Wednesday, October 21, 2009

Take 5.....

malam pengantin
Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"

Cerita Lucu : Nenek Oh Nenek

Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.
Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.
Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.
Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah
melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"
Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan
mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.
Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang
mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu.
Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.
Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"
Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab:
"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering." Cerita Lucu : Nenek Oh Nenek
***********************************************************************

Cerita Lawak : Seluar Dalam

Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

Ah Chong: Apa yang bising ni?

Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil

Ah Chong: Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil

Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…

Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…

Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…

Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul Pak.. sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam.. masakan saya teringin seluar dalam tu.. Cerita Lawak : Seluar Dalam
Cerita Lawak : Baju Cinta
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer... .." Cerita Lawak : Baju Cinta
*******************************************************************
Cerita kelakar : Burung kakak tua yang gatal
Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu...)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi. ... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat... .

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. .. Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang... ..

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." .

Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer.... . tak pe, kita tengok besok pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah...... .."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua.. ." dan seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun tengok.... dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set! !!!!" balas depa.....

Keesokan harinya..... .sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi...

HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.. .. cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent. .." . Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....". Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ...sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.. ...dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia cekak pinggang.... . dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! "

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....

No comments:

Post a Comment