Arab Kristian adalah orang yang etniknya atau kebudayaannya Arab dan bahasanya Arab dan menganuti agama Kristian.
Kebanyakan warga Arab Kristian menetap di Timur Tengah, kawasan yang kebanyakan penduduknya beragama Islam, dan terdapat sesetengah golongan minoriti beragama lain tetapi agak ketara yang tinggal di sebilangan negara. Bilangan penduduk Arab Kristian terbanyak, samada dari segi jumlah sebenar atau nisbah kepada bilangan penduduk sesebuah negara, boleh didapati di Mesir, Israel/Palestin, Jordan, Lebanon, dan Syria. Komuniti emigran Arab sekitar Amerika, terutamanya di kalangan penduduk Arab Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador, dan Amerika Syarikat, adalah kebanyakannya beragama Kristian. Dalam Brazil sahaja, bilangan orang Arab adalah melebihi 12 juta orang dan kebanyakannya beragama Kristian.
Sejarah
Pada beberapa era dalam sejarah, Arab Kristian telah hidup secara agak amannya bersama-sama penganut agama-agama lain di Timur Tengah (khususnya Islam dan Yahudi). Walaupun selepas perkembangan pesat agama Islam dari abad ke-7 M dan seterusnya, banyak orang Kristian memilih untuk tidak menganut agama Islam sebaliknya mengekalkan kepercayaan asal mereka. Sebagai "Orang-orang Kitab", orang Kristian di daerah tersebut diberikan hak-hak tertentu di bawah hukum Islam teori Syariah untuk mengamalkan agama mereka bebas dari gangguan atau hukuman (dalam restrictions tertentu mengenai sifat pada ibadah awam).
Arab Kristian telah wujud lebih awal daripada golongan Arab Muslim, sebagaimana ada banyak puak-puak Arab telah menganut agama Kristen sejak abad pertama, termasuk golongan Nabatean (yang merupakan keturunan Aramea) dan Ghassanid (yang asalnya Qahtani dan bercakap Bahasa Arab-Yaman dan juga Yunani), yang melindungi batasan tenggara Empayar Byzantin di utara Arab. Arab Kristian memberikan banyak sumbangan kepada tamadun Arab dan masih lagi berbuat sedemikian. Sesetengah penyajak tinggi pada masa tertentu adalah Arab Kristian, dan banyak Arab Kristian adalah pakar perubatan, penulis, pegawai kerajaan, dan orang-orang kesusasteraan.
Pengenalan
Dalam sejarah, beberapa penyebar Kristian dihukum sebagai penyelewang di bawah pemerintahan Byzantine (seperti Monophysites). Sebenarnya Arab Kristian mula menikmati lebih kebebasan beragama di bawah pemerintahan Muslim daripada yang mereka alami semasa di bawah pemerintahan Byzantine.
Tidak semua Arab Kristian di Timur Tengah menganggap diri mereka sebagai etnik Arab, walaupun mereka mengaku perkataan Arab berlainan, terpulang kepada aspek mana mereka ingin ditekankan (politik, bahasa, etnik). Contohnya, sesetengah orang Maronite Lebanon sehingga kini menganggap mereka adalah waris kepada bangsa kuno Phoenicians atau Mardaites dan menghadkan pengenalan bangsa Arab pada orang yang tinggal di Arab Saudi dan negara-negara Teluk. Pada satu tangan yang lain, sesetengah nasionalis Arab yang amat berpengaruh adalah Kristian Ortodoks seperti Michel Aflaq, pengasas Parti Baath, George Habash, pengasas Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, dan Constantin Zureiq.
Doktrin
Seperti Arab Muslim dan Arab Yahudi, Arab Kristian merujukkan Tuhan sebagai Allah, ini adalah perkataan Bahasa Arab untuk "Tuhan". Kegunaan perkataan Allah dalam gereja-gereja Arab Kristian asalnya dari sebelum Islam untuk beberapa abad. Pada masa kini (terutamanya sejak pertengahan 1800an), sesetengah Arab Kristian dari wilayah Levant telah bertukar dari gereja-gereja ini ke Protestant, terutamanya gereja Baptis dan Metodis. Kebanyakan ini disebabkan oleh pengaruh penyebar missionary Barat, terutamanya dari Amerika.
Arab Kristian terkenal
- Gibran Khalil Gibran, penulis dan penyajak terkenal (orang Lebanon, Kristian Maronite).
- Edward Said, prominent intellectual dan penulis (Palestinian, Protestant Kristian).
- Michel Aflaq, co-founder of Baath Party, (Syrian, Greek Orthodox Christian).
- Constantin Zureiq, prominent intellectual and academic, (Syrian, Greek Orthodox Christian).
- Onsi Sawiris, pengasas Orascom Kumpulan, (Egyptian, Coptic Christian).
- George Habash, pengasas PFLP, (Palestinian, Greek Orthodox Christian).
- Nayef Hawatmeh, pengasasDFLP, (Palestinian, Greek Catholic Christian).
- Boutros Boutros-Ghali, bekas Menteri Luar Mesir (Egypt) dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu United Nations, (Egyptian, Coptic Christian).
- Yousef Beidas, prominent Financier, (Palestinian,Greek Orthodox Christian).
- Elias Farah, ahli falsafah Iraq, (Syria, Kristian Ortodoks Yunani).
- John Sununu, pemimpin politik AS, (Palestin-Lebanon, Kristen Katolik Yunani).
- Carlos Ghosn, French-Brazilian industrialist, (orang Lebanon, Kristian Maronite).
- Shakira, penyanyi pop Colombia, (orang Lebanon, Kristian Ortodoks Yunani).
Jumlah |
---|
15 - 25 juta |
Kawasan yang nyata diduduki |
Brazil: 6,000,000[1] 1,000,000[3] Amerika Syarikat: |
Bahasa |
kebanyakannya Bahasa Arab |
Agama |
Kristian |
No comments:
Post a Comment