di Iraq tentunya tidak seburuk ini sekiranya Saddam Hussein masih memerintah. Sudah terlambat untuk menyesal.

Kasihan bangsa Arab yang telah menjadi mangsa NWO dan nantilah pula giliran kita Malaysia selepas ini. Adakah anda percaya? Berhati-hatilah terhadap Zionis timur (Singapura) dan berdoalah semoga tidak senasib dengan bangsa Arab. Apa yang berlaku di Libya tidak mustahil juga akan berlaku di Malaysia dan Indonesia. Telah dapat dilihat bayangan ini walaupun masih samar. Di negara kita contohnya, bunga api sedang rancak dipertontonkan melalui sandiwara politik. Peliknya, ia hanya berkisar di sekitar bangsa Melayu/Islam. Jika tidak berhati-hati, bersedialah menyambut kemusnahan akibat kedunguan sendiri.


Remember the NWO speech that Bush held before the UN? He stated very clearly that they will succeed. All the rules and regulations are of no importance or value if it undermines the NWO agenda. At this point in time all organisations of any significance are invested with NWO agents. NATO is an important organisation to have in your pocket for the NWO cause. If this NWO agenda needs to succeed, things like happening in Libya are an xample of how they operate.
It is very difficult to conquer the world without blowing it to pieces today, so what they do....? Manipulate the enemy in such a way that they will invite you in.....and ask you to take care of business?

Perlembagaan Illuminati - Satu Penipuan di Akhir Zaman


Berikut adalah merupakan bahagian pertama daripada siri tulisan saya mengenai apa yang termaktub di dalam Deraf Perlembagaan Illuminati. Dalam bahagian pertama ini saya akan mengupas serba sedikit mengenai Artikel 1 Perlembagaan Illuminati yang akan menyentuh perihal hak-hak persendirian.

Bagi kebanyakan anda, deraf perlembagaan ini kelihatannya tidak begitu relevan dengan kehidupan kita sekarang. Namun harus difahami bahawa maksud-maksud yang termaktub didalam perlembagaan ini akan diserapkan juga ke dalam undang-undang mana-mana negara (termasuklah Malaysia) kelak sekiranya proxy-proxy Illuminati berjaya dalam usaha mereka mengambil-alih pemerintahan negara itu kelak. Para pembaca juga diingatkan disini bahawa sekiranya Dajal Laknatullah berjaya menjadi pemerintah dunia sejagat, maka perlembagaan inilah yang akan diperkenalkan dan diwajibkan kepada semua umat sejagat. Jika dibaca sekali imbas kelihatannya seolah-olah perlembagaan ini merupakan suatu perlembagaan yang ideal, namun hakikatnya ia cuma merupakan satu pembohongan yang bertujuan mengabui mata kelompok masyarakat yang hatinya telah dibutakan oleh ketaksuban dan kehilangan iman.


Oleh itu sebaiknya pengetahuan mengenai perlembagaan ini kita simpan sebagai pengetahuan umum didalam pemikiran kita kelak, agar membantu para pejuang bangsa dan agama mengenalpasti siapakah bakal pemimpin negara dimasa hadapan yang bertopengkan islam namun merupakan sebenarnya proksi kepada Pertubuhan Rahsia Bermata Satu (Dajal) iaitu Illuminati.


Artikel 1a. Periytiharan Hak Persendirian


  1. Hak ke atas nyawa.
  2. Hak untuk mengejar kebahagiaan tanpa mengganggu hak individu lain.
  3. Hak ke atas harta sendiri, samada secara intelek mahupun berjasad.
  4. Hak untuk melakukan apa-apa sahaja demi meneruskan atau menamatkan nyawa diri sendiri tanpa merosakkan persekitaran alam. Persekitaran adalah milik semua dan membahayakan persekitaran adalah mencabuli hak individu lain.
  5. Hak untuk mencari nafkah melalui usaha seseorang secara mental atau fizikal atau keduanya.
  6. Hak untuk melindungi diri dan harta
  7. Hak mempunyai anak HANYA sekiranya ibu-bapa boleh menjamin makanan, tempat tinggal, pakaian, keselamatan, pendidikan dan perubatan.
  8. Hak untuk berniaga serta tertakluk kepada persetujuan atau kontrak bersama.
  9. Hak untuk privasi dalam segala bentuk.


Perkara pertama yang patut disedari bahawa dalam kesemua hak-hak yang dinyatakan di atas, tiada satupun menyebut bahawa hak seseorang untuk beragama adalah dijamin. Walaupun didalam artikel 18 ada dikatakan "Kerajaan hendaklah melaksanakan permisahan sepenuhnya perihal agama daripada negeri dan kerajaan namun tidak akan membuat apa-apa undang-undang berkenaan agama atau menghalang kebebasannya " namun perkara ini akan termaktub kepada sekatan-sekatan lain iaitu:-


Artikel 1

  • Hak untuk mengejar kebahagiaan tanpa mengganggu hak individu lain" (perenggan 1 artikel 1(a))
  • Persekitaran adalah milik semua dan membahayakan persekitaran adalah mencabuli hak individu lain" (perenggan 4 artikel 1(a))
  • "Hak untuk privasi dalam segala bentuk" (perenggan 9 artikel 1(a))


Artikel 1b

  • ".. dan hanya kerajaan yang memegang kuasa ekslusif untuk melaksanakan apa-apa peraturan ke atas perlakuan sosial di atas muka bumi.." (Seksyen 1)
  • "Manusia dan makhluk bertamadun; dalam melaksanakan peralatan asas seperti fikiran mereka untuk mencapai ilmu pengetahuan demi mengekalkan kebebasan; atau untuk bertindak dibawah rational pendapat diri sendiri adalah memerlukan institusi kerajaan" (Seksyen 1)
  • "Kebebasan individu hanya boleh dicerobohi menggunakan kekerasan fizikal. Untuk sebab ini, kerajaan mempunyai monopoly ke atas penggunaan kekerasan dan hukuman ke atas penjenayah" (Seksyen 2)


ARTIKEL 1(A) DAN 1(B) PERLEMBAGAAN ILLUMINATI - TIADA PERLINDUNGAN KEPADA KEBEBASAN BERAGAMA DAN BUDAYA.


Merujuk kepada sekatan-sekatan di atas, adalah jelas bahawa hak beragama di bawah artikel 18 telahpun dibataskan oleh artikel 1(a) dan 1(b) Perlembagaan Illuminati. Sebenarnya langsung tidak wujud kebebasan beragama kerana hakikatnya tidak wujud sebarang agama yang bebas daripada tuduhan boleh mengganggu privasi kepada pihak lain yang tidak menganut agama tersebut. Contoh paling dekat adalah petisyen azan yang pernah dimajukan oleh Teresa Kok daripada parti DAP. Agak malang bagi Puan Teresa kerana bukanlah rakyat dibawah Perlembagaan Illuminati kerana Kerajaan Illuminati seudah tentu akan menyokong petisyen beliau dan memperkenalkan "Teresa Law" bagi mengharamkan berkumandangnya azan di seluruh negara. Boleh juga dibayangkan apa boleh berlaku sekiranya ada pihak yang memfailkan pula petisyen memohon agar Thaipussam dihalang atas alasan mengganggu hak individu tertentu menggunakan laluan trafik, dan cuba bayangkan juga apa akan berlaku apabila wujud pula petisyen-petisyen melampau contohnya bagi menghalang pembakaran mayat (kerana mencemar udara), membantah nyayian gereja, menghalang masakan babi disemua tempat (kerana bau tidak menyenangkan kepada jiran dan orang yang duduk disebelah anda dipawagam), menghalang perayaan rumah terbuka (kerana menyebabkan gangguan lalulintas), menghalang latihan tarian singa (bising konon) dan lain-lain.

Oleh kerana setiap agama dan setiap budaya mempunyai ajaran / aktiviti yang dilakukan dihadapan umum, maka hakikat yang perlu diterima oleh semua bangsa dan agama adalah akan sentiasa ada diantara aktiviti-aktiviti tersebut yang akan dianggap "mengganggu" kepada individu yang tidak menganutinya serta tidak peka hidup bermasyarakat. Namun perasaan "terganggu" ini sebenarnya subjektif dan hanya bersifat individu kepada satu-satu orang tertentu dan bukan bersifat majoriti. Seseorang yang mengamalkan sikap "toleransi" tidak akan menganggap azan atau dram tarian singa atau thaipusam atau nyayian gereja pada pagi/petang ahad itu sebagai mengganggu. Namun seseorang yang hanya memikirkan dirinya sendiri serta tidak tahu hidup bermasyarakat sahaja yang akan berfikiran sedemikian.


Dalam mana-mana masyarakat berbilang kaum, sebenarnya secara automatik wujud dua jenis 'kontrak' iaitu 'kontrak sosial' (merujuk kepada hak antara kaum dalam golongan yang besar) dan 'kontrak rasional' (merujuk kepada penggunaan 'common sense' dan 'rasional' antara individu-individu berlainan agama dan budaya dalam komuniti setempat). Kontrak Rasional adalah sub kepada Kontrak Sosial yang menyatakan bahawa kita hendaklah bertoleransi dan bertanggungjawab dengan tindakan kita sendiri (secara individu) yang meletakkan diri kita terlaku dekat dengan masyarakat yang hanya melaksanakan kontrak sosial mereka.


Di Malaysia contohnya, masyarakat bukan melayu secara umumnya tidak mempertikaikan tindakan koorporat cina yang umumnya hanya mengutamakan individu cina dalam pengambilan pekerja. Ini adalah contoh "kontrak rasional" yang merupakan sub kepada "kontrak sosial" dimana masyarakat bukan melayu telah menerima hakikat bahawa masyarakat cina ingin menentukan halatuju kemewahan ekonomi yang mereka jana. Oleh itu kita pun merasa gembira kerana masyarakat cina juga sebelum tidak pernah cuba mempertikaikan keistimewaan orang melayu dalam politik kerana ini juga adalah rasional kepada kontrak sosial iaitu orang melayulah yang merupakan penduduk asal tanah melayu dan merupakan bangsa yang berjuang menentang sejarah penjajahan.


Saya tidak begitu tahu tentang nisbah penduduk Kinrara yang terlibat didalam Petisyen Azan oleh Teresa Kok (kerana saya tidak berasal dari Selangor). Namun saya difahamkan bahawa petisyen tersebut ditandatangani oleh 100 individu. Merujuk kepada laman web Bandar Kinrara, dinyatakan bahawa pembinaan ke atas 1,904 ekar tanah sedang rancak dijalankan semenjak 1991 dan dijangka akan terdapat 16,779 unit rumah dibina. Jadi saya rasa adalah agak tepat untuk mengandaikan bahawa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana unit rumah yang dibina berjauhan sedikit dengan Masjid Kinrara sekiranya mereka tidak ingin tidur mereka terganggu. Namun sekiranya mereka tetap juga dengan keputusan membeli unit berdekatan dengan masjid kinrara maka 'common sense' dan 'rasional' hendaklah terpakai. Contohnya sekiranya saya sengaja membeli rumah dalam lingkungan 500 meter daripada gereja, maka patutkah saya marah sekiranya tidur cuti hujung minggu saya terganggu oleh khutbah atau nyanyian gereja?


ARTIKEL 18 PERLEMBAGAAN ILLUMINATI - PEMISAHAN AGAMA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN, SEKULAR ATAU ATHIEST?


Dikatakan bahawa Artikel Illuminati mempunyai 45 artikel dan didalam kesemua artikel itu hanya Artikel 1a yang kelihatannya memperuntukkan hak-hak kepada rakyat. Yang selebihnya artikel 1b sehingga 45 sebenarnya memberi kuasa kepada kerajaan ke atas rakyat, malahan terdapat banyak pengecualian di dalam artikel-artikel lain yang sebenarnya memberi lampu hijau agar kerajaan mengetepikan hak rakyat dibawah artikel 1a.

Di dalam artikel 8 telahn dinyatakan bahawa "(i) Kerajaan hendaklah melaksanakan permisahan sepenuhnya perihal agama daripada negeri dan kerajaan namun tidak akan membuat apa-apa undang-undang berkenaan agama atau menghalang kebebasannya, atau (ii) menghalang kebebasan bersuara, atau (iii) kebebasan akhbar, atau (iv) hak kepada rakyat untuk berkumpul, serta (v) hak untuk mempetisyen kepada kerajaan untuk meluahkan rasa tidak puas hati".


Ramai masyarakat dunia hari ini telah berjaya dipesongkan oleh dakyah Freemason dan Illuminati yang mendefinasikan tindakan memisahkan agama dan kerajaan sebagai tindakan 'sekular'. Perlu diingatkan semua bahawa 'sekular' bermaksud 'beragama namun tidak mengamalkannya' (atau dalam maksud sebenarnya disisi islam adalah seperti seorang muslim tapi tidak bersembahyang iaitu "kafir"). Sekular adalah berbeza dengan athiest seorang sekular tidak akan memisahkan dirinya dan orang lain daripada idea kewajipan bertuhan dan beragama, cuma dia sendiri yang sengaja tidak melaksanakannnya kerana merasa malas atau tidak perlu. Seorang athiest pula akan menafikan serta memisahkan sama sekali kewujudan bertuhan dan keperluan tuntutan agama dalam hidupnya dan hidup orang lain kerana dia sebenarnya enggan mengaku tuhan itu ada.


Perlu dinyatakan disini bahawa tiada satu pun agama yang membenarkan pemisahan agama daripada hidup sosial penganutnya. Tidak samada agama itu Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Yahudi atau lain-lain, kesemua agama ada mengkehendaki pemimpin seorang yang patuh pada ajaran-ajaran Tuhannya dan ajaran- nabinya.


Merujuk kepada maksud sebenar pecahan (i) Artikel 18 tersebut, maka jelas disini bahawa Perlembagaan Illuminati akan memastikan tuntutan agama bukan sahaja akan dipisahkan daripada pentadbiran kerajaan, malahan keengganan kerajaan membuat apa-apa undang-undang berkenaan agama bermaksud kerajaan juga akan memisahkan kewajipan beragama daripada rakyatnya dan oleh kerana artikel 1(b) telah menyatakan bahawa Kerajaan berkuasa menentukan tindak-tanduk sosial rakyatnya (tentunya termasuk aktiviti beragama) maka jelas disini bahawa Kerajaan Illuminati bukanlah sekadar kerajaan sekular, sebaliknya adalah kerajaan athiest.


Athiest merupakan seburuk-buruk makhluk di muka bumi ini kerana hakikatnya makhluk paling bejat di dunia iaitu Iblis pun mengakui bahawa Allah itu wujud. Namun Iblis juga sering mendatangani manusia diakhir hayatnya demi memujuk manusia tersebut agar berkata bahawa "Allah itu tiada". Maka sekiranya terpedaya dengan pujukan iblis, kekallah selamanya manusia itu didalam neraka dan ketawalah Iblis kerana berjaya menghinakan manusia iatu lebih hina daripada Iblis.


Kesimpulannya, ahli-ahli politik didalam Kerajaan Freemason dan Illuminati adalah lebih hina daripada Iblis dan Dajal yang mereka sembah kerana apabila mereka memisahkan agama dan Tuhan daripada kerajaan mereka, maka mereka sebenarnya adalah athiest iaitu sehina-hina makhluk dimuka bumi.


Didunia kini, negara ketua kepada dasar pemisahan agama dari kerajaan adalah Amerika Syarikat. Namun walaupun pada hakikat sebenarnya ajaran Masonic sebenarnya mahukan agar pengikutnya menjadi athiest, namun buat masa ini propaganda politik lebih kepada menukarkan pegangan kerohanian rakyatnya menjadi sekular iaitu memisahkan jiwa mereka daripada kehendak-kehendak agama mereka.


Di Malaysia, Kecenderungan memisahkan agama dengan pegangan politiknya boleh dilihat terselit didalam tindak-tanduk Dato Seri Anwar Ibrahim apabila enggan bermuhabalah. Hakikatnya keengganan beliau bermuhabalah bukanlah disebabkan oleh keengganan beliau bersumpah kerana sepertimana yang kita tahu, beliau langsung tidak kisah dengan pengikut-pengikutnya seperti Raja Petra, P. Balasubramaniam, Dr. Pusrawi, Dr. Munawar Ahmad Anees, Sukma, Meor Razak dan Nalla Kurapan untuk bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dengan mengiktiraf format Sumpah dibawah Akta Akuan Berkanun 1960 namun enggan mengiktiraf format Sumpah Saiful secara Muhabalah disisi agama (atas alasan tidak sah disisi undang-undang dunia?), maka jelaslah bahawa pemimpin PKR ini telah mematuhi polisi pemisahan agama daripada wadah politiknya sendiri. Tidak syak lagi sekiranya PKR berjaya memerintah, maka Artikel 18 Perlembagaan Illuminati akan diserapkan (walaupun secara berselindung) ke seluruh cabang kerajaan.


Sekiranya Muhabalah Saiful Bukhari itu mencukupi dibalas dengan Akuan Berkanun beliau dibawah Akta Akuan Berkanun 1960 yang tidak memerlukan nama Allah dan Rasul disebut, maka saya rasa sudah tentu Anwar Ibrahim rela memfailkan Akuan Berkanun setebal buku telefon bagi membuktikan dia tidak meliwat. Namun masalah sebenarnya adalah kerana Muhabalah bukanlah Muhabalah sekiranya tanpa menyebut nama Allah Dan Rasul. Jadi masalah sebenarnya bukan Muhabalah, tetapi kerana beliau enggan menyebut nama Allah dan Rasul di depan umum. Sepertimana yang pernah saya kupas dalam artikel saya (the oath of obligation), Anwar tidak dibenarkan menyebut nama Allah dan Rasul oleh penaja-penajanya kerana bertentangan dengan Artikel 18 Perlembagaan Illuminati. Kepintaran penaja-penajanya telah berjaya membentuk Anwar agar mempromosikan athiestsm disebalik samaran politik sekular, dan yang paling hebat adalah apabila ia dilakukan oleh seorang muslim bersongkok dan mencanangkan dirinya pemimpin Islam.


Berbalik kita kepada perlembagaan Illuminati, oleh kerana tiada jaminan kebebasan beragama diberikan di dalam artikel 1a, maka secara perundangan hak beragama tidak dilindungi oleh undang-undang dan oleh demikian kerjaan berhak menganggap aktiviti beragama dan pertubuhan-pertubuhan agama sebagai haram.


HAK KEBEBASAN INDIVIDU DIBAWAH PERENGGAN (2), (3), (5), (8), (9) ARTIKEL 1(A) PERLEMBAGAAN ILLUMINATI - SAMARAN KEPADA 7 DOSA BESAR DIDALAM AGAMA KRISTIAN?


  • (2) "Hak untuk mengejar kebahagiaan tanpa mengganggu hak individu lain (the pursuit of happines)."
  • (3) "Hak ke atas harta sendiri, samada secara intelek mahupun berjasad."
  • (5) "Hak untuk mencari nafkah melalui usaha seseorang secara mental atau fizikal atau keduanya."
  • (8) "Hak untuk berniaga serta tertakluk kepada persetujuan atau kontrak bersama."
  • (9) "Hak untuk privasi dalam segala bentuk."

Hak yang pertama sekali (the pursuit of happiness) juga hari ini termaktub didalam deklarasi kemerdekaan Amerika dan merupakan salah satu hak utama yang ditulis di dalam Perlembagaan Amerika. Jangan tertipu dengan keindahan kata-katanya kerana hak tersebut sebenarnya merupakan samaran kepada ajaran pertama iblis didalam kitab ajaran sesat Thelema iaitu "buatlah apa yang kamu suka dan itulah undang-undangnya" ("Do what thou wilt shall be the whole of the Law"). Ajaran asas iblis ini pertama kali diperkenalkan oleh François Rabelais pada abad ke-16 namun kemudiannya disebarkan oleh Penyembah Iblis Aleister Crowley didalam bukunya "Book Of Law".


Perenggan (2), (3), (5), (8), (9) ini walaupun kedengaran ideal, namun tujuan sebenarnya bukanlah untuk melindungi rakyat yang ingin mencari nafkah secara jujur dan halal, namun sebaliknya akan digunakan untuk melindungi dan menggalakkan usaha mencari nafkah secara haram dan zalim. Oleh kerana dasar-dasar di dalam Artikel 1 ini adalah dideraf oleh anggota Freemason yang berlatarbelakangkan kepercayaan Kristian, maka tujuan sebenar Artikel 1(a) adalah bagi melindungi kesemua manusia yang sesat melakukan 7 dosa besar (7 Deadly Sin) didalam agama Kristian iaitu Nafsu (Lust), Pelahap (Gluttony), Tamak (Greed), Marah (Wrath), Cemburu (Envy) dan Bangga Diri (Pride).


"Hak untuk mengejar kebahagiaan tanpa mengganggu hak individu lain" contohnya, dengan jelas memberikan jaminan bahawa setiap umat manusia dibenarkan melakukan kesemua 7 dosa besar tersebut semau-mau mereka asalkan kononnya tidak mencampuri hal orang lain. Orang lain adalah tidak dibenarkan sama sekali menegur atau menghalang perlakuan 7 dosa besar ini oleh mana-mana individu kerana ia dijamin sebagai hak asasi individu di bawah Perlembagaan. Perenggan-Perenggan ini juga secara langsung membenarkan kesemua jenis maksiat termasuk pelacuran, perjudian dan pornografi dijadikan sebagai sumber kewangan dan sara diri. Perenggan 8 secara khususnya membenarkan apa-apa jenis urusan yang 'dipersetujui' bersama dan oleh itu tidak mustahil sekiranya urusniaga dadah juga boleh dihalalkan. Hubungan seks bebas juga adalah digalakkan dibawah Perenggan 9.


HAK KEBEBASAN INDIVIDU DIBAWAH PERENGGAN (7) ARTIKEL 1(A) PERLEMBAGAAN ILLUMINATI - SEMBAH KORBAN KEPADA MOLOCH?


Didalam artikel kedua saya iaitu "Novus Ordo Seclorum & All Seeing Eye", saya telah menjelaskan tentang Tuhan Syaitan yang disembah oleh Illuminati iaitu Moloch yang berupa syaitan berkepala lembu. Moloch atau anak lembu emas di dalam kisah Nabi Musa adalah merupakan Tuhan Perang kaum Illuminatu yang disembah dengan cara menumpahkan darah ke atas bumi melalui pembunuhan dan penyembelihan. Selera terbesar Moloch adalah korban kanak-kanak kecil dna bayi.


Moloch juga dikatakan menjanjikan bantuan sihir terkini kepada penyembah-penyembahnya yang sanggup mengorbankan kanak-kanak. Malahan dikalangan anggota Illuminati, mereka percaya kepada ilmu sihir yang akan diberikan oleh syaitan Moloch dan Belial sekiranya permintaan dipenuhi. Belial contohnya, mampu membantu merangsang para pendengar pidato yang akan terpesona dengan kata-kata ahli politik yang didampingi Belial, manakala Moloch pula mampu memberikan bangkitan marah, kekuatan dan keberanian bertempur kepada pengikut-pengikut ahli politik yang telah diserap oleh sihirnya.


Dikalangan golongan anti-Illuminati, mereka percaya misteri kehilangan kanak-kanak di seluruh dunia pada hari ini adalah sebahagiannya didalangi oleh pengikut Illuminati yang berniat membunuh kanak-kanak tersebut sebagai persembahan kepada Moloch. Adalah juga dipercayai bahawa pergerakan pro-pengguguran bayi adalah didalangi dan dibiayai oleh Illuminati kerana bagi setiap kematian bayi semasa proses pengguguran, maka Moloch mendapat habuannya.


Di dalam perenggan (7) Perlembagaan Illuminati ada menyatakan "Hak mempunyai anak HANYA sekiranya ibu-bapa boleh menjamin makanan, tempat tinggal, pakaian, keselamatan, pendidikan dan perubatan."


Sekali imbas kita mungkin menyangkakan bahawa perenggan (7) ini dideraf bagi maksud melindungi hak asasi kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Namun hakikat yang sebenarnya adalah perenggan 7 adalah bertujuan menggalakkan dan memaksa para ibu-bapa membunuh bayi mereka sendiri secara pengguguran. Perenggan 7 dengan jelas telah menyatakan bahawa Hak untuk mempunyai anak hanya dibenarkan ke atas ibu-bapa yang boleh menjamin 6 perkara iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, keselamatan, pendidikan dan perubatan. Maka dengan kata lain hanya golongan kaya sahaja yang dibenarkan mempunyai anak manakala golongan miskin adalah dihalang melahirkan zuriat.


Oleh kerana di zaman pemerintahan Dajjal nanti kesemua bentuk perniagaan, perkhidmatan sosial dan agensi kerajaan akan akan dikawal secara berpusat, maka Dajjal akan mempunyai keupayaan megawal kos sara hidup sehinggakan jurang perbezaan antara miskin dan kaya terlalu besar. Selain daripada itu oleh kerana seks bebas dan pelacuran berleluasa akibat gaya hidup sekular dan kemiskinan, maka akan berlaku insiden kehamilan luar nikah dalam jumlah berjuta-juta setiap tahun. Para ibu-bapa miskin dan ibu tunggal yang sudah pasti gagal membuktikan kemampuan 6 perkara di atas akan dipaksa oleh kerajaan agar melakukan pengguguran manakala anak-anak kecil yang telah lahir pula akan dirampas dari ibu-bapanya oleh Kerajaan. Ini akan merupakan zaman paling gelap kepada manusia dimana kanak-kanak yang dirampas hilang begitu sahaja (ramai akan dibunuh) manakala beribu janin bayi akan akan dibunuh setiap bulan. Bagi Moloch pula, ini tentunya zaman paling bahagia baginya kerana menerima persembahan korban bayi dan kanak-kanak tanpa ada hentinya.


PENUTUP


Di tulisan yang lain saya akan membincangkan pula peruntukan-peruntukan lain didalam deraf perlembagaan Illuminati bagi membongkar maksud sebenar disebalik perlembagaan yang telah disediakan oleh golongan Freemason dan Illuminati bagi menyambut kedatangan pemerintahan Dajal di akhir zaman ini. Saya percaya banyak daripada kandungan deraf perlembagaan ini akan diserap ke dalam undang-undang Malaysia sekiranya Barisan Alternatif (yang mana ketika itu PAS bukan lagi sebahagian daripadanya kerana telah ditendang keluar oleh Pemimpin Barisan Alternatif ketika itu selepas habis manis sepah dibuang) dibenarkan memerintah kelak

Kanada

Kanada (Inggeris: Canada play /ˈkænədə/) ialah sebuah negara Amerika Utarayang terdiri daripada sepuluh provinsi (negeri) dan tiga wilayah. Terletak di bahagian utara benuanya, Kanada menjangkau dari Lautan Atlantik di timur hingga Lautan Pasifik di barat dan Lautan Artik di utara. Ia merupakan negara kedua paling luas di dunia. Sempadan Kanadadengan Amerika Syarikat di selatan dan barat laut adalah yang terpanjang di dunia.
Tanah yang kini menjadi Kanada pernah didiami oleh pelbagai kaum orang asli sejak ribuan tahun dahulu. Bermula pada lewat abad ke-15, misi penjelajahan British dan Perancis menerokai lalu bertempat di sepanjang pantai Atlantik. Perancis menyerahkan hampir kesemua jajahannya di Amerika Utara pada tahun 1763 selepas Perang Tujuh Tahun. Pada tahun 1867, dengan kesatuan tiga jajahan Amerika Utara British secara Pergabungan, Kanada dibentuk sebagai sebuah dominionpersekutuan empat provinsi. Dengan ini bermulanya pertambahan provinsi dan wilayah serta proses meningkatkan autonomi dari United Kingdom. Peluasan autonomi ini diserlahkan oleh Statut Westminster 1931 dan memuncak pada Akta Kanada 1982, yang memutuskan sisa-sisa pergantungan undang-undang pada parlimen United Kingdom.
Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir sebagai demokrasi berparlimendan negara raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II selaku ketua negara. Ia merupakan sebuah negara dwibahasa yang menggunakan bahasa-bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi di peringkat persekutuan. Sebagai sebuahnegara yang amat maju, Kanada mempunyai ekonomi kepelbagaian yang bergantung pada kekayaan sumber alam dan perdagangan, khususnya dengan Amerika Syarikat yang dijalinkan hubungan yang lama dan rumit oleh Kanada. Kanada menganggotai pertubuhan-pertubuhan G7, G8, G20, NATO, OECD, WTO, Negara-Negara Komanwel,Francophonie,OAS, APEC, dan PBB. Dengan mencatat Indeks Pembangunan Insan kelapan tertinggi di dunia, Kanada adalah antara negara yang menikmati taraf hidup yang tertinggi di dunia.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting]Asal-usul nama

Nama Canada datanya dari bahasa Iroquois St. Lawrence, iaitu perkataan kanata yang bererti "desa" atau "petempatan".[10] Pada tahun 1535, para penduduk asli di rantau yang kini menjadi Bandar Raya Quebec menyebut perkataan kanata ketika menunjukkan arah ke desa Stadacona kepada penjelajah Perancis, Jacques Cartier.[11]Cartier kemudiannya menggunakan perkataan Canada bukan sahaja untuk memaksudkan desa itu, bahkan juga seluruh kawasan taklukan Donnacona (penghulu Stadacona); menjelang tahun 1545, buku-buku dan peta-peta Eropah mula memanggil rantau itu dengan nama Canada.[11]
Pada abad ke-17 dan awal abad ke-18, Canada ialah nama bagi sebahagian wilayah Perancis Baru yang terletak di sepanjang Sungai Saint Lawrence dan pantai utaraTasik-Tasik Besar. Kawasan itu kemudiannya dipecahkan kepada dua jajahan British, iaitu Upper Canada dan Lower Canada. Kedua-duanya disatukan semula menjadi Wilayah Kanada(Province of Canada) pada tahun 1841.[12] Selepas menjadi Negara Gabungan pada tahun 1867, nama Canadaditerima sebagai nama rasmi negara baru ini, dan Dominion (yang dipetik dari Mazmur 72:8)[13] diberikan sebagai gelaran negara. Maka dengan itu, nama penuh Dominion of Canada digunakan seharian sehingga 1970-an.[14]Apabila Kanada menegaskan autonomi politiknya dari United Kingdom, kerajaan persekutuan semakin kerap menggunakanCanada sahaja pada dokumen kerajaan dan perjanjian; perubahan ini dicerminkan dalam penukaran nama cuti hari kebangsaan daripada Hari Dominion kepada Hari Kanada pada tahun 1982.[15]

[sunting]Sejarah

Rencana utama: Sejarah Kanada

[sunting]Orang asli

Rencana utama: Orang asli di Kanada
Kajian-kajian arkeologi dan genetik Pribumi menyokong kehadiran manusia di Yukon utara pada 26,500 tahun dahulu, dan di Ontarioselatan pada 9,500 tahun dahulu.[16][17][18] Old Crow Flats dan Bluefish Caves merupakan dua contoh tapak-tapak arkeologi tertua bagi petempatan manusia (Paleo-Indian) di Kanada.[19][20][21] Di kalangan orang asli yang dikenali sebagai Bangsa-Bangsa Pertama, terdapat lapan cerita unik mengenai penciptaan bumi dan adaptasi-adaptasinya.[22] Antara ciri-ciri masyarakat Pribumi Kanada ialah petempatan tetap,[23] agriculture,[24] civic and ceremonial architecture,[25] complex societal hierarchies and trading networks.[26] Some of these cultures had long faded by the time of the first permanent European arrivals (c. late 15th–early 16th centuries), and have been discovered through archaeological investigations.
The aboriginal population is estimated to have been between 200,000[27] and two million in the late 15th century,[28]with a figure of 500,000 currently accepted by Suruhanjaya Diraja Kesihatan Pribumi Kanada.[29]Kejadian berulang-ulang wabak berjangkit bawaan pendatang Eropah seperti demam selesema,campak, dancacar (yang tidak dapat lali oleh mereka), di samping kesan-kesan lain daripada hubungan dengan orang Eropah, menyebabkan jumlah penduduk asli merosot 40–80% selepas hubungan itu.[27] Orang asli di Kanada terdiri daripada, antara lain, Bangsa-Bangsa Pertama,[30] Inuit,[31] dan Métis.[32] Kebudayaan kacukan Métis berasal pada pertengahan abad ke-17 apabila golongan Bangsa Pertama dan Inuit mengahwini pendatang Eropah.[33] Inuit agak kurang berhubung dengan pendatang Eropah sewaktu zaman penjajahan.[34]
n===Penjajahan Eropah===
The Death of General Wolfe (1771) olehBenjamin Westmendramakan kematianJames Wolfe dalam Pertempuran Dataran Abraham di Quebec pada tahun 1759; pertempuran ini berlaku dalam Perang Tujuh Tahun.
Orang Eropah mula-mula sekali tiba apabila pelaut Norsemenetap di L'Anse aux Meadows, Newfoundland selama masa yang singkat sekitar tahun 1000.[35][36] Selepas itu, orang Eropah tidak datang lagi hingga tahun 1497, apabila seorang pelaut Itali bernama Giovanni Caboto (John Cabot) menerokai pantai Atlantik Kanada demi England.[37] Pada tahun 1498 hingga 1521, pelaut Basque dan Portugis menubuhkan kota kara pemburuan ikan paus dan perikanan bermusim sepanjang pantai Atlantik.[38][39] Pada tahun 1534, Jacques Cartier menjelajahi Sungai Saint Lawrence untuk Perancis.[40] Penjelajah Perancis,Samuel de Champlain tiba pada tahun 1603 lalu menubuhkan petempatan Eropah tetap yang pertama di Port Royal pada tahun 1605 dan Bandar Raya Quebec pada tahun 1608.[40] Antara golonganpenjajah Perancis di Perancis Baru,Canadiens mendominasi sekitar Sungai Saint Lawrence manakalaAcadiens pula berdiam di kawasan Maritimes, manakala pedagang bulu Perancis dan mubaligh Katolik menjelajahi Tasik-Tasik Besar,Teluk Hudson, dan legeh Mississippi hingga Louisiana.Perang Beaver tercetus atas perebutan menguasai perdagangan bulu Amerika Utara.[40]
Orang Inggeris mendirikan kota kara perikanan di Pulau Newfoundland sekitar tahun 1610 serta menubuhkan the Tiga Belas Jajahan di selatan.[41] Empat Perang Antara Jajahan berturut-turut tercetus dari tahun 1689 hingga 1763.[40]Kawasan tanah besar Nova Scotia mulai diperintah oleh British ekoran Perjanjian Utrecht (1713);Perjanjian Paris (1763) menyerahkan Kanada dan kebanyakan kawasan Perancis Baru kepada Britain selepas Perang Tujuh Tahun.[42]
Pengisytiharan Diraja (1763) merampas Wilayah Quebec daripada Perancis Baru serta mengilhakkan Pulau Cape Breton kepada Nova Scotia.[15] Pulau St. John (kini Pulau Prince Edward) menjadi jajahan yang berasingan pada tahun 1769.[43]Untuk mengelakkan konflik di Quebec, British meluluskan Akta Quebec pada tahun 1774 untuk meluaskan wilayah Quebec hingga Tasik-Tasik Besar dan Lembah Ohio, tetapi mengekalkan bahasa Perancis, kepercayaan Katolik, dan undang-undang sivil Perancis di situ. Ini telah memarahkan ramai penduduk Tiga Belas Jajahan dan membantu mencetuskan Revolusi Amerika.[15]
Perjanjian Paris (1783) mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan wilayah-wilayah di selatan Tasik-Tasik Besar kepada Amerika Syarikat. Seramai 50,000 orang Setiawan Empayar Bersatumeninggalkan Amerika Syarikat untuk berlari ke Kanada.[44] New Brunswick dipisahkan dari Nova Scotia dalam penyusunan semula petempatan Setiawan di kawasan Maritimes. Untuk menampung puak Setiawan yang berbahasa Inggeris di Quebec, Akta Perlembagaan 1791membahagikan wilayah itu kepada Lower Canada yang berbahasa Perancis (kemudian provinsi Quebec) dan Upper Canada yang berbahasa Inggeris (kemudianOntario), lalu memberi setiap wilayah itu sebuah Dewan Undangan.[45]
“Fathers of Confederation” (Bapa-Bapa Gabungan) oleh Robert Harris, penyatuan persidangan Charlottetown dan Quebec (Ini ialah gambar foto yang diambil pada tahun 1885 untuk lukisan 1884 yang kini musnah)
Kanada (Upper dan Lower) merupakan barisan hadapan utama dalam Perang 1812 antara Amerika Syarikat dan Empayar British. Selepas perang tamat, penghijrahan besar-besaran ke Kanada dari Britain dan Ireland bermula pada tahun 1815.[28] Dari tahun 1825 hingga 1846, 626,628 orang pendatang Eropah mendarat di pelabuhan-pelabuhan Kanada.[46] Sekitar satu perempat hingga satu pertiga orang Eropah yang berhijrah ke Kanada sebelum tahun 1891 mati akibat penyakit berjangkit.[27] Industri pembalakan mengatasi perdagangan bulu dari segi kepentingan ekonomi pada awal abad ke-19.
Hasrat untuk membentuk kerajaan bertanggungjawab menyebabkan terhentinya Pemberontakan 1837. Selepas itu,Laporan Durham mengusulkan kerajaan bertanggungjawab serta asimilasi Kanada Perancis ke dalam kebudayaan British.[15]Akta Kesatuan 1840 menggabungkan kedua-dua Kanada itu menjadi sebuah Wilayah Kanada yang bersatu. Kerajaan bertanggungjawab juga ditubuhkan untuk semua wilayah Amerika Utara British sehingga tahun 1849.[47]Penandatangan Perjanjian Oregon oleh Britain dan Amerika Syarikat pada tahun 1846 menamatkan pertikaian sempadan Oregon, meluaskan sempadan ke arah barat sepanjang garis lintang 49 darjah Utara. Ini membuka laluan kepada penubuhan jajahan-jajahan British di Jajahan Pulau Vancouver (1849)dan British Columbia (1858).[48]Kanada melancarkan ekspedisi jelajah untuk menuntutRupert's Land dan kawasan Artik.

[sunting]Pergabungan dan peluasan

Rencana utama: Pergabungan Kanada
Following several constitutional conferences, the Constitution Act, 1867 officially proclaimed Canadian Confederation, creating "sebuah Dominion di bawah nama Kanada" on 1 Julai 1867, with four provinces:Ontario, Quebec, Nova Scotia, and New Brunswick.[49][50][51] Kanada mengambil alih Rupert's Land danWilayah Barat Laut untuk membentuk sebuah Wilayah Barat Laut baru, tetapi ini memarahkan kaum Métis sehingga mencetuskan Pemberontakan Red River disusuli oleh pembentukan provinsi Manitobapada Julai 1870.[52] British Columbia dan Pulau Vancouver (yang disatukan pada tahun 1866) serta jajahan Pulau Prince Edward masing-masing menyertai Gabungan pada tahun 1871 dan 1873.[53] PemerintahanKonservatifpimpinan John A. Macdonald menentukan dasar tarif negara untuk melindungi perindustrian perkilangan Kanada yang baru mula tumbuh.[54]
Untuk membuka rantau Barat, kerajaan menaja pembinaan tiga landasan keretapi antara benua (termasukCanadian Pacific Railway), membuka tanah prairi kepada petempatan dengan Akta Tanah Dominion, serta menubuhkan Polis Berkuda Barat Laut untuk menegaskan kekuasaannya terhadap wilayah ini.[55][56]Pada tahun 1898, selepas Kerubut Emas Klondike di Wilayah Barat Laut, kerajaan Kanada membentuk Wilayah Yukon. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Liberal, Wilfrid Laurier, pendatang dari tanah besar Eropah menduduki prairi, dan Alberta dan Saskatchewan menjadi provinsi pada tahun 1905.[53]

[sunting]Awal abad ke-20

Sepasukan askar bersenapang berarak di atas tanah yang tidak rata melalui kereta kebal yang hancur dan mayat seorang askar
Askar Kanada dalam Pertempuran Rabung Vimy pada tahun 1917
Memandangkan Britain masih mengawal hal ehwal luar negara Kanada di bawah Akta Pergabungan, pengisytiharan perangnya pada tahun 1914 secara langsung mengheret Kanada ke dalam Perang Dunia Pertama.[57]Para sukarelawan yang dihantar ke Barisan Barat kemudiannya menyertai Kor Kanada.[57] Kor ini memainkan peranan besar dalamPertempuran Rabung Vimy dan banyak lagi pertempuran besar dalam peperangan.[57] Daripada seramai 625,000 orang yang berkhidmat, kira-kira 60,000 orang terkorban sementara 173,000 lagi cedera.[58] Krisis Pengerahan 1917 tercetus apabila Perdana Menteri konservatif, Robert Borden memperkenalkan khidmat tentera wajib walaupun dibantah oleh penduduk Quebec yang berbahasa Perancis.[57] In 1919, Kanada menyertai Liga Bangsa-Bangsa secara berasingan dari Britain,[57] kemudian pada tahun 1931,Statut Westminster merestui kemerdekaan Kanada.[59]
Zaman Kemelesetan mendatangkan keperitan ekonomi ke seluruh Kanada. Untuk itu Persekutuan Komanwel Kerjasama (Co-operative Commonwealth Federation, CCF) di Alberta dan Saskatchewan menggubal pelbagai langkahnegara kebajikan (yang dipelopori oleh Tommy Douglas) sehingga 1940-an dan 1950-an.[60] Dalam Perang Dunia Kedua, Kanada sendiri mengisytiharkan perang ke atas Jerman di bawah kepimpinan Perdana Menteri Liberal William Lyon Mackenzie King, tiga hari selepas Britain. Unit-unit Tentera Kanada yang terawal tiba di Britain pada Disember 1939.[57]
Askar Kanada memainkan peranan penting dalam Serbuan Dieppe di Perancis (1942), the Allied invasion of Italy, pendaratan di Normandy, Pertempuran Normandy, dan Pertempuran Scheldt pada tahun 1944.[57] Kanada menyediakan perlindungan dan perteduhan untuk kerabat diraja Belanda apabila negara itu diduduki, oleh itu Kanada dihargai oleh Belanda atas kepimpinan dan sumbangan besar kepada pembebasannya dari cengkaman Jerman Nazi.[61]Ekonomi Kanada berkembang pesat kerana industri yang mengeluarkan kelengkapan tentera untuk Kanada, Britain, China, dan Kesatuan Soviet.[57] Walaupun berdepan dengan satu lagi Krisis Pengerahan di Quebec, Kanada menamatkan perangnya dengan salah sebuah bala tentera terbesar di dunia dan ekonomi kedua terkaya.[62][63]

[sunting]Zaman moden

Di Dewan Rideau, Gabenor-JeneralViscount Alexander dari Tunis(tengah) menerima rang undang-undang yang memuktamadkan penyatuanNewfoundland dan Kanada untuk ditandatanganinya, 31 Mac 1949
Newfoundland (kini Newfoundland and Labrador) menyertai Kanada pada tahun 1949.[64]Pertumbuhan ekonomi Kanada pasca-perang di samping dasar-dasar kerajaan Liberal berturut-turut, melahirkan satu identiti Kanada baru yang dilambangkan oleh penerimaan Bendera Daun Mapel pada tahun 1965,[65] pelaksanaan dasar kedwibahasaan rasmi(Inggeris dan Perancis) pada tahun 1969,[66]dan kepelbagaian budaya rasmi pada tahun 1971.[67]Begitu juga dengan penubuhan rancangan-rancangan demokrasi sosial seperti penjagaan kesihatan sejagat, Pelan Pencen Kanada, danPinjaman Siswa Kanada, walaupun sesetengah kerajaan provinsi, terutamanya Quebec dan Alberta, membangkang dasar-dasar ini sebagai serangan mendadak ke atas bidang kuasa mereka.[68] Akhir sekali, persidangan perlembagaan yang diadakan berturut-turut membawa kepada “penyetempatan” perlembagaan Kanada dari United Kingdom pada tahun 1982, seiringan dengan pembentukan Piagam Hak dan Kebebasan.[69] Pada tahun 1999, Nunavut menjadi wilayah ketiga Kanada setelah lama berunding dengan kerajaan persekutuan.[70]
Sementara itu, Quebec mengalami perubahan sosial dan ekonomi mendalam melalui Revolusi Senyap pada 1960-an yang melahirkan gerakan nasionalis moden. Parti radikal Front de libération du Québec (FLQ) mencetuskan Krisis Oktober pada tahun 1970.[71]Parti penyokong kedaulatan Parti Québécois dilantik untuk membentuk kerajaan pada tahun 1976, lalu mengadakan pungutan suara tentang persekutuan kedaulatan yang tidak memihak kepada hasratnya pada tahun 1980.[71]Cubaan untuk menampung gelombang nasionalis Quebec secara perlembagaan melalui Persetiaan Meech Lakepada tahun 1990 juga tidak berjaya. Ini menyebabkan pembentukan Bloc Québécois di Quebec serta pencergasan Parti Pembaharuan Kanada di Kanada Barat.[72][73] Satu lagi pungutan suara diadakan pada tahun 1995, yang mana kedaulatan ditolak dengan majoriti tipis 50.6% kepada 49.4%.[74]Pada tahun 1997, Mahkamah Agung memutuskan bahawa pemisahan unilateral oleh sebuah provinsi tidak mematuhi perlembagaan, dan Akta Kejelasan diluluskan oleh parlimen untuk menggariskan syarat-syarat perpisahan terunding daripada Pergabungan.[74]
Selain permasalahan kedaulatan Quebec, masyarakat Kanada dikejutkan oleh beberapa krisis pada akhir 1980-an dan awal 1990-an. Antaranya ialah letupanPenerbangan Air India 182 pada tahun 1985, pembunuhan beramai-ramai yang paling dahsyat dalam sejarah Kanada;[75] pembunuhan beramai-ramai École Polytechnique pada tahun 1989, iaitu peristiwa tembak-menembak yang menyasarkan golongan siswi;[76] dan Krisis Okapada tahun 1990,[77] konfrontasi ganas yang terawal antara kerajaan dan puak Pribumi.[78]Kanada juga mengambil bahagian dalam angkatan campuran pimpinan AS dalam Perang Teluk pada tahun 1990, serta menggiatkan diri dalam misi-misi pengamanan pada akhir 1990-an.[79] Kanada menghantar askar ke Afghanistan pada tahun 2001, tetapi tidak menghantar tentera ke Iraq apabila AS menyerang pada tahun 2003.[80]

[sunting]Geografi

Rencana utama: Geografi Kanada
Imej komposit satelit Kanada. Hutan borealmenguasai Perisai Kanada yang berbatu-batan. Ais dan tundra menonjol di kawasanArtik. Glasier kelihatan di Banjaran Rocky Kanada dan Pergunungan Coast. Tanahprairi yang rata dan subur sesuai untuk pertanian. Tasik-Tasik Besar menyuapSungai Saint Lawrence (di tenggara), di mana tanah pamah menjadi tempat tinggal majoriti penduduk Kanada.
Kanada mengisi sebahagian besar di Amerika Utara, berkongsi sempadan darat dengan tanah besar Amerika Syarikatdi selatan dan negeri Alaska, AS di barat laut, menjangkau dari Lautan Atlantik di timur hingga Lautan Pasifik di Barat; di utara pula letaknya Lautan Artik.[81][82] Mengikut jumlah keluasan (termasuk perairan), Kanada ialah negara kedua terbesar di dunia selepas Rusia.[82] Dari segi keluasan tanah, Kanada adalah yang keempat terbesar.[82] Negara ini terletak di antara garis lintang 41° dan 84°U, dan garis bujur 52° dan 141°B.
Sejak tahun 1925, Kanada telah mengambil bahagian Artik di antara garis bujur 60° dan 141°B,[83] tetapi tuntutan ini tidak diiktiraf secara sejagat. Petempatan yang paling utara di Kanada (dan seluruh dunia) ialah Canadian Forces Station Alert di hujung utara Pulau Ellesmere—latitud 82.5°U—817 kilometer (450 batu nautika, 508 batu) dari Kutub Utara.[84] Sebahagian besar kawasan Artik Kanada dilitupi oleh ais dan permafros. Kanada mempunyai garis pinggir pantai yang terpanjang di dunia: 202,080 kilometers (125,570 bt).[82]
Air terjun separa bulat di antara dua singkapan tanah hutan.
Air Terjun Horseshoe di bandar Niagara Falls, Ontario, ialah salah satu air terjun yang paling berisi di dunia,[85] terkenal kerana keindahannya serta sebagai sumber utamakuasa hidroelektrik.
Kepadatan pendudk Kanada pada 3.3 inhabitants per square kilometre (8.5 /batu persegi) adalah antara yang terendah di dunia. Kawasan yang paling padat dengan penduduk di negara ini ialah Koridor Bandar Raya Quebec – Windsor(terletak di Quebec Selatan dan Ontario Selatan) sepanjang Tasik-Tasik Besar dan Sungai Saint Lawrence di tenggara.[86]
Kanada mempunyai garis pinggir pantai yang panjang sekali di utara, timur dan baratnya; sejak zaman glasier terakhir, ia terdiri daripada lapan kawasan hutan yang berbeza, termasuk hutan boreal yang luas di Perisai Kanada.[87] Keluasan dan kepelbagaian geografi, ekologi, vegetasi dan bentuk bumi Kanada turut menimbulkan kepelbagaian iklim di seluruh negara.[88] Disebabkan keluasannya, Kanada lebih banyak tasiknya daripada mana-mana negara lain, serta mengandungi sebahagian besar air tawar sedunia.[89]Juga terdapat glasier air tawar di Banjaran Rocky Kanada danPergunungan Coast.
Kanada juga aktif secara geologi dengan banyak mengalami gempa bumi dan gunung berapi yang mungkin aktif, khususnya Gunung Meager, Gunung Garibaldi, Gunung Cayley, dan kompleks gunung berapi Gunung Edziza.[90]Letusan gunung berapi Tseax Cone pada tahun 1775 menyebabkan malapetaka besar yang membunuh 2,000 orangNisga'a dan memusnahkan kampung mereka di lembah Sungai Nass di British Columbia utara; letusan ini menghasilkan aliran lahar sepanjang22.5-kilometer (14.0 bt), dan mengikut legenda kaum Nisga'a, ia menyumbat aliran Sungai Nass.[91]
Musim sejuk di Kanada adalah agak melampau dingin terutamanya di pedalaman dan provinsi-provinsi Prairie yang mengalami iklim kebenuaan, di mana purata suhu harian menghampiri −15 °C(5 °F) tetapi boleh menjunam di bawah −40 °C (−40.0 °F) dengan sejukan angin yang hebat.[92] Di kawasan bukan tepi pantai, salji boleh melitupi tanah selama hampir enam tahun sebulan (lama berbanding di utara). Kawasan pantai British Columbia mengalami iklim sederhana yang musim panasnya sederhana dan berhujan. Di pantai timur dan barat, purata suhu tinggi biasanya berada pada 20-an °C rendah (70-an °F), manakala di kawasan di antara pantai-pantai tersebut, purata suhu musim panasnya pula sekitar 25 hingga 30 °C (77 to 86 °F), adakalanya dengan bahang melampau yang melebihi 40 °C (104 °F) di pedalaman.[93]

[sunting]Politik

Rencana utama: Politik Kanada dan Kerajaan Kanada
Bangunan bergaya neo-Gothik, dengan menara jam di tengah-tengah yang menonjol di atas blok yang menjangkau dari timur ke barat
Bukit Parlimen di ibu negara Kanada, Ottawa
Kanada mempunyai tradisi demokratik kukuh yang diluhurkan oleh kerajaan berparlimen dalam binaan raja berperlembagaan, iaitu monarki Kanada sebagai asas kepada cabang-cabang eksekutif, perundangan, dan kehakimandan kewibawaannya yang berpunca daripada rakyat Kanada.[94][95][96][97] Ketua negara ialah Ratu Elizabeth II, yang juga ketua negara 15 negara Komanwel lain dan bersemayam di United Kingdom. Oleh itu, wakil baginda, iaitu Gabenor Jeneral Kanada (kini David Lloyd Johnston[98]), melaksanakan tugas-tugas diraja di Kanada.[99]
Penyertaan kerabat diraja dan wizurai dalam pentadbiran kerajaan adalah terhad, namun;[97][100][101][102] secara amali, penggunaan kuasa eksekutif mereka diarah oleh Jemaah Menteri yang terdiri daripada menteri-menteri Mahkota yang bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat dan diketuai oleh Perdana Menteri Kanada (kini Stephen Harper[103]) selakuketua kerajaan. Untuk memastikan kestabilan kerajaan, Gabenor Jeneral biasanya melantik pemimpin semasa parti politik yang boleh meraih keyakinan kemajmukan dalam Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri yang memilih Jemaah Menteri.[104] Oleh itu, Jabatan Perdana Menteri (Prime Minister's Office, PMO) ialah salah sebuah institusi paling berwibawa dalam kerajaan yang memulakan perundangan untuk kelulusan parlimen serta memilih untuk perlantikan oleh Raja, selain yang dinyatakan tadi, gabenor jeneral, leftenan gabenor, senator, hakim mahkamah persekutan, dan ketua-ketua perbadanan-perbadanan Mahkotadan agensi-agensi kerajaan.[100] Ketua parti yang kedua terbanyak kerusinya biasanya menjadi Ketua Pembangkang Setia Baginda (kini Michael Ignatieff[105]) dan membentuk sistem parlimen pertentangan yang bertujuan mengawal tindakan kerajaan.
Setiap Ahli Parlimen Dewan Rakyat dipilih secara kemajmukan mudah dari setiap daerah pilihan raya. Pilihan raya umum mesti diumumkan oleh gabenor jeneral atas nasihat perdana menteri, dalam masa empat tahun pilihan raya sebelumnya, ataupun boleh dicetuskan oleh pemerintah yang kalah dalam undian kepercayaan dalam Dewan Rakyat.[106] Ahli-ahli Senat diperuntukkan kerusi mengikut kawasan dan berkhidmat hingga usia 75 tahun.[107]
Struktur persekutuan Kanada mengagihkan tanggungjawab pemerintahan antara kerajaan persekutuan dan sepuluh provinsinya. Badan-badan perundangan provinsinya adalah ekadewan dan serupa kefungsiannya dengan Dewan Rakyat.[108] Tiga wilayah Kanada juga ada cabang perundangan, tetapi tidak berdaulat dan kurangnya tanggungjawab berperlembagaan berbanding provinsi di samping perbezaan struktur.[109][110]

[sunting]Undang-undang

Rencana utama: Undang-undang Kanada
Perlembagaan Kanada ialah undang-undang tertinggi negara yang terdiri daripada perkara-perkara bertulis dan resam-resam tak bertulis.[111] Akta Perlembagaan 1867 (dikenali sebagai Akta Amerika Utara British hingga tahun 1982) menegaskan ketadbiran berasaskan duluan parlimen yang "serupa prinsipnya dengan United Kingdom"[112] dan membahagikan kuasa antara kerajaan persekutuan dan provinsi; Statut Westminster 1931 memberikan autonomi penuh; dan Akta Perlembagaan 1982 memperkenalkan Piagam Hak dan Kebebasan Kanada yang menjamin hak-hak dan kebebasan asas yang biasanya tidak boleh diatasi oleh mana-mana tahap kerajaan—kecuali satu notwithstanding clause yang membenarkan parlimen persekutuan dan badan perundangan provinsi untuk membatalkan seksyen-seksyen tertentu pada Piagam selama lima tahun—serta membubuh formula pemindaan perlembagaan.[111]
Interaksi awal orang Kanada keturunan Eropah dengan golongan Bangsa Pertama dan Inuit agak damai walaupun bukan tanpa pertelagahan. Ditambah pula dengan pembangunan ekonomi yang lewat di sesetengah kawasan, sejarah kedamaian ini membolehkan orang Pribumi Kanada memberikan pengaruh yang agak kuat kepada budaya negara sambil memelihara jati diri sendiri.[113] Kerajaan Kanada dan golongan orang asli mula berhubungan sesama sendiri sewaktu zaman penjajahan Eropah, melibatkan pengasasan Perjanjian bernombor, Akta Indian, Akta Perlembagaan 1982 dan undang-undang kes.[114] Sebelas perjanjian berturut-turut ditandatangani oleh golongan Pribumi di Kanada dan Raja Kanada mulai tahun 1871 hingga 1921.[115] Perjanjian-perjanjian dengan Kerajaan Kanada ini ditadbir oleh undang-undang Pribumi Kanadadan dipantau oleh Menteri Hal Ehwal Indian dan Pembangunan Utara. Peranan perjanjian tersebut ditegaskan lagi olehSeksyen 35 Akta Perlembagaan 1982 yang "mengiktiraf dan menegaskan hak-hak Pribumi dan perjanjian yang sedia ada".[114] Antara hak-hak ini termasuk peruntukan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan pengecualian daripada pencukaian.[116] Kerangka undang-undang dan dasar yang diusahakan oleh Kanada dan Bangsa-Bangsa Pertama ini diformalkan lagi pada tahun 2005, menerusi First Nations–Federal Crown Political Accord (Muafakat Politik Bangsa Pertama–Kerajaan Persekutuan), yang mengasaskan kerjasama sebagai "batu asas persahabatan antara [kerajaan] Kanada dan Bangsa-Bangsa Pertama".[114]
Bangunan kelabu bergaya Art Deco
Mahkamah Agung Kanada di Ottawa, di barat Bukit Parlimen
Cabang kehakiman Kanada memainkan peranan penting dalam mentafsir undang-undang serta berkuasa membatalkan undang-undang yang menyalahi Perlembagaan. Mahkamah Agung Kanada ialah mahkamah tertinggi dan pemutus muktamad pertikaian undang-undang di Kanada.[117]Ahli-ahlinya yang sembilan orang dilantik oleh gabenor jeneal atas nasihat Perdana Menteri dan Menteri Keadilan. Semua hakim di peringkat tertinggi dan rayuan dilantik selepas rundingan dengan badan-badan perundangan bukan kerajaan. Kabinet persekutuan juga melantik hakim ke dalam mahkamah tinggi di peringkat provinsi dan wilayah. Jawatan kehakiman di peringkat rendah provinsi dan wilayah pula diisi oleh kerajaan masing-masing.[118]
Common law diamalkan di seluruh negara kecuali Quebec yang didominasi oleh undang-undang sivil.[119]Undang-undang jenayah dipertanggungjawabkan kepada persekutuan sahaja dan adalah seragam di seluruh Kanada.[119]Penguatkuasaan undang-undang, termasuk mahkamah jenayah, ialah tanggungjawab provinsi, tetapi di kawasan luar bandar semua provinsi kecuali Ontario dan Quebec, kerja polis dikontrak kepada Polis Berkuda Kanada Diraja.[120]

[sunting]Hubungan luar dan tentera

Sebuah pesawat pejuang berlepas dari landasan
Sebuah pesawat CF-18 Hornet milik Kanada di Cold Lake, Alberta. CF-18 telah menyokong rondaan kedaulatan udara NORAD serta menyertai pertempuran dalamPerang Teluk dan krisis Kosovo dan Bosnia.
Kanada dan Amerika Syarikat berkongsi sempadan tanpa pertahanan yang terpanjang di dunia, bekerjsama dalam kempen dan latihan ketenteraan, dan juga rakan dagang terbesar satu sama lain.[121] Walau apapun, Kanada mengamalkan dasar luar negara yang bebas, terutamanya menjalin hubungan penuh dengan Cuba serta menolak pelawaan untuk mengambil bahagian secara rasmi dalam Perang Iraq. Kanada juga menjalin hubungan bersejarah dengan United Kingdom dan Perancis serta bekas tanah jajahan British dan Perancis yang lain menerusi keahlian Kanada dalam Negara-Negara Komanwel dan Francophonie.[122]Kanada terkenal kerana menjalin hubungan yang utuh dan positif dengan Belanda, dan kerajaan Belanda mengamalkan tradisi menghadiahkan bunga tulip (satu lambang Belanda) ke Kanada setiap tahun untuk memperingati sumbangan Kanada kepada pembebasan Belanda.[61]
Sekarang, Kanada mempunyai angkatan tentera sukarelawan profesional yang terdiri daripada seramai 67,000 askar tetap dan 43,000 kakitangan simpanan termasuk simpanan tambahan.[123] Tentera Kanada (Canadian Forces, CF) terdiri daripada tentera darat, tentera laut, dan tentera udara. Kanada ialah sebuah negara berindustri yang berkembang pesat dalam sektor sains dan teknologi. Sejak Perang Dunia Pertama, Kanada telah menghasilkan sendiri kapal-kapalFrigate and Destroyer, kereta perisai infantri, peluru berpandu anti-kereta kebal dan senjata kecil untuk Tentera Kanada, khususnya tentera darat dan laut.
Disebabkan hubungan erat dengan Empayar British dan Komanwel, Kanada banyak bergiat dalam misi ketenteraan British dalam Perang Boer Kedua dan kedua-dua Perang Dunia. Sejak itu, Kanada mendukung amalan multilateralisme dan berusaha untuk menyelesaikan permasalahan global bersama bangsa-bangsa lain.[124][125] Kanada ialah sebuah negara pengasas PBB pada tahun 1945 dan NATO pada tahun 1949. Ketika Perang Dingin, Kanada ialah salah satu penyumbang utama kepada angkatan PBB dalam Perang Korea serta menubuhkan Pusat Kawalan Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (North American Aerospace Defense Command, NORAD) dengan kerjasama Amerika Syarikat demi perlindunga daripada kemungkinan serangan udara dari Kesatuan Soviet.[126]
Sebuah kapal perang kelabu besar berwap di laut
Kapal frigat kelas Halifax HMCS Regina, sebuah kapal perang milik Tentera Laut Kanada (2004)
Sewaktu Krisis Suez pada tahun 1956, bakal Perdana Menteri Lester B. Pearson melegakan ketegangan dengan mengusulkan kemasukan Angkatan Pengamanan PBB, oleh itu beliau dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel1957.[127]Memandangkan inilah misi pengamanan PBB yang pertama, Pearson sering dihargai sebagai pencipta konsep pengamanan. Sejak itu, Kanada mengambil bahagian dalam lebih 50 misi pengamanan, termasuk setiap satu usaha pengamanan PBB hingga tahun 1989,[57] dan sejak itu menghantar angkatan ke dalam misi antarabangsa di Rwanda, bekas Yugoslavia, dan lain-lain; Kanada adakalanya berdepan dengan kontroversi mengenai pelibatannya di negara luar, khususnya dalam Peristiwa Somalia1993.[128]

[sunting]Provinsi dan wilayah


Lihat juga: Federalisme Kanada
Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 10 provinsi (province) dan tigawilayah (territory) yang boleh dihimpunkan kepada kawasan:Kanada Barat, Kanada Tengah, Kanada Atlantik, dan Kanada Utara (Kanada Utara terdiri daripada tiga wilayah: Yukon, Wilayah Utara, dan Nunavut). Kanada Timurmemaksudkan Kanada Tengah dan Kanada Atlantik sekali. Provinsi-provinsi lebih kuasa autonomi berbanding wilayah. Provinsi-provinsi ini bertanggungjawab atas kebanyakan rancangan sosial Kanada (seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, dan kebajikan) dan bersama-sama mengutip lebih banyak hasil berbanding kerajaan persekutuan, dalam suatu struktur yang agak unik berbanding negara-negara persekutuan yang lain di dunia. Dengan kuasa perbelanjaannya, kerajaan persekutuan boleh melaksanakan dasar-dasar kebangsaan di kawasan provinsi, seperti Akta Kesihatan Kanada; provinsi boleh memilih untuk menerima atau menolaknya, tetapi jarang sekali menolak. Bayaran penyamaan dibuat oleh kerajaan persekutuan untuk memastikan supaya piawaian perkhidmatan dan pencukaian cukup seragam antara provinsi yang berada dan kurang berada.[129]

[sunting]Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Kanada
Kanada ialah salah sebuah negara terkaya di dunia dengan pendapatan per kapita yang sangat tinggi. Kanada menganggotai Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan kumpulan G8. Ia merupakan salah satu daripada 10 negara pedagang terbesar di dunia.[130] Kanada ialah sebuah pasaran campuran yang berkedudukan lebih tinggi daripada Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah Batat dalam indeks kebebasan ekonomi Heritage Foundation.[131] Pengimport terbesar barangan Kanada ialah Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.[132]
Pada abad ke-20, pertumbuhan sektor perkilangan, perlombongan dan perkhidmatan telah mentransformasi negara ini daripada ekonomi kekampungan kepada ekonomi yang lebih berindustri dan kebandaran. Seperti bangsa-bangsa Dunia Pertama yang lain, ekonomi Kanada dikuasai oleh industri perkhidmatan yang mengambil kerja sekitar tiga perempat warga Kanada.[133] Kanada berbeza dengan negara-negara maju yang lain kerana mementingkan sektor primer, terutamanya industri pembalakan dan petroleum.[134]
Kanada ialah salah satu daripada sebilangan kecil negara maju yang merupakan pengeksport bersih tenaga.[135]Kawasan Kanada Atlantik kaya dengan simpanangas asli luar pesisir, manakala Alberta banyak sumber minyak dan gas. Pasir Minyak Athabasca yang begitu banyak sumber galiannya menjadikan Kanada rizab minyak kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.[136]
Kanada ialah salah sebuah pengeluar terbesar keluaran pertanian; kawasan Prairi Kanada ialah salah sebuah pengeksport terbesar tanaman bijian seperti gandum, kanola, dan lain-lain.[137]Kanada ialah pengeluar terbesar zink dan uranium, dan juga sumber global bagi banyak lagi sumber alam yang lain, seperti emas, nikel, aluminum, dan plumbum.[135] Kebanyakan bandar di Kanada utara yang sukar mengusahakan pertanian, masih mapan kerana adanya lombong atau sumber kayu balak yang berdekatan. Kanada juga ada sektor perkilangan yang cukup besar dan terpusat di Ontario selatan dan Quebec, diterajui oleh sektor automotif danaeronautik.[138]

Wakil-wakil kerajaan Kanada, Mexico, dan AS menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara pada tahun 1992
Persepaduan ekonomi dengan Amerika Syarikat makin meningkat sejak Perang Dunia Kedua. Ini telah menarik perhatian golongan nasionalis Kanada yang bimbang akan autonomi kebudayaan dan ekonomi negara mereka pada zaman globalisasi, kerana barangan dan keluaran media Amerika Syarikat sudah terdapat di merata tempat.[139]Perjanjian Perdagangan Keluaran Automotif 1965 membuka sempadan kepada perdagangan dalam industri perkilangan kenderaan. Pada 1970-an, kebimbangan atas mampu diri tenaga serta milikan asing dalam sektor perkilangan mendorong kerajaan Liberal pimpinan Perdana Menteri Pierre Trudeau untuk menggubal Program Tenaga Negara(National Energy Program, NEP) dan Agensi Kajian Semula Pelaburan Asing (Foreign Investment Review Agency, FIRA).[140]
Pada 1980-an, pemerintahan Konservatif Progresif pimpinan Perdana Menteri Brian Mulroney memansuhkan NEP serta menukar nama FIRA kepada "Investment Canada" untuk menggalakkan pelaburan asing.[141] Perjanjian Perdagangan Bebas Kanada –Amerika Syarikat pada tahun 1988 menghapuskan tarif antara kedua-dua negara, manakala Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (North American Free Trade Agreement, NAFTA) meluaskan zon perdagangan bebas kepada Mexico pada 1990-an.[137]Di tengah 1990-an, kerajaan Liberal pimpinan Jean Chrétien mula melaporkan lebihan belanjawan tahunan serta melangsaikan hutang negara secara beransur-ansur.[142] Krisis kewangan global pada tahun 2008 mencetuskan kemelesetan yang mampu menaikkan kadar pengangguran negara kepada 10%.[143] Pada tahun 2008, barangan import Kanada bernilai lebih $442.9 bilion, yang mana $280.8 bilion dari AS, $11.7 bilion dari Jepun, dan $11.3 bilion dari UK.[132] Kurangan perdagangan negara pada tahun 2009 berjumlah C$4.8 bilion, berbanding dengan lebihan C$46.9 bilion pada tahun 2008.[144]

[sunting]Sains dan teknologi

Kanada ialah sebuah negara berindustri dengan sektor sains dan teknologi yang maju. Hampir 1.88% KDNK Kanada diperuntukkan kepada usaha penyelidikan dan pembangunan.[145] Negara ini ada 18 pemenang hadiah Nobel dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.[146] Kanada ialah negara pengguna Internet ke-12 tertinggi di dunia dengan 28.0 juta pengguna atau 84.3% jumlah penduduk.[147]
Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan Kanadaialah sebuah agensi di bawah Jabatan Pertahanan Negarayang bertujuan memenuhi keperluan sains dan teknologi Tentera Kanada. Selama ini, DRDC bertanggungjawab atas berbilang inovasi dan ciptaan aplikasi praktik baik untuk kegunaan awam mahupun tenter. Ia juga telah menyumbang kepada pembangunan Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif yang tercanggih di dunia dalam usaha antarabangsa yang melibatkan Kanada, Jerman dan Belanda.[148]
Agensi Angkasa Kanada menjalankan penyeldikan angkasa, cakerawala dan penerbangan, serta membangunkan roket dan satelit. Pada tahun 1984, Marc Garneau menjadi angkasawan Kanada pertama yang berkhidmat sebagai pakar muatan STS-41-G. Kanada menduduki tangga ketiga di kalangan 20 negara terunggul dalam sains angkasa.[149] Kanada mengambil bahagian dalam Stesen Angkasa Antarabangsa dan juga menjadi salah satu perintis dunia dalam robotikangkasa dengan Canadarm,Canadarm2 dan Dextre. Sejak 1960-an, Canada Aerospace Industries telah mereka dan membina 10 satelit, termasuk RADARSAT-1, RADARSAT-2 dan MOST.[150] Kanada juga menghasilkan salah sebuahroket perum yang paling berjaya, iaitu Black Brant; lebih 1000 buah telah dilancarkan sejak mula-mula dibina pada tahun 1961.[151]Universiti-universiti di seluruh Kanada sedang mengusahakan kapal angkasa pendarat domestik yang pertama, iaitu Northern Light yang direka untuk mencari kehidupan di Marikh dan menyiasat persekitaran sinaran elektromagnetik dan sifat-sifat atmosfera di Marikh. Jika Northern Light berjaya, Kanada akan menjadi bangsa ketiga yang mendarat di planet lain.[152]

[sunting]Demografi

Sejarah kependudukan
TahunBil. penduduk
18512,415,000
18613,174,00031.4%
18713,689,00016.2%
18814,325,00017.2%
18914,833,00011.7%
19015,371,00011.1%
19117,207,00034.2%
19218,788,00021.9%
193110,377,00018.1%
194111,507,00010.9%
195114,009,00021.7%
196118,238,00030.2%
197121,962,00020.4%
198124,820,00013.0%
199128,031,00012.9%
200131,021,00010.7%
2010 ang.Templat:CanpopRalat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
Source: Statistics Canada[153]
Rencana utama: Demografi Kanada
Banci Kanada 2006 mengira jumlah penduduk seramai 31,612,897 orang, iaitu meningkat 5.4% sejak tahun 2001.[154]Pertumbuhan penduduk lebih banyak disumbangkan oleh penghijrahan berbanding pertumbuhan semula jadi. Kira-kira empat perlima penduduk Kanada tinggal dalam lingkungan 150 kilometers (93 bt) dari sempadan Amerika Syarikat.[155]Kira-kira empat perlima juga orang yang tinggal dalam kawasan bandar yang tertumpu di di Koridor Bandar Raya Quebec – Windsor (termasuk Toronto, Montreal, dan Ottawa), Tanah Besar HilirBC (terdiri daripada kawasan di keliling Vancouver), dan Koridor Calgary–Edmonton di Alberta.[156]
Menurut bancian 2006, paling ramai rakyat yang melaporkan diri sebagai berketurunan Kanada (32%), diikuti oleh Inggeris(21%), Perancis (15.8%), Scot (15.1%), Ireland(13.9%), Jerman (10.2%), Itali (4.6%), Cina (4.3%), Pribumi Amerika Utara(4.0%), Ukraine (3.9%), dan Belanda (3.3%).[157] Terdapat 600 pemerintahan atau kumpulan Bangsa Pertama teriktiraf yang dianggotai 1,172,790 orang.[158]
Jumlah penduduk Pribumi Kanada bertumbuh hampir dua kali ganda kadar negara, dan 3.8% penduduk Kanada mengakui diri sebagai pribumi pada tahun 2006. 16.2% lagi penduduk tergolong dalam minoriti tampakbukan pribumi.[159] Kelompok minoriti tampak yang terbesar di Kanada ialah Asia Selatan (4%), Cina (3.9%) dan Hitam(2.5%).[160] Pada tahun 1961, kurang 2% penduduk Kanada (kira-kira 300,000 orang) boleh digolongkan sebagai kelompok minoriti tampak dan kurang 1% sebagai pribumi.[161] Pada tahun 2006, 51.0% penduduk Vancouver dan 46.9% penduduk Toronto merupakan golongan minoriti tampak.[162][163] Dari tahun 2001 hingga 2006, jumlah penduduk minoriti tampak meningkat 27.2%.[160] Pada tahun 2007, 19.8% orang Kanada adalah kelahiran asing.[164] Hampir 60% pendatang baru datang dari Asia (termasuk Timur Tengah).[164]Negara-negara penghijrah utama ke Kanada ialah China, Filipina dan India.[165] Menjelang tahun 2031, mungkin satu pertiga warga Kanada datang dari kelompok minoriti tampak.[166]
Kanada mencatat salah satu kadar imigresen per kapita tertinggi di dunia,[167] didorong oleh dasar ekonomi dan penyatuan semula keluarga, dan menyasarkan 240,000 hingga 265,000 penduduk tetap baru pada tahun 2011, iaitu jumlah pendatang yang sama akhir-akhir ini.[168] Kebanyakan pendatang baru menetap di kawasan bandar seperti Toronto dan Vancouver.[169] Kanada juga menerima ramai kaum pelarian.[170] Negara ini menempatkan lebih satu persepuluh pelarian di dunia.[171]

Begitu juga dengan banyak negara maju yang lain, Kanada berdepan dengan anjakan demografi ke arah kependudukan yang lebih tua, dengan lebih ramai pesara dan makin kurang warga berusia bekerja. Pada tahun 2006, purata usia penduduk ialah 39.5 tahun.[172] Hasil bancian juga menandakan bahawa walaupun jumlah pendatang makin ramai sejak tahun 2001 (yang menyebabkan peningkatan jumlah penduduk Kanada berbanding tempoh antara banci yang sebelumnya), namun penuaan kependudukan Kanada tidak terbantut pada tempoh itu.
Agama di Kanada (Banci 2001)[173]
Agama

Peratusan
Katolik
43.6%
Protestan
29.2%
Tiada agama
16.5%
Kristian (mazhab lain)
2.6%
Islam
2.0%
Ortodoks Timur
1.5%
Yahudi
1.1%
Buddha
1.0%
Hindu
1.0%
Sikh
0.9%

Sokongan terhadap kemajmukan agama adalah penting dalam budaya politik Kanada.[174] Menurut bancian 2001, 77.1% orang Kanada mengakui diri sebagai Kristian; dalam itu, Katolik merupakan kelompok terbesar (43.6% orang Kanada).[173]Mazhab Protestan yang terbesar ialah Gereja Bersatu Kanada (9.5% orang Kanada), diikuti oleh Anglikan (6.8%), Baptis (2.4%), Lutheran (2%), dan Kristian lain (4.4%).[173] Sekitar 16.5% warganegara Kanada mengakui tidak beragama, dan 6.3% yang selebihnya memeluk agama selain Kristian, yang terbesar ialah Islam(2.0%), diikuti oleh agama Yahudi (1.1%).[173]
Pihak-pihak provinsi dan wilayah Kanada bertanggungjawab atas pendidikan. Setiap sistem pendidikan kewilayahan ini serupa dengan satu sama lain, sambil mencerminkan sejarah, kebudayaan dan geografi setempat.[175] Umur persekolahan wajib adalah sekitar 5–7 hingga 16–18 tahun,[175] maka menyumbang kepada kadar celik huruf dewasa sebanyak 99%.[82] Pada tahun 2002, 43% warga Kanada berusia 25 hingga 64 menerima pendidikan pasca-menengah; untuk yang berusia 25 hingga 34 tahun pula, kadar pendidikan pasca-menengah mencapai 51%.[176]

[sunting]Bahasa

Rencana utama: Bahasa di Kanada
Kanada ada dua bahasa rasmi iaitu Inggeris dan Perancis. Kedwibahasaan rasmi ditakrifkan dalam Piagam Hak dan Kebebasan Kanada, Akta Bahasa Rasmi, danOfficial Language Regulations; ia diselia oleh Pesuruhjaya Bahasa Rasmi. Bahasa Inggeris dan Perancis mendapat taraf sama tinggi di mahkamah persekutuan, Parlimen, dan semua institusi persekutuan. Warganegara berhak untuk menerima khidmat kerajaan persekutuan dalam bahasa Inggeris atau Perancis jika permintaannya mencukupi, manakala golongan minoriti bahasa rasmi dijamin sekolah sendiri di semua provinsi dan wilayah.[177]
Notre-Dame-des-Victoires di Basse-Ville(Pekan Hilir) yang bersejarah di Bandar Raya Quebec, Quebec. Kebanyakan penduduknya berbahasa Perancis di samping minoriti kecil yang berbahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis masing-masing merupakan bahasa ibunda 59.7% dan 23.2% penduduk Kanada.[178] Kira-kira 98% orang Kanada bertutur dalam bahasa Inggeris atau Perancis (57.8% berbahasa Inggeris sahaja, 22.1% berbahasa Perancis sahaja, dan 17.4% berbahasa kedua-duanya).[178] Komuniti-Komuniti Bahasa Rasmi Inggeris dan Perancis yang ditakrifkan mengikut Bahasa Rasmi Pertama yang Dituturkan, masing-masing merangkumi 73.0% dan 23.6% penduduk.[179]
Piagam Bahasa Perancis menjadikan bahasa Perancis bahasa rasmi provinsi Quebec.[180]Walaupun lebih 85% warga Kanada berbahasa Perancis tinggal di Quebec, namun penduduk berbahasa Perancis juga ramai di Ontario, Alberta, danManitoba selatan; Ontario diduduki penduduk berbahasa Perancis teramai di luar Quebec.[181] New Brunswick, satu-satunya provinsi yang berdasar dwibahasa rasmi, mempunyai golongan minoriti Acadia yang berbahasa Perancis dan membentuk 33% penduduk. Juga terdapat kelompok Acadia di Nova Scotia barat daya, Pulau Cape Breton, dan Pulau Putera Edward barat dan tengah.[182]
Provinsi-provinsi lain pula tiada bahasa rasmi sedemikian, namun bahasa Perancis digunakan sebagai bahasa pengantara dalam mahkamah dan perkhidmatan kerajaan lain di samping bahasa Inggeris. Manitoba, Ontario, dan Quebec membenarkan penggunaan kedua-dua bahasa Inggeris dan Perancis dalam dewan undangan serta menggubal undang-undang. Di Ontario, bahasa Perancis mendapat suatu taraf di sisi undang-undang tetapi tidak rasmi sepenuhnya.[183] Terdapat 11 kelompok bahasa Pribumi yang terdiri daripada lebih 65 loghat yang berbeza.[184] Daripada itu, hnay bahasa-bahasa Cree, Inuktitut dan Ojibway yang cukup ramai penutur fasih untuk dianggap berdaya hidup dalam jangka masa panjang.[185] Sesetengah bahasa pribumi mendapat status rasmi di Wilayah Utara.[186] Inuktitut ialah bahasa majoriti di Nunavut, dan satu daripada tiga bahasa rasmi di wilayah itu.[187]
Lebih enam juta orang di Kanada menyenaraikan bahasa bukan rasmi sebagai bahasa ibunda mereka.[188] Antara bahasa pertama bukan rasmi yang paling ramai penuturnya termasuk bahasa Cina (terutamanya loghat Kantonis; 1,012,065 penutur bahasa pertama), bahasa Itali (455,040), bahasa Jerman (450,570), bahasa Punjabi (367,505) dan bahasa Sepanyol (345,345).[189]

Kawasan metropolitan tertinggi di Kanada dari segi jumlah penduduk (Banci 2006)
NamaProvinsiPend.NamaProvinsiPend.
TorontoOntario5,113,149KitchenerWaterlooOntario451,235
MontrealQuebec3,635,571St. CatharinesNiagaraOntario390,317
VancouverBritish Columbia2,116,581HalifaxNova Scotia372,858
OttawaGatineauOntario–Quebec1,130,761OshawaOntario330,594
CalgaryAlberta1,079,310VictoriaBritish Columbia330,088
EdmontonAlberta1,034,945WindsorOntario323,342
Quebec CityQuebec715,515SaskatoonSaskatchewan233,923
WinnipegManitoba694,898ReginaSaskatchewan194,971
HamiltonOntario692,911SherbrookeQuebec186,952
LondonOntario457,720St. John'sNewfoundland dan Labrador181,113

[sunting]Budaya

Rencana utama: Kebudayaan Kanada
Kanada terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya serta mendapat perlindungan perlembagaan untuk dasar-dasar yang memupuk kepelbagaian budaya daripada mitos satu bangsa.[190][191] Di Quebec, jati diri budayanya utuh sekali, yang mana ramai penutur bahasa Perancis yang mengulas bahawa kebudayaan Quebecberbeza sekali dengan kebudayaan Kanada Inggeris,[192] tetapi pada keseluruhannya, Kanada merupakan sebuah mozek budaya, iaitu himpunan pelbagai subbudaya setempat, pribumi dan etnik.[193][194] Sering ditegaskan bahawa dasar-dasar Kerajaan Kanada seperti penjagaan kesihatan biayaan awam, pencukaian yang agak tinggi untuk mengagihkan kekayaan, mengharamkan hukuman mati, usaha teguh untuk menghapuskan kemiskinan, penekanan kepada kepelbagaian budaya, mengawal ketat penggunaan senjata api, kelonggaran berkenaan penggunaan dadah dan baru-baru ini, membenarkan perkahwinan sama jantinamerupakan petunjuk-petunjuk sosial betapa berbezanya evolusi politik dan budaya Kanada dengan Amerika Syarikat.[195]
Arca Bill Reid, Raven and The First Men, memaparkan sebahagian mitos penciptaanHaida. Raven ialah salah satu unsur yang paling dikenali dalam kebanyakan mitos dalam budaya pribumi.
Sepanjang sejarah, Kanada dipengaruhi oleh kebudayaan dan adat British,Perancis, dan pribumi. Many North American Perkataan, ciptaan dan permainan pribumi telah diterapkan dalam perbahasaan dan kegiatan seharian di Kanada. Melalui kebudayaan, bahasa, seni dan mzuik mereka, kaum pribumi masih berpengaruh besar ke atas jati diri Kanada.[196][197]
Ramai orang Kanada menghargai kepelbagaian budaya dan memandang negara mereka sebagai sebuah negara berbilang budaya sejak mula lagi.[69] Walaupun demikian, kebudayaan negara ini kuat dipengaruhi oleh kebudayaan Amerika Syarikat kerana kedekatannya dengan negara itu serta kadar penghijrahan yang tinggi antara kedua-dua negara. Majoriti besat penghijrah berbahasa Inggeris ke Kanada dari tahun 1755 hingga 1815 orang Amerika daripada Tiga Belas Jajahan; sewaktu dan sejurus selepas Perang Revolusi Amerika, 46,000 orang Amerika yang setia kepada kerajaan British berhijrah ke Kanada untuk menyertai 20,000 lagi penetap berbahasa Inggeris yang kebanyakannya telah berhijrah sebelum Perang Kemerdekaan.[198]Dari tahun 1785 hingga 1812, ribuan lagi orang Amerika berhijrah ke Kanada demi tanah yang dijanjikan. Pada tahun 1812, kebanyakan besar orang Kanada berbahasa Inggeris merupakan penghijrah dari bekas tiga belas jajahan ataupun pewaris mereka.[199]
Walaupun media dan hiburan Amerika Syarikat mendapat sambutan hebat di Kanada, namun Kanada tidak kurang keluaran budaya dan bakat hiburan yang berjaya di seluruh dunia.[200] Kebanyakan keluaran budaya ini dipasarkan kepada pasaran "Amerika Utara" bersatu atau seluruh dunia. Penciptaan dan pemeliharaan ketersendirian budaya Kanada disokong oleh rancangan kerajaan pusat, undang-undang, dan institusi-institusi sepertiPerbadanan Penyiaran Kanada (Canadian Broadcasting Corporation, CBC), the Lembaga Filem Negara Kanada (National Film Board of Canada), dan Suruhanjaya Radio-televisyen dan Telekomunikasi Kanada.[201]
Oil on canvas panting of a northern tree dominating its rocky landscape during a sunset.
The Jack Pine oleh Tom Thomson, 1916; lukisan minyak atas kanvas dalam himpunanGaleri Kebangsaan Kanada
Seni tampak Kanada dikuasai oleh Tom Thomson, pelukis paling masyhur di Kanada, dan Kumpulan Tujuh (Group of Seven). Kerjaya singkat Thomson dalam pelukisan lanskap Kanada hanya bertahan selama kira-kira 10 tahun sehingga beliau meninggal pada tahun 1917 pada usia 39 tahun.[202]Kumpulan Tujuh ialah sekumpulan pelukis yang berfokus nasionalisme dan idealisme. Mereka julung kali mempamerkan karya-karya mereka pada Mei 1920. Walaupun dikatakan tujuh orang, namun hanya lima pelukis — Lawren Harris, A. Y. Jackson, Arthur Lismer, J. E. H. MacDonald, dan Frederick Varley — yang bertanggungjawab menerangkan buah fikiran Kumpulan ini. Mereka disertai oleh Frank Johnston untuk masa yang singkat, dan juga artis komersil Franklin Carmichael. A. J. Casson menyertai Kumpulan ini pada tahun 1926.[203] Kumpulan Tujuh ini bersekutu dengan seorang pelukis Kanada masyhur, Emily Carr yang terkenal kerana lukisan landskap dan potret kaum pribum Pantai Barat Laut Pasifik.[204]
Industri muzik Kanada telah memajukan prasarana muzik yang merangkumi dewan gereja, dewan kamar, konservatori, akademi, pusat seni persembahan, syarikat rakaman, stesen radio, dan saluran video muzik televisyen.[205] Industri muzik Kanada telah melahirkan ramai penggubah, pemuzik dan kumpulan muzik yang terkenal di peringkat antarabangsa.[206]Penyiaran muzik Kanada dipantau oleh Suruhanjaya Radio-televisyen dan Telekomunikasi Kanada (Canadian Radio-television and Telecommunications Commission, CRTC). Akademi Seni dan Sains Rakaman Kanada(Canadian Academy of Recording Arts and Sciences) mentadbir anugerah industri muzik Kanada, iaitu Anugerah Juno sejak tahun 1970.[207] Lagu kebangsaan Kanada, O Canada yang diterima pakai pada tahun 1980, pada asalnya ditempah oleh Leftenan Gabenor Quebec,Théodore Robitaille, sempena Hari St. Jean-Baptiste pada tahun 1880.[208] Calixa Lavallée menggubah muziknya sebagai latar puisi patriotik oleh penyair dan hakim, Sir Adolphe-Basile Routhier. Seni katanya ditulis dalam bahasa Perancis, sebelum diterjemahkan ke bahasa Inggeris pada tahun 1906.[209]
Suasana Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010di Vancouver sebaik sahaja pasukan Kanada menggondol pingat emas dalam acara hoki ais lelaki.
Sukan kebangsaan rasmi Kanada ialah hoki ais pada musim sejuk dan lacrossepada musim panas.[210]Hoki ais merupakan kegiatan masa lapang kebangsaan dan sukan yang paling ramai penonton di negara ini. Ia juga sukan yang paling ramai pemainnya di kalangan warga Kanada, dengan 1.65 juta orang peserta pada tahun 2004.[211] Keenam-enam kota raya terbesar di Kanada—Toronto, Montreal, Vancouver, Ottawa, Calgary, dan Edmonton—memegang francais dalam Liga Hoki Kebangsaan(National Hockey League, NHL), Kanada ialah negara yang paling ramai pemain dalam NHL. Sukan-sukan sukaramai yang lain termasuk curling dan futbol.[211]Golf, besbol, ski, bola sepak, kriket, bola tampar, dan bola keranjang juga digiatkan pada peringkat belia dan amatur, tetapi liga dan francai profesional tidak begitu meluas.[211]
Kanada pernah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan antarabangsa terkemuka, termasuk Sukan Olimpik Musim Panas di Montreal (1976), Sukan Olimpik Musim Sejuk di Calgary (|1988) dan Vancouver (2010)[212], dan Piala Dunia U-20 FIFA 2007.
Lambang-lambang negara Kanada dipengaruhi oleh punca-punca semulajadi, sejarah dan Pribumi. Penggunaan daun mapel sebagai lambang Kanada berasal dari abad ke-18. Daun mapel tertera pada bendera kebangsaan dahulu dan sekarang, pada duit syiling satu sen, danJatanya.[213] Lambang-lambang penting yang lain termasuk beaver, Angsa Kanada, Gavia immer, Kerajaan, Polis Berkuda Kanada Diraja,[213] dan juga tiang totemdan Inukshuk.[214]