Wednesday, February 29, 2012

Gejala Homoseksual dulu dan sekarang!

Sejak kebelakangan ini, gejala Homoseksual sering diperdebatkan. Jika dahulu, hendak menyebut perkataannya pun sudah membangkitkan rasa malu dan jelik. Tetapi kini, kita boleh lihat bagaimana terdapat beberapa individu mula mengaku mereka adalah ‘gay’ atau dalam istilah yang lebih ‘mulia’- mempunyai naluri songsang. Yang peliknya, mereka langsung tidak malu apatah lagi takut kepada Yang Maha Esa untuk mengaku menjadi seorang homoseksual.

Apa itu Homoseksual?

Homoseksual dalam istilah yang sebenarnya adalah hubungan kelamin yang melibatkan sesama jenis samaada lelaki atau perempuan. Namun, masyarakat Barat memandang istilah Homoseksual sebagai hubungan yang melibatkan sesama lelaki sahaja berbanding dengan istilah yang sebetulnya yang turut merujuk kepada hubungan sesama perempuan. Istilah Homoseksual diambil daripada dua perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu Homo dan Seksual. Homo bermaksud sejenis dan Seksual bermaksud kegiatan atau hubungan seks.

Istilah Homoseksual kontra kepada istilah Heteroseksual yang mana ia membawa maksud hubungan seks berlainan jenis. Lumrah manusia adalah bergitu. Allah swt menciptakan manusia berpasangan iaitu lelaki dan wanita untuk dijadikan pasangan.

Bagi masyarakat Arab, istilah Homoseksual dirujuk dengan istilah Liwath. Liwath mengambil daripada kata akar Lut. Lut adalah Rasul yang diutuskan Allah di dua buah daerah yang terletak di negara Jordan sekarang iaitu Sodom dan Gomorrah yang mana masyarakatnya mengamalkan kehidupan songsang.

Homoseksual sudah menular sejak zaman berzaman

Sejak zaman berzaman, kegiatan homoseksual atau seks sejenis sudah menjadi lumrah kehidupan manusia. Ia bagaikan mewarnai rencah hidup masyarakat zaman tersebut, cuma ia kurang diketahui dan tidak diambil peduli.

Kegiatan yang dilaknat Allah swt ini sebenarnya menjadi simbol kepada kemusnahan moral umat-umat terdahulu. Tiada lagi gejala yang paling buruk dan jijik melainkan gejala homoseksual ini.

Namun, jika pembaca hidup di Rom dan Yunani Purba, tidak pelik melihat raja-raja dan pemerintah mereka mengamalkan hubungan jelik ini. Sebenarnya, itulah simbol kemewahan dan status mereka. Terdapat golongan atasan di Yunani dan Rom Purba mempunyai ratusan lelaki simpanan disamping gundik-gundik yang menjadi ‘bidadari’ istana.

Untuk kali ini, penulis akan menyenaraikan beberapa tokoh zaman silam yang dikaitkan dengan hubungan sesama jenis. Jangan terkejut apabila nama-nama yang tersenarai ini adalah tokoh yang pembaca tidak pernah jangka. Moga-moga dengan artikel kali ini, ia akan menjadi infomasi terbaru kepada pembaca-pembaca di luar sana. Selamat membaca.

1. Kaum Lut as

Penulis mulakan dengan kaum Lut as dahulu.

Sudah termaktub di dalam Al-Quran mengenai kisah Kaum Nabi Lut as yang mengamalkan seks sejenis atau dalam istilah masakini, Gay dan Lesbian. Malahan isteri Lut as sendiri mengamalkan budaya menentang lumrah alam ini. Diceritakan Allah swt dalam surah Hud ayat 81-82 mengenai kekafiran isteri Lut as dan azab yang diterima oleh keseluruhan kaum baginda termasuklah isteri baginda yang kufur itu.

81. Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?.”

82. Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,

Pengakhiran yang teruk dan azab. Kaum Lut akhirnya dimusnahkan oleh Allah swt dengan azab yang paling pedih bersesuaian dengan keengkaran mereka berubah normal sepertimana yang disarankan oleh Lut as. Laut Mati yang dikunjungi oleh ribuan pelancong setiap tahun menjadi pusara kekal buat mereka. Nauzubillahiminzalik.

2. Masyarakat Pompeii

Pompeii adalah bandar purba Rom yang terletak di Naples berdekatan wilayah Campania, Itali. Bandar Purba Pompeii mula terkenal selepas dijumpai tertanam sedalam kira-kira 2-4 meter di bawah bumi pada 1599 selepas secara tidak sengaja tergali sebuah benteng yang terukirnya fresco yang masih terpelihara cantik. Kemudian, pada tahun 1748, seorang jurutera daripada Sepanyol telah melakukan eskavasi di Pompeii dengan keizinan King of Naples, Charles of Bourbon. Selepas itu, banyak individu lain mula melakukan penggalian arkeologi di Pompeii sehingga yang kita dapat lihat hari ini.

Lukisan fresco menunjukkan hubungan luar tabii. nauzubillah

Pompeii pada zaman kegemilangannya adalah bandar yang cukup pesat membangun. Bukan sahaja memiliki bandar yang moden dan teratur, tetapi juga memiliki pemandangan yang indah berlatarbelakangkan Mount Vesuvius. Kegemilangan Pompeii sebenarnya berlandaskan maksiat semata-mata. Pompeii dianggap sebagai syurga dunia pada zamannya. Segala jenis maksiat terdapat di sini termasuklah homoseksual. Dosa yang dilakukan masyarakat Pompeii tidak kekal lama apabila bandar ini akhirnya dimusnahkan Allah swt dalam hanya satu letusan Mount Vesuvius pada 79M. Bandar ini tenggelam dengan timbunan debu-debu panas setinggi 2-4 meter sehingga ia dilupai oleh masyarakat dunia. Ia akhirnya dijumpai kembali pada abad ke-16.

Azab yang diterima oleh masyarakat Pompeii mirip dengan azab yang diterima oleh Kaum Lut as. Semoga ia tidak berlaku kepada masyarakat kita pula kelak.

3. Alexander The Great

Naluri seksual Alexander The Great sebagai seorang homoseksual mula diperdebatkan sejak kebelakangan ini. Ini berikutan Alexander mempunyai hubungan yang bergitu rapat dengan teman seperjuangannya, Hapheastion. Hubungan mereka berlaku sejak daripada remaja lagi. Ini adalah kerana Alexander dan Hapheastion berguru dengan individu yang sama iaitu Plato. Semasa meningkat dewasa, kedua-dua mereka menjadi individu yang disegani. Alexander meningkat menjadi komander dan pemerintah yang sangat disegani oleh kawan ataupun lawan manakala Hapheastion meniti karier menjadi ketua battalion perang dan pengawal peribadi Alexander.

Teman akrab Alexander the Great, Hapheastion

Diriwayatkan bahawa, Hapheastion meninggal dunia semasa misi penaklukan Alexander di Parsi setelah mengalami demam malaria pada 324AD ketika berumur 32 tahun. Alexander diriwayatkan menangisi kematian Hapheastion sehingga mengalami kemurungan dan kurang keyakinan. Pengebumian Hapheastion dilakukan secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam oleh Alexander persis pengebumian seorang raja yang agung.

4. Hadrian

Hadrian adalah maharaja Rom yang memerintah sekitar tahun 117AD sehingga 138AD. Hadrian meninggal dunia ketika berusia 62 tahun pada 10hb Julai 138AD akibat serang jantung di villa miliknya di Baiae. Maharaja Hadrian terkenal sebagai maharaja yang bertanggungjawab membina Tembok Hadrian yang kini terletak di Britain. Antara yang menarik mengenai Hadrian adalah beliau sangat meminati budaya Yunani miskipun beliau adalah warga Rom. Ini dapat dilihat daripada ukiran patung Hadrian yang sentiasa janggut sedangkan Maharaja sebelum Hadrian kesemuanya tidak menyimpan janggut. Untuk pengetahuan pembaca, warga Yunani sentiasa mempunyai imej berjanggut yang mana ia merupakan ikon Hellinistik. Ini dapat dilihat melalui patung Socrates, Aristotle, Plato, Salon dan sebagainya.

Hadrian

Titik tolak daripada minat Hadrian tersebut akhirnya membibit perasaan cinta kepada orang Yunani pula. Hadrian direkodkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang remaja berusia belasan tahun daripada Yunani yang bernama Antinous . Antinous sentiasa berada di sisi Antinous sehinggalah kematiannya akibat lemas di sungai Nil. Hadrian bergitu sedih dengan kematian Antinous tersebut. Ketika itu, umur Hadrian dalam lingkungan 58 tahun.

Untuk mengingati Antinous , Hadrian menjadikan nama Antinous sebagai nama bandar yang ditaklukinya di Mesir. Bandar tersebut dikenali Antinopolis.

Bukan itu sahaja, Hadrian telah menjadikan Antinous sebagai dewa dan membina kuil khas buatnya. Sehingga kini, pasangan Hadrian-Antinous sentiasa menjadi ikon kepada golongan homoseksual.

5. Commodus

Maharaja Commodus yang dilahirkan pada 31hb Ogos 161 memerintah Rom daripada sehingga 18hb March 180 sehinnga kematiannya pada 31hb Disember 192. Kematiannya cukup tragik apabila pembunuh upahan yang juga gladiator di colosoeum miliknya, Narcissus membunuhnya di tab mandi selepas diracun oleh Marcia.

Lukisan Commodus tampil di Colosseum

Maharaja Commodus sangat dibenci oleh rakyatnya bukan sahaja kerana kesombongan dan keangkuhannya tetapi juga orientasi seksualitinya. Commodus dikatakan memiliki 300 hamba seks lelaki untuk memuaskan nafsunya di samping 300 gundik yang juga digunakan untuk tujuan yang sama.!

6. Elagabalus

Elagabalus pernah memerintah Rom sekitar tahun 218 sehingga 11hb March 222. Elagabalus adalah salah seorang maharaja yang memerintah Rom yang berdarah Syria daripada sebelah ibunya, Julian Soaemias. Elagabalus memerintah Rom untuk jangka masa yang cukup singkat iaitu selama empat tahun sahaja apabila beliau akhirnya dibunuh pada usia 18 tahun oleh Pretorian Guard atas arahan neneknya, Julian Maesa.

Elagabalus membina reputasi sebagai raja yang pelik dan gila. Apa yang pelik dan gila mengenai beliau ini adalah apabila beliau bertindak mengahwini seorang hamba yang berambut perang bernama Hierocles yang juga pemandu chariot beliau. Beliau bukan sahaja mengahwini seorang hamba tetapi juga seorang lelaki yang akhirnya menaikkan api kemarahan masyarakat Rom terutamanya Pretorian Guard.!

Elagabalus

Perkahwinan Elagabalus dengan Hierocles diumumkan secara rasmi dan Elagabalus secara bersahaja mengelar dirinya sebagai ‘Queen of Hierocles’. Terdapat sumber mengatakan Elagabalus telah melakukan pengubahsuaian jantinanya kepada wanita. Walaubagaimanapun, ia masih di dalam kajian. Kisah Elagabalus ini memberi gambaran kepada masyarakat moden bahawa pengubahsuaian jantina atau transsexual sudah mula difikirkan sejak pemulaan masihi lagi malah kemungkinan besar lebih lama daripada itu.

7. Nero

Maharaja Nero pernah memerintah Rom Purba selama 14 tahun iaitu daripada 54AD sehingga 68AD. Nero dikenang sebagai antara maharaja Rom yang paling brutal, ego dan kuku besi. Nero yang terkenal sebagai maharaja yang tidak berhati perut telah bertanggungjawab ke atas pembunuhan ribuan penganut Yahudi yang tidak bersalah. Turut sama dibunuh adalah hawari Nabi Isa as iaitu Petros yang telah disalib dengan cara terbalik. Seorang lagi hawari Nabi Isa as iaitu Paulus atau Saulus telah melarikan diri ke Sepanyol. Nero dianggap oleh penganut Kristian sebagai beast atau anti-christ. Sesetengah mazhab Kristian mendakwa Nero adalah individu yang dimaksudkan dengan simbol 666 dalam Book of Revelations di dalam Holy Bible.

Patung Nero dan pembantunya, Seneca

Sesuai dengan kezaliman dan reputasinya yang buruk, Nero direkodkan mempunyai sifat yang pelik dan menjijikkan. Nero dikatakan mengamalkan amalan homoseksual sehingga membawanya kepada perkahwinan sesama jenis. Direkodkan oleh ahli sejarah, Josephus, Nero mengahwini dua lelaki dalam dua majlis yang berlainan. Salah seorang lelaki yang dikahwini Nero adalah Sporus. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara terang-terangan dan gilang-gemilang.

8. Sappho

Sappho ada pemuisi yang berasal daripada Yunani. Beliau dipercayai dilahirkan antara tahun 630BC sehingga 612BC di sebuah pulau di Yunani iaitu Pulau Lesbos. Sapphos meninggal dunia sekitar tahun 570BC.

Sappho

Reputasi Sappho sebagai pemuisi tidak perlu diperdebatkan lagi kerana beliau sememangnya terkenal sebagai pemuisi tersohor pada zamannya. Malah Plato sendiri adalah salah seorang daripada jutaan manusia yang menggaguminya. Namun, apa yang perlu diperdebatkan adalah orientasi seksualiti beliau.

Sekitar kurun ke-19, puisi Sappho yang kebanyakkannya memuji keunggulan dan keanggunan sang wanita telah dikaitkan dengan orientasi seksualnya yang songsang. Miskipun Sappho terkenal sebagai seorang pencinta wanita, beliau bagaimanapun dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki dan mempunyai seorang anak yang dinamakan sempena nama ibunya, Kleis.

Jika Sappho hanya seorang pencinta wanita melalui puisi dan tidak pernah mengamalkan hubungan songsang, Sappho bagaimanapun tetap ‘bersalah’ kerana puisi dan sajak beliau telah menyebabkan budaya hubungan songsang khususnya lesbian cepat menular sehingga dikatakan sampai ke Mesir.

Pada zaman pertengahan ketika mana Islam berada di puncak kegemilangan, banyak buku-buku daripada Yunani diterjemah ke bahasa Arab untuk ditempatkan di Baitul Hikmah di Baghdad. Walaubagaimanapun, buku-buku yang terkandungnya puisi serta sajak nukilan Sappho dilarang diterjemah kerana mempunyai unsur-unsur pro-hubungan sejenis dan cinta kepada kaum sejenis.

Lama sebelum itu iaitu sekitar 380M, St. Gregory of Nazianzuz telah mengarahkan pembakaran buku-buku milik Sappho. Direkodkan, kejadian pada 380M itulah merupakan pemusnahan besar-besaran buku Sappho sehingga tersisa sedikit sahaja itupun dalam bentuk pecahan-pecahan dan helaian-helaian kertas yang tidak lengkap.

9. Julius Caesar

Julius Caesar pernah mengetuai Rom sekitar tahun 49BC sehingga 45BC. Julius Caesar yang terkenal sebagai antara panglima perang yang paling bijak zaman silam ini dilahirkan pada 13hb Julai 100BC. Miskipun Caesar disayangi oleh rakyatnya, namun beliau mengumpul ramai musuh politik termasuklah di kalangan senator di Parlimen. Beliau akhirnya dibunuh pada 14 March 45BC oleh satu komplot pembunuh dengan 24 kali tikaman di seluruh badannya.

Julius Caesar

Selusuri kisah Julius Caesar merupakan satu perjalanan hidup yang menarik dan tragik. Banyak cerita dan khabar angin yang tidak elok mengenai Caesar. Antaranya adalah kisah di mana Caesar dikatakan seorang homoseksual dan pernah menjalinkan hubungan dengan seorang raja sewaktu berumur 20 tahun. Raja yang dimaksudkan adalah King Nicomedes IV of Bithynia. Kisah ia bermula apabila Caesar yang masih muda belia telah dihantar ke Bithynia sebagai duta pada 80BC. Misi Caesar adalah untuk meningkatkan armada kapal bagi tujuan peperangan pada masa akan datang. Bithynia terkenal sebagai sebuah wilayah yang memiliki sumber kayu-kayan yang banyak yang mana ia boleh digunakan untuk membina kapal-kapal perang Rom kelak.

Walaubagaimanapun, Caesar yang masih lagi remaja telah berfoya-foya dengan King Nicomedes sehingga membangkitkan khabar angin di Rom bahawa mereka mempunyai hubungan lebih daripada seorang rakan pakatan. Sewaktu Caesar meningkat kariernya menjadi seorang pemerintah Rom, kisah Caesar dan Raja Nicomedes masih lagi diperdebatkan sehinggakan musuh politik Caesar sering mengelarnya sebagai ‘Queen of Bithynia’.

10. Scared Band of Thebes

Scared Band of Thebes adalah ketumbukan bala tentera Thebes yang ditubuhkan oleh Komander Gorgidas pada 378BC. Scared Band of Thebes terdiri daripada pasangan-pasangan lelaki homoseksual sebagai tentera. Gorgidas dikatakan terpengaruh dengan puisi-puisi nukilan Plato yang sering menyarankan pasukan tentera yang terdiri daripada lelaki yang menyayangi antara satu sama lain untuk menyemarakkan lagi semangat juang mereka di medan perang.

Antara kekeliruan Gorgidas menafsir puisi Plato atau Plato sendiri adalah pengamal homoseksual, ia tidak penting kerana yang penting adalah pasukan yang ditubuhkan oleh Gorgidas tersangat sukar dikalahkan miskipun unit pasukan Thebes yang lain telah lama menyerah kalah. Scared Band of Thebes dikatakan telah berjuang habis-habisan sehingga akhirnya mereka dikalahkan secara keseluruhannya oleh pasukan Macedonia yang diketuai oleh Philip of Macedonia dan anaknya, Alexander the Great dalam Battle of Chaeronea.

Menurut ahli sejarah, Plutarch, jumlah kematian Scared Band of Thebes secara keseluruhan adalah 300 orang akan tetapi dalam satu eskavasi pada tahun 1890, sebanyak 254 rangka manusia yang dipercayai adalah Scared Band of Thebes telah ditemui. Makam di mana Scared Band of Thebes ditempatkan berada di Chaironeia. Sebuah patung singa yang dikenali Lion of Chaironeia telah menjadi monumen kepada makam tersebut.

Penutup

Apa yang dapat dilihat, kehidupan homoseksual pada zaman dahulu bergitu terbuka. Di Rom Purba misalnya, ramai bangsawan dan pemerintah mereka menyimpan ratusan ‘gundik’ lelaki yang digunakan untuk memuaskan nafsu mereka. Lebih memilukan, terdapat bangsawan yang bertindak ekstrem dengan mengahwini lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Kehidupan yang tidak normal ini berlaku dalam jangka masa yang cukup lama sehingga Rom diperintah oleh Constantius II pada 342M apabila beliau bertindak melarang mana-mana rakyatnya mengamalkan budaya Homoseksual.

Kod Theodosian telah digunakan Constantius II bagi menyekat rakyatnya daripada terus terlibat dalam amalan yang jijik ini dan jika engkar, hukuman pancung akan menanti mereka. Undang-undang yang digunakan oleh Constantius II amat bersesuaian dengan saranan agama baru kerajaan Rom iaitu Kristian yang menganggap dosa Homoseksual sebagai antara satu daripada tujuh dosa besar(seven sin).

Apa yang dapat dilihat melalui artikel yang penulis lampirkan adalah azab yang diterima oleh kaum Lut as dan masyarakat Pompeii tidak pernah dijadikan ikhtibar dan pengajaran kepada masyarakat yang hidup selepas itu. Manusia mudah benar lupa. Manusia mudah benar untuk menentang lumrah alam. Mereka merasakan yang dilihat jijik itulah moden. Itu hakikat yang boleh kita pelajari daripada sejarah kehidupan umat terdahulu yang telah diazab Allah.

Melihat kepada kehidupan masyarakat abad ke-21 sekarang, sejarah sentiasa berulang. Ulangan pada zaman moden ini persis ulangan episod zaman silam. Bila agaknya dosa homoseksual ini mahu berakhir.

Adakah apabila azab yang diterima oleh Kaum Lut as turun baru manusia mahu insaf? Adakah kiamat menjelma baru manusia mahu bertaubat? Apa yang pasti sekarang, bergantung kepada individu tersebut untuk memilih jalan kufur yang menjijikkan atau memilih jalan yang diredhai Allah swt. Moga kita semua memilih jalan kedua..insyaAllah

Koleksi Kapal Perang Airship USA(9 Gambar)

Pelican Aeros

Airship ni boleh la dikatakan macam kapal laut yang berada di udara tu.Konsepnya ialah terdapat bekas udara yang besar diisi dengan udara panas atau udara ringan seperti helium dan hydrogen supaya kapal itu boleh terapung.Nampak kapal ni macam senang nak eksiden kalau bekas tu bocor tapi ia mampu menjadi senjata perang yang kuat.Macam Kirov Airship yang Soviet guna dalam game Red Alert tu,macam tu lah kuatnya.Airship perang tak macam airship yang pakai untuk persiaran ni.Bekas udaranya keras dan biasanya kalis peluru supaya tak mudah bocor dan dimusnahkan pihak lawan(maklumlah,dah le besar,kat udara pulak.Konfem2 le kapal ni kena serang dulu).Itu pengenalan je lah.Aku nak tunjukkan koleksi2 kapal perang airship yang biasa digunakan US.
Blue Devil
INTEGRATED SENSOR IS STRUCTURE(ISIS)
HALE-D
HiSentinel80
NAVY MZ-3A MANNED AIRSHIP
LONG ENDURANCE MULTI INTELLIGENCE-LEMV
PERSISTENT DETECTION THREAT SYSTEM(PTDS)
SANSWIRE

Kepentingan airship ni sewaktu perang ialah melancarkan serangan2 berat seperti bom,menghantar skuad yang ramai dan kenderaan tentera seperti Warthog dan kereta kebal.Biasanya ia digunakan untuk siri perang yang besar seperti Perang Dunia Kedua kerana skala pemusnahnya yang besar.Namun entah kenapa terlalu banyak kapal perang Airship yang dibina oleh US pada masakini.(Macam taw je US ni yang Perang Dunia Ketiga akan berlaku)

(Gambar) Kereta Kebal semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua!

Kereta Kebal diperkenalkan oleh negara British semasa mereka terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Pada awalnya, penggunaan kereta kebal tidak dianggap efektif dan praktikal dek kerana pergerakan dan masalah teknikal yang tercetus daripada kereta kebal tersebut. Ia berlaku dalam Pertempuran Somme pada 15 September 1916 dan Pertempuran Cambrai pada 21 November 1917 melibatkan tentera British dan Jerman.British kalah teruk dalam kedua-dua pertempuran tersebut dengan kehilangan banyak kereta kebal serta korban nyawa.

Namun, falsafah perang yang dicetuskan oleh penggunaan kereta kebal untuk menggantikan peranan kuda perang bagi menerombos sempadan hadapan dan ‘jantung’ musuh telah melanda seluruh negara yang berperang seperti Jerman, Rusia dan Perancis. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, mereka berlumba-lumba untuk membina kereta kebal masing-masing bagi menggantikan unit berkuda dan artileri berat.

Kereta Kebal Pertama

Kereta Kebal pertama yang digunakan di medan Perang adalah Mark I. Mark I adalah ciptaan British untuk digunakan semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada 15 September 1916. Mark I bagaimanapun tidak memberi sebarang kelebihan kepada British kerana masalah teknikal yang dialami oleh Mark I. Selepas ciptaan Mark I, kerajaan British lebih giat memperbaharui teknologi kereta kebal seperti menambahkan kelajuan, kestabilan dan rekabentuk. Maka terhasillah Mark II, Mark III, Mark IV, Sherman dan banyak lagi.

Mark I yang musnah semasa pertempuran Somme.

Kereta Kebal Pertama Asia

Sejak Perang Dunia Pertama sehinggaPerang Dunia Kedua, boleh dikatakan hampir beribu-ribu buah kereta kebal telah dicipta dan ditambah-baikkan. Negara Asia pertama yang berusaha mewujudkan unit kereta kebal sendiri adalah negara matahari terbit iaitu Jepun. Sehubungan itu, mereka telah menghantar jurutera dan saintis untuk belajar di Britain bagi tujuan membina kereta kebal ciptaan mereka sendiri. Maka, pada Perang Dunia Kedua, terciptalah kereta kebal buatan Jepun seperti Type 3 Medium-Chi Nu, Type 4 Medium-Chi To dan banyak lagi. Kereta berperisai Chi Nu sangat menyerupai rekabentuk luaran kereta kebal buatan British iaitu Sherman.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Kereta Kebal Terhebat

Miskipun diakui British adalah negara pertama yang merintis penggunaan kereta kebal namun kereta kebal buatan mereka tidak tersenarai antara yang terhebat. Kecuali M4 Sherman, kereta kebal buatan British lain boleh dianggap tidak memberi hasil produktif kepada negara pengeluarnya.

Kereta kebal buatan Soviet/Rusia iaitu T-34 adalah kereta kebal yang diperakui sebagai kereta kebal terhebat pernah dihasilkan di dunia selain kereta kebal buatan Jerman, Tiger dan Panzer. T-34 mempunyai rekabentuk dinamik dengan kestabilan yang cukup tinggi. Keupayaan menangkis peluru telah membuatkan T-34 seakan-akan kereta kebal yang halimunan ditambah pula dengan kuasa tembakan meriam yang cukup padu. Dengan kata lain, T-34 adalah sempurna daripada segenap segi.

Kereta kebal yang dicipta pada 1940 ini telah digunakan sehingga akhir tahun 1990-an dengan jumlah penghasilannya mencecah lebih 1 juta buah. Pada Perang Dunia Kedua, kereta kebal ini ditakuti oleh musuh-musuh Soviet/Rusia terutamanya Jerman sehingga Jerman berusaha mencipta sekurang-kurang dua jenis kereta kebal untuk menangkis ketangkasan T-34. Dua jenis kereta kebal buatan Jerman yang digunakan semata-mata untuk menangkis serangan T-34 adalah Panzer D dan siri kereta kebal Tiger.

T-34

Kereta Kebal Jepun di Malaya

Di Malaya, Jepun telah menggunakan untuk kereta kebal jenis sederhana dan ringan. Ia bersesuaian dengan rupa bumi Malaya yang dipenuhi hutan dan tanah lumpur. Sekurang-kurangnya terdapat tiga ketumbukan unit kereta kebal telah digunakan di Malaya iaitu:

  • Regimen Kereta Kebal Pertama yang diketuai oleh Kolonel Mukaida
  • Regimen Kereta Kebal Ke-6 yang diketuai oleh Kolonel Kawamura
  • Regimen Kereta Kebal Ke-14 yang diketuai oleh Kolonel Kita

Strategi Jepun yang menggunakan kereta kebal jenis sederhana dan ringan telah membuahkan hasil apabila mereka mampu menawan Malaya daripada cengkaman penjajah British tidak sampai 1 bulan iaitu daripada 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942.

Berikut adalah kereta kebal yang jarang sekali dilihat di dalam akhbar mahupun majalah:

Jagdpanzer IV-70 (V) SdKfz 162

Jagdpanzer VI Jagdtiger

Leichte Feldthaubitze 18.2 Wespe SdKfz 124

Light tank AMX Renault R-40.

Light tank Hotchkiss H-35

Light tank L6 40

Light tank Mk I

Light tank Mk II B

Light tank Mk VIA AA

Light tank Mk VIA

Light tank Mk VII Tetrarch

Loyd carrier

Light tank Mk VI

Minenraumer III

Light tank Wheel-and-track (Schofield)

OTSU B (OTSU-Gata Sensha).

Light tank Renault FT-17

Ostwind

Panzerjager Bren mit 8.8cm Raketenpanzer- buche 43

Munitionspanzer Panther

M11 series

Medium tank Type 5 Chi-Ri

Advertisement

Sunday, February 26, 2012

Logo & Maskot Olimpik London 2012 Berbentuk Freemason Berciri Dajjal

Mari kita sama-sama memboikot dan menentang penggunaan yang secara jelas dan terangnya berbentuk ZION yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem.

Sila zoom dan lihat Perkataan ZION pada dibawah…

logo olimpik london 2012 freemason Logo Olimpik London 2012 Berbentuk Freemason dan Maskot Olimpik London 2012 Berciri Dajjal Mata SatuBenar bukan? Perkataan ZION secara jelas dapat dilihat pada logo olimpik London 2012 diatas. LIhatlah betapa licik dan jahatnya konspirasi yang cuba diselitkan oleh “rejim syaitan” ini. Mereka cuba sehabis mungkin untuk memastikan hidup kita sentiasa berhadapan dengan agenda rahsia mereka. Apa agenda rahsia mereka? Ya, sudah tentu menjadi “pemuja Dajjal” iaitu Freemason.

Bercakap mengenai Freemason, adakah anda tahu ? Freemason ini satu perkara yang sepatutnya diketahui oleh kita umat islam dan percayalah bahawa di dunia digital ini juga penuh dengan agenda Dajjal. Lihat lah sendiri bila mana ada iklan Syarikat Ads Yang Secara Berani Menggunakan Simbol Ahli Penyembah Syaitan!

Kembali kepada situasi Olimpik London 2012 ini juga, adakah anda perasan bahawa Maskot Olimpik London 2012 adalah satu konspirasi Dajjal Bermata Satu! Ya, lihat gambar dibawah.

maskot olimpik london 2012 freemason Logo Olimpik London 2012 Berbentuk Freemason dan Maskot Olimpik London 2012 Berciri Dajjal Mata SatuBenar bukan? bagi maskot olimpik London 2012 ini sendiri secara jelas menggambarkan kebenaran bagi segala konspirasinya. Jadi, ada lagi yang ingin mengatakkannya kebetulan?

Selain isu besar ini, adakah anda tahu bahawa ditangan anda sekarang ini juga ada rahsia besar mengenai zionis? Ya, Lambang dan Bendera Zionis sebenarnya secara default sudah ada diletakkan didalam laptop anda! Sila lihat, Gambar dan Bendera Rejim Zionis.

Adakah patut Malaysia mengecam semua ini dan bersama-sama negara Islam yang lain untuk membantah penggunaan Logo dan Maskot Olimpik London 2012 ini. Secara jujurnya aried sangat bersetuju kerana ini bukan lagi isu remeh kerana ianya sangat sensitif! Sama-sama kita kongsikan ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain!

CERAHKAN KEGELAPAN

Pengenalan

Sebelum kita membicarakan siri pendedahan Dajjal pada kali ini, eloklah kiranya kita menyingkap sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Utsman bin Abi Waqqas r.a yang bermaksud demikian :

“…Bersama Dajjal akan ada 70,000 orang dan di antara mereka akan mengenakan mahkota. Kebanyakan dari mereka yang bersamanya adalah orang Yahudi dan para wanita. Kemudian, dia akan pergi ke negeri di sampingnya. Dan akan terbahagi kepada tiga kelompok; satu kelompok akan tinggal di Asy-Syam dan melihat apa yang dia lakukan, satu kelompok akan pergi ke orang-orang Badui dan satu kelompok lagi akan pergi ke negeri yang ada di samping mereka iaitu bahagian barat Syam…”

Berdasarkan kepada mukadimah hadis di atas, kita diingatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada terhadap kemunculan Dajjal di sekitar kita samada ianya di dalam bentuk fizikal, mental atau spiritual.

Muzik - Ritual Moden Pemujaan Dajjal

Album Madonna – Frozen

Di dalam Siri Pendedahan Dajjal – Bahagian 11 (Ilmu Muzik Hitam) yang lalu, saya ada menyentuh tentang sihir muzik yang digunapakai oleh juak-juak Dajjal dalam melalai dan melemahkan pemikiran manusia. Dalam artikel kali ini pula, saya akan membuat kupasan berkaitan isu hiburan yang menjadi senjata ampuh golongan Dajjal dalam menguasai industri hiburan dan komunikasi. Inginkan kepastian? Cuba kita amati klip video lagu “Frozen” yang dinyanyikan oleh Madonna di dalam album “Ray of Light” (Sinar Cahaya), nescaya kita akan mendengar Madonna menyanyikan lagu “Frozen” secara “double meaning”. Ini terbukti melalui pengucapan lirik “hmmmmmm” tidak disebut dengan jelas. Tetapi sebaliknya beliau memuji tuhan hindu (chanting the hindu idol god) melalui pengucapan “Omm”.

Persoalannya sekarang kenapa Madonna seorang berbangsa Yahudi berfahaman Kabbalah (Jewish Kaballist) memuji dan menyanyikan nama seorang tuhan hindu? Jawabnya, beliau mengetahui bahawa tuhan yang disembah oleh Kabbalah dan Hinduisme adalah tuhan yang sama. Mereka berasal dari ritul dan mitos yang sama dan telah dikitar semula serta dipuja sejak beberapa kurun yang lalu.

Artis Illuminati

Simbolik hujan turun dipayungi oleh Rihana

Umum mengetahui peranan besar yang dibawa oleh artis di dalam mempengaruhi gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat. Jesteru itu, tidak hairanlah jika nama bintang seperti Madonna, Britney Spears, Christina Aguilera, Rihana, Lady Gaga dan Jay-Z menjadi Artis Illuminati yang mendendangkan irama dan lagu berunsurkan SATANIC atau AGENDA Illuminati. Kebanyakan penyanyi-penyanyi terkenal dari barat adalah alat bagi Illuminati dan Dajjal. Ini kerana mereka sebenarnya bukanlah seorang penyanyi yang kritis dan kreatif. Mereka tidak menulis lirik lagu mereka sendiri atau memilih lagu-lagu mengikut kehendak mereka. Sebaliknya mereka hanya menjadi penyampai lagu yang bertindak mengikut arahan.

Memandangkan Illuminati telah mengawal industri ini maka secara tidak langsung ia telah mengawal kebanyakan lagu-lagu popular dan sekaligus membantu mereka dalam menyebarkan AGENDA DAJJAL dengan lebih berkesan. Sekilas pandang kita dapat mengenali sebahagian daripada artis sahaja yang mempunyai tone suara yang merdu. Kebanyakannya suara tidak sedap pun dan bersepah ke laut. Mereka hanya menjadi PENCACAI atau BONEKA yang bertindak sebagai agen katalis untuk mempengaruhi kita dengan trend dan gaya hidup terkini. (They act as puppets indoctrinating us with the latest trends and life style).

Sesetengah artis ini tidak memahami langsung agenda besar Illuminati yang sedang dijalankan. Namum begitu, terdapat juga di kalangan artis yang memahami dan menghayatinya dengan baik seperti Jay-Z dan Rihana dalam lirik lagu “Umbrella“.

Versi Bahasa Inggeris – Umbrella

When the sun shines, we ll shine together
Told you I’ll be here forever
Said I’ll always be a friend
Took an oath, I’ma stick it out till the end


Now that it’s raining more than ever
Know that we’ll still have each other
You can stand under my Umbrella
You can stand under my Umbrella

Versi Bahasa Malaysia – Payung

Apabila matahari bersinar, kita akan bersinar bersama-sama
Memberitahu anda saya akan berada di sini selama-lamanya
Katakan saya akan sentiasa menjadi teman
Mengangkat sumpah, saya akan bersatu hingga ke akhir


Kini bahawa ia hujan, lebih daripada biasa
Tahu bahawa kita masih akan mempunyai antara satu sama lain
Anda boleh berdiri di bawah payung saya
Anda boleh berdiri di bawah payung saya

Ra-Horakhty dewa gabungan Horus dan Ra digambarkan sebagai seorang lelaki helang berkepala memakai cakera matahari di atas kepalanya

Perkataan When the sun shines, we ll shine together” merujuk kepada sun kepada Dewa Ra. Manakala perkataan “we ll shine together” membawa maksud keunggulan ketika bergabungnya Dewa Ra dan Horus (Tuhan Matahari) menjadi satu jiwa di mana ia dikenali sebagai Ra-Horakty. Kepercayaan ini telah menjadi asas pokok kepada ajaran Freemason dengan mengakui bahawa Dajjal sebagai Mesiah.

Jika dilihat kepada lirik lagu seterusnya Said I’ll always be a friend, Took an oath, I’ma stick it out till the end” , kita akan memahami bahawa mereka akan menjadi teman setia dan bersumpah akan selalu bersatu tanpa berpisah sampai akhir. Lirik lagu ini secara simbolik menyampai mesej yang tersirat bahawa Rihana telah bersumpah setia kepada Dajjal di mana judul lagu ”Umbrella” menguatkan lagi watak Dajjal yang mencurahkan hujan dalam bentuk segitiga bertukar kepada bentuk payung seperti di dalam klip video lagunya.

Pembunuhan Karektor

Awas kepada Artis Illuminati yang bertindak melawan agenda besar Dajjal

‘Character Assasination’ atau pembunuhan karektor seseorang sudah lama digunapakai oleh manusia, malah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pembunuhan Karektor secara ringkasnya adalah untuk menjatuhkan imej, sejarah atau keperibadian seseorang demi mencapai tujuan menukar pandangan baik kepada jahat terhadap orang tersebut. Begitulah nasib yang akan menimpa kepada mana-mana artis yang cuba lari dari Agenda Illuminati seperti Micheal Jackson, Bob Marley dan John Lennon yang cuba menjadi seorang penyanyi yang berjaya melalui lagu-lagu berteraskan kepada isu-isu semasa atau kemanusian sejagat. Mereka akan dijadikan sasaran (marked) oleh juak-juak Dajjal melalui tindakan berikut:

Mereka akan menjatuhkan imej atau maruah di depan orang awam seperti Micheal Jackson

  • Micheal Jackson yang telah berubah pendirian untuk keluar dari kelompok elite Artis Illuminati setelah beliau dikhabarkan memeluk agama Islam. Menurut akhbar British, The Sun, Jacko Jackson, nama yang terkenal telah mengucap dua kalimah syahadat di rumah kawannya Steve Porcaro iaitu seorang komposer di Los Angeles yang dihadiri oleh penyanyi terkenal, Yosef Islam – dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens sebelum memeluk Islam. Nama Jacko telah berubah menjadi Mikaeel iaitu nama salah satu malaikat dalam Islam. Akibat tindakan beliau yang didapati melawan arus perdana Illuminati, Micheal Jackson telah dituduh dengan pelbagai kesalahan jenayah “pedhopilia” dan tindakan muflis yang dituntut oleh bank. Semua ini bertujuan untuk menjatuhkan imej dan popularitinya di kaca mata peminatnya. Pada 25 Jun 2009, beliau telah meninggal dunia akibat pengambilan ubat berlebihan yang diberikan oleh dokter peribadinya.

Micheal Jackson dalam kenangan

Mereka akan membunuh jika ia memerlukan tindakan penghapusan seperti Bob Marley

  • Robert Nesta Marley atau Bob Marley terkenal dengan lirik dan melodi berkonsepkan “Reggae” dan “Ska” yang berasal dari Jamaica. Beliau banyak menyumbangkan lagu-lagu yang mengalakkan pendamaian, menolak amalan perkauman dan kebencian sesama manusia. Lagu-lagunya dialunkan secara “folk” sambil mempromosikan tema kasih sayang ke dalam kehidupan seharian. Sayangnya, beliau meninggal dunia pada 11 Mei 1981 di usia muda (36 tahun) akibat kanser di hospital Miami, Amerika Syarikat. Kematiannya diselubungi misteri kerana beliau meninggal dunia semasa sedang berjogging di Central Park, New York AS akibat sesak nafas.

Bob Marley pejuang kemanusiaan melalui melodi Reggae

Di antara petikan bait-bait lirik lagu ” Could you be loved” yang dinyanyikan oleh Bob Marley banyak menyentuh kritikan terhadap suasana sosial dan kehidupan masyarakat;

Versi Bahasa Inggeris – Could You Be Loved

Could you be loved and be loved?

Could you be loved and be loved?

Don’t let them fool ya,

Or even try to school ya! Oh, no!

We’ve got a mind of our own,

So go to hell if what you’re thinking is not right!

Love would never leave us alone,

A-yin the darkness there must come out to light.

Could you be loved and be loved?

Could you be loved, wo now! – and be loved?

(The road of life is rocky and you may stumble too,

So while you point your fingers someone else is judging you)

Love your brotherman!

(Could you be – could you be – could you be loved?

Could you be – could you be loved?

Could you be – could you be – could you be loved?

Could you be – could you be loved?)

Don’t let them change ya, oh! –

Or even rearrange ya! Oh, no!

We’ve got a life to live.

They say: only – only –

Only the fittest of the fittest shall survive –

Stay alive! Eh!

Versi Bahasa Malaysia – Anda Boleh Disayangi

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Jangan biarkan mereka memperbodoh ya,

Atau biarkan mereka mendidik kamu! Oh, tidak!

Kami telah mendapat fikiran kita sendiri,

Oleh itu, pergi ke neraka jika anda berfikir tidak betul!

Cinta tidak akan meninggalkan kita bersendirian,

A-yin kegelapan mesti datang kepada cahaya.

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Anda boleh disayangi, wo sekarang! – Dan disayangi?

(Jalan hidup berbatu dan anda boleh tersandung juga,

Jadi semasa anda menuding jari anda orang lain adalah penilaian anda)

Sayangi saudara anda!

(Bolehkah anda – anda boleh – anda boleh disayangi?

Anda boleh – anda boleh disayangi?

Bolehkah anda – anda boleh – anda boleh disayangi?

Anda boleh – anda boleh sayangi)?

Jangan biarkan mereka mengubah kamu ya, oh! –

Atau pun menyusun semula diri kamu ya! Oh, tidak!

Kami telah mendapat kehidupan untuk hidup.

Mereka berkata: hanya – hanya –

Hanya yang paling kuat yang paling kuat hendaklah hidup –

Terus hidup! Eh!

Kesimpulan

Secara dasarnya, Artis Illuminati merupakan alat perkakas kepada Dajjal atau lebih tepat lagi layak digelar BONEKA yang menjadi ikon kepada masyarakat. Mereka digunapakai untuk menjajah minda dan jiwa manusia untuk lalai dan alpa dengan NIKMAT DUNIA. Mereka bersahabat dengan penyanyi yang berkiblatkan Dajjal dan memerangi penyanyi yang memperjuangkan keamanan sejagat. Mereka tidak mahu irama dan lagu berbentuk nasihat, sebaliknya cinta dan suka lagu berunsurkan maksiat. Oleh itu, marilah sahabatku semua. Kita SEBARKAN mesej ini kepada semua golongan masyarakat agar kita tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah atau doktrin sesat yang cuba dipelopori oleh golongan yang bersekongkol dengan Dajjal di negara kita.

Saksikanlah klip video ini yang memaparkan usaha juak-juak Dajjal yang cuba mempromosikan DOKTRIN yang menyesatkan.