Sunday, September 9, 2012

Ramalan kedatangan Pope Roman Peter II

ANTARA POPE DAN KEDATANGAN DAJJAL

Pope Benedict XVI: The Pre-cursor's devilish eyes
Assalamualaikum buat semua.

Salam bertemu kembali bagi yang sudi melayari blog ini. InsyaAllah, blog akan di-update-kan dari semasa ke semasa selagi ada ruang dan kesempatan untuk meneruskan usaha membuka minda dalam mencari erti kebenaran yang sebenar sepertimana yang telah di bawa dan ditinggalkan buat menyelusuri kehidupan yang kekal abadi.

Ingat-mengingati sesama kita adalah satu perkara yang tidak akan padam dan sebegitulah pesanan Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa sesungguhnya "Agama itu nasehat-menasehati". Sepertimana yang telah kita ketahui bahawasanya Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang Nabi telah wafat tetapi Baginda Rasulullah s.a.w. tidak pernah wafat dan bukanlah mustahil untuk kita bertemu dengan Rasulullah dan juga untuk bertemu dengan Rasul memerlukan pengorbanan yang tidak boleh diambil mudah agar kita juga tergolong di bawah pimpinan Baginda dan seterusnya mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

Jikalau kita peka dengan keadaan dunia hari ini baik dari segi rahmat Allah mahupun dari apa juga bala yang di datangkan oleh Allah s.w.t., kita pasti akan tersadar bahawasanya dunia sudah semakin hampir ke penghujungnya. Berbagai konspirasi dunia hari ini dalam hendak memesongkan akan agama yang murni sepertimana yang telah dibawakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Iblis dan Para pencacainya tidak pernah berputus asa hendak menyeret kita bersama mereka untuk memenuhi Neraka jahannam agar bersama mereka di sana.
 
Semakin banyak pendedahan dan konspirasi mengenai Pope Benedict XVI.

Kita lihat pula di sebelah barat di mana berbagai pendedahan demi pendedahan mengenai perancangan Pope yang cuba untuk menjadikan satu kerajaan dunia dan satu agama dunia dan yang terbaru kita lihat adalah mengenai kemerosotan penyelesaian masaalah mengenai apa yang berlaku di gereja. Seolah-olah Pope kini diambang kerosakkan keperibadiannya. Beliau gagal dalam menyelesaikan permasaalahan pencabulan di gereja.Apakah ini sengaja diadakan atau sememangnya Pope sudah tidak tahu menyelesaikan permasaalahan yang menimpa sejak akhir-akhir ini.
Pun begitu kita lihat carta penganut agama Islam di Eropah semakin meningkat. Manusia sudah mula mencari akan kebenaran yang sebenar-benarnya dan apakah ini manandakan kebangkitan Islam atau sengaja dibiarkan agar Islam ini sendiri yang akan bertelagah sesama Islam suatu masa nanti?

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ,
" Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali ". Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Manakala di dalam sebuah hadis lain pula yang diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:


"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."


Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"


Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."


Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?"


Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."


Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"


Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Apakah kita hari ini merasa berbangga dengan Quantity umat Islam yang begitu ramai? Bukanlah untuk memperlekehkan umat Islam itu sendiri tetapi sesuatu harus dilakukan demi memartabatkan Umat Islam yang sejati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. Qualiti Penganut agama Islam telah jatuh dengan teruknya hari ini. Hadis Baginda Rasulullah diabaikan,perpecahan sesama Islam juga tidak kurang hebatnya, saling menuduh sesama Islam, kafir mengkafirkan sesama Islam dan berbagai-bagai lagi pendapat yang menggunakan akal keselesaan manusia itu sendiri demi kepentingan yang menguntungkan peribadi.


Apakah pihak THH hanya akan berpeluk tubuh dengan naiknya carta umat Islam hari ini? BUkanlah merasa kecewa disebabkan ramainya penganut Agama Islam tetapi penyatuan sesama Islam itu sendiri masih lagi jauh. Bahkan negara Islam sendiri saling tidak sependapat dalam membincangkan hal-hal yang berkaitan agama Islam itu sendiri.


Pernah juga terbaca di satu blog di mana hadis-hadis qudsi dipertikaikan sebagai contoh hadis yang bermaksud : "barangsiapa yang kenal akan dirinya maka kenallah ia akan Tuhannya". Ilmu-ilmu berkaitan mengenal Tuhan kerapkali dipertikaikan. Sedangkan Rasulullah juga melalui proses mengenal Tuhan. Tidaklah Rasulullah dilahirkan di dalam keadaan terus beragama Islam.

Baginda melalui perjalanan yang perit dalam hendak mengenal Tuhan dan apa yang Rasulullah lalui ini akan juga kita lalui sekiranya kita benar-benar ingin mengenali akan Tuhan yang menjadikan. Begitu juga Pemimpin akhir zaman yang kita nanti-nantikan. Kedatangan Imam Mahadi bukanlah begitu mudah untuk kita mengenalinya.

Tidaklah mustahil sekiranya pada suatu masa nanti seandainya ada dari kalangan umat yang mengaku dirinya Islam tetapi menentang sendiri akan kebangkitan yang dinanti-nantikan. Jadi di mana perletakkannya sebagai seorang Islam tetapi pada hakikatnya menentang Islam yang sebenarnya.


Pun begitu kedatangan Imam Mahadi akan disusuli pula dengan kehadiran Nabi Isa a.s. bagi melengkapkan hadis Rasulullah s.a.w. yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk membunuh Dajjal alaihi laknat.


Ramalan St Malachy

St Malachy, (w. 1148) Bishop Ireland telah meramalkan dan menghasilkan senarai yang tepat paus masa depan yang bermula dengan Paus Celestinus II pada tahun 1143. Senarainya terdiri daripada karakteristik dari setiap paus. Dari senarai ini daripada 112 paus yang ada, hanya tinggal 2 lagi selepas Pope John Paul II yang meninggal pada tarikh 2 April 2005.

Ramalannya mengenai paus sebahagian besarnya cukup tepat mengenai karakteristik yang mengenal pasti setiap baris yang didedahkan. St Malachy tidak memberikan ramalan atau maklumat mengenai apa yang berlaku selepas paus terkini. Menurut beberapa peramal lain bahawasanya telah tiba kepada akhir zaman.

Menurut penulis biografinya, St Malachy mengunjungi Rom pada tahun 1139 ketika ia masuk ke dalam tempat ramalan dan membayangkan sesuatu. Malachy menuliskan visi yang luar biasa ini di mana ia mendakwa telah meramalkan semua paus dari kematian Innosensius II hingga penghancuran gereja dan kembalinya Nabi Isa. Dia menamakan 112 paus daripada waktu itu hingga akhir.


St Malachy menulis beberapa kata menghuraikan dalam Bahasa Latin satu demi satu tentang Paus. Dia kemudian memberikan naskah kepada Paus Innosensius II dan disimpan di Arkib Vatican di mana mereka telah terlupa selama beberapa abad. Pada tahun 1590 ianya ditemui semula dan diterbitkan. Berikut adalah ramalan daripada lima Paus terakhir.

Paus No 108: Paul VI (1968-78). The prophecy for the 108th pope, "flos Florum", yang bermaksud "Bunga Bunga." Paul VI mengandungi tiga lambang Fleurs-de-lis (Isis blossoms).

Paus No 109: John Paul I (1978). The prophecy for 109th pope adalah "De Medietate Lunae," yang bererti "Half Moon." John Paul I lahir di keuskupan Belluno (beatiful moon) dan dibaptis Albino Luciani (white light). Beliau menjadi paus ketika pertengahan bulan (26 Ogos 1978). Dia meninggal bulan berikutnya selepas gerhana bulan.


Paus No 110: John Paul II (1978-2005). The prophecy for the 110th pope adalah "De labore Solis," yang bermaksud "daripada tenaga matahari." John Paul II lahir saat gerhana matahari pada 8 April 1920. Ketika matahari terbit dari Timur, sehingga ia datang ke Vatican daripada timur. Di mana pun di bumi matahari bersinar, beliau telah melawati.


Jika benar ramalan St Malachy, hanya akan ada dua paus sebelum akhir dunia ini, seperti yang kita ketahui dan Kedatangan Kembali Nabi Isa a.s. Jadi apa yang St Malachy anggarkan sudah tentu berlaku dalam kerangka waktu yang tepat. Pope John Paul II pernah menyedari ramalan ini dan pernah menyebut tentang perkara ini supaya diambil perhatian.


Tambah ke ramalan St Malachy ini menunjukkan bahawa John Paul II akan memiliki dua waris terpilih pada waktu yang sama. Satu akan menjadi Anti-Paus dan menggunakan nama Peter. Dan akhirnya akan turun kebenaran daripada sejarah Kristian dan membawa kembali beberapa tafsiran lama yang sangat menjengkelkan bagi banyak orang. Orang mungkin mengatakan bahawa ia akan membalikkan keadaan terbalik
.

Menurut St Malachy, hanya tinggal dua paus sahaja lagi.

Ramalan mengenai 111th pope dia berkata, "Gloria Olivae," yang bermaksud "kemuliaan Zaitun." Mungkinkah ia mengenai akan Order of Saint Benedict, juga dikenali sebagai Olivetans?

Ranting zaitun mewakili kedamaian. Adakah dia akan memainkan peranan dalam membawa agama-agama bersama-sama dan memajukan toleransi selama memegang jawatannya?

Dalam masa 24 jam selepas pilihan raya, Islam dan para pemimpin agama Yahudi menyarankan peranan seperti itu untuknya. Mudah-mudahan, dia dapat memimpin dunia keagamaan untuk mengenali dan menumpukan perhatian pada kesamaan kepercayaan mereka Tuhan yang sama daripada perbezaan-perbezaan mereka.

Mungkin melalui pelaksanaan toleransi kita boleh melihat ke masa depan di mana orang berhenti mengesahkan pembunuhan satu sama lain atas nama Tuhan yang satu. Kita lihat apa yang dibawa pada masa kini dalam 'New World Order', 'One World Relegion' dan juga 'New Age'.

Pohon zaitun juga sering menjadi simbol bagi Bani Israel di dalam Alkitab. Adakah ini bermakna bahawa Paus ini seorang yahudi yang dilihat sebagaimana pembelaan terhadap negara Israel yang tidak sah ini dibela hari ini? Dan juga setiap hari kegilaan mereka hendak meruntuhkan Masjidil Al-Aqsa semakin menjadi-jadi seperti mereka ini seolah-olah menyediakan tempat buat kedatangan yang dinanti-nantikan mereka.


The prophecy of the 112th and last pope yang paling menarik. St Malachy meramalkan, "Dalam penganiayaan terkini daripada Gereja Rom Katholik di sana yang akan memerintah iaitu " Petrus Romanus "(Peter the Roman), yang akan memberi makan kepada pengikut-pengikutnya yang terdiri dari domba-dombanya di tengah banyak kesengsaraan; selepas kota dari tujuh bukit ini akan dihancurkan dan amat mengerikan dan menghakimi orang yang tidak mahu mengikutinya"
.

Sarjana percaya kota tujuh bukit sebagaimana di maksud dalam Alkitab adalah Vatican dan Gereja Katolik Rom.


Tetapi kelihatannya Kota Baitulmuqaddis sebagaimana yang ada pada zaman Nabi Isa juga dikira sebagai 'Cities of Seven Hills'. Fakta ini juga diakui di kalangan Yahudi.

Dalam Pirke de-Rabbi Eliezer bahawa "Baitulmuqaddis terletak di atas tujuh bukit" (dirakam di Kitab Legends, disunting oleh Bialik dan Ravnitzky, p.371, ayat 111).


Mari kita perhatikan kembali satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya:
“Rasulullah saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ‘...Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ... sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.

“Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.


“Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur.


“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.

“Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga; dan sebagainya).

“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!”


Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”

Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa.”

Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk sehari?”


Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.

Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka daripada bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: “Bahawa Dajal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga”.


Nabi bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya: “Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.


“Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”


“Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang.


“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.


“Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.

“Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah."


Pada masa kini dialah The Anti-Christ dengan memesongkan segalanya tentang Nabi Isa a.s. dan termasuk juga apa yang telah dibawakan oleh Nabi Isa a.s. Pada suatu masa nanti pula apabila dia telah memunculkan dirinya dan tidak mustahil pula gelaran The Anti-Christ ini akan ditujukan pula kepada Nabi Isa a.s.


Nabi Isa a.s. kelak bukanlah diturunkan semata-mata untuk membunuh Dajjal tetapi beliau juga yang akan mengIslamkan kembali saki-baki kecil pengikutnya yang maseh setia berpegang dengan ajarannya. Itulah di antara sebabnya baginda Rasulullah s.a.w. melarang sama sekali umatnya menyerang tempat ibadat.

Kitab Injil Rahsia bernilai £ 14 million di mana Nabi 'Isa meramalkan kedatangan Nabi Muhammad' ditemui di Turki

Secret Bible: The 1,500-year-old tome was is said to contain Jesus' early teachings and his prediction of the Prophet's coming
Kitab Injil Rahsia bernilai £ 14 million di mana Nabi 'Isa meramalkan kedatangan Nabi Muhammad' ditemui di Turki.
  1. Vatican 'mahu melihat' skrip purba berusia 1,500 tahun
  2. Telah dirahsiakan oleh kerajaan Turki selama 12 tahun
  3. Ditulis dalam emas huruf Aramaik
Kitab Injil Rahsia di mana Nabi Isa dipercayai meramalkan kedatangan Nabi Muhammad ke muka bumi telah mencetuskan minat yang mendalam dari pihak Vatican.
Serious interest: The Vatican, under Pope Benedict XVI
 is said to want to see the recently re-discovered Bible
Pope Benedict XVI dikatakan mahu melihat sendiri kitab yang berusia 1,500 tahun tersebut yang dipercayai umum adalah kitab Injil Barnabas yang telah dirahsiakan oleh kerajaan Turki untuk 12 tahun yang lalu.

Ancient: The leather-bound text, written on animal hide, was discovered by Turkish police during an anti-smuggling operation in 2000
Kitab bertinta emas tulisan tangan bernilai £ 14 million dalam bahasa ibunda Aramaik Nabi Isa, dikatakan mengandungi ajaran awalnya dan ramalan Nabi yang akan datang.

Teks kulit haiwan berjilid tersebut telah ditemui oleh polis Turki semasa operasi anti-penyeludupan pada tahun 2000.

Ia dikawal rapi sehingga 2010 apabila akhirnya diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara, dan tidak lama lagi akan kembali untuk tontonan awam berikutan prosedur pemulihan kecil.

Salinan satu muka surat dari manuskrip kuno tulisan tangan itu dianggarkan bernilai £1.5 juta.
Ancient: The leather-bound text, written on animal hide,
was discovered by Turkish police during an anti-smuggling
operation in 2000
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay berkata buku itu mungkin merupakan versi asal Kitab Injil yang ditindas oleh Gereja Kristian kerana persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa.

Beliau juga berkata Vatican telah membuat permintaan tidak rasmi untuk melihat kitab tersebut - sebuah teks kontroversial didakwa oleh Umat Islam sebagai tambahan asal kepada rangkaian gospel Mark, Matthew, Luke dan John.

Selaras dengan kepercayaan Islam, Gospel Barnabas menganggap Nabi Isa sebagai manusia dan bukan Tuhan.

Ia menolak idealogi Triniti Bible serta Penyaliban dan sebaliknya mendedahkan bahawa Nabi Isa bahkan meramalkan kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi gospel, baginda dikatakan telah memberitahu seorang rahib: 'Bagaimana hendaknya panggilan untuk Pesuruh Tuhan itu? (Nabi) Muhammad (SAW) adalah namanya yang diberkati '.

Dan ditempat lain, Nabi Isa menafikan dirinya sebagai Messiah dan mendakwa bahawa Rasul Terakhir adalah dari bani Isma'il iaitu istilah yang membawa maksud orang Arab.

Disebalik minat yang mendalam terhadap penemuan semula kitab tersebut, sesetengah pihak merasakan ia adalah versi palsu dan cuma bertarikh kembali pada abad ke enambelas.

Walaupun kepentingan dalam buku yang baru semula-ditemui, sesetengah orang percaya ia adalah tarikh palsu dan hanya kembali ke abad ke-16.

Salinan naskah tertua kitab itu tercatat pada masa tersebut, dan ditulis dalam bahasa Sepanyol dan Itali.

Menurut Pastor Protestan Ihsan Özbek besar kemungkinan ia adalah naskah yang tidak tulin.


Ini adalah kerana St Barnabas hidup di abad yang pertama dan merupakan salah seorang dari pengikut setia Jesus berbanding sebaliknya dengan versi ini yang dikatakan sekitar abad kelima atau keenam.

Katanya kepada akhbar Today Zaman: 'Salinan di Ankara itu mungkin telah ditulis oleh salah seorang pengikut Barnabas St.'

'Oleh kerana ada jarak masa sebanyak 500 tahun antara St Barnabas dan penulisan salinan Kitab Rahsia yang ditemui, umat Islam mungkin kecewa melihat bahawa salinan ini tidak mengandungi apa yang mereka ingin melihat.'

'Ia mungkin tidak mempunyai sebarang hubungkait pun dengan kandungan Injil Barnabas.'

Profesor Teologi Omer Faruk Harman berkata imbasan saintifik keatas kitab itu mungkin menjadi satu-satunya cara untuk mendedahkan berapa usia sebenarnya.

rahsia di sebalik catatan

"Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa.Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - Adolf Hitler
Ringkasan Sejarah
Peperangan Dunia Kedua di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah Poland yang mempunyai ramai Yahudi itu.Segalanya bermula dari sebuah penjara,seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman politiknya.Lelaki yang berani bernama Adolf Hitler, di penjara itu dia sedang tekun menyiapkan sebuah buku berjudul Mein Kampf yang bermaksud Perjuangan Ku.Ideologi yang ditulisnya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap system politik yang mengecewakan.
Hitler dibebaskan pada ketika Jerman dilanda krisis ekonomi.Tekanan sedang melanda Jerman hinggakan disebut pada tahun 1923, 1 USD bersamaan dengan puluhan juta wang Reinchmark Jerman.Yahudi yang sedang menguasai rangkaian kewangan antarabangsa,sedang juga mempermainkan keadaan ekonomi Jerman.Pada 1933,kira-kira enam juta warga Jerman kehilangan pekerjaan dan hidup dalam tekanan kemiskinan
Hitler mengambil peluang dengan menggunakan politiknya untuk menyelesaikan masalah ini.Dengan sokongan majoriti rakyat berlaku terhadap Hitler,kerana beliau dikatakan mampu mengubah nasib rakyat Jerman.Tahun pertama Hitler mengorak langkah menjadi pemimpin,semangat rakyat Jerman mula membakar lantas menjadikan beliau sebagai diktator yang baru.Hitler mula mencipta situasi darurat dan menyapu bersih lawan-lawan politiknya.
Hitler turut mengarahkan rakyat Jerman menghapuskan segala buku-buku dan catatan yang menentang ideologi yang diusahakannya.Akhirnya,Hitler diangkat sebagai Fuhrer dan politik Nazi( Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei) menjadi kukuh tanpa gangguan dari dalam.
Hitler merancang menjadikan Jerman sebagai Lord Of Earth,menjadikan Jerman sebagai empayar terkuat dipacu oleh ras atau bangsa Arya,iaitu bangsa asal tanah Jerman.Bahkan beliau membina rasa rakyat Jerman untuk membenci bangsa Yahudi yang selalu mengganggu.
Pada masa kuasa, Hitler merupakan pembunuh yang tidak ada tandingannya. Seorang anti-Yahudi yang secara terbuka mengumumkan "Bunuh setiap orang Yahudi",menjadikan peristiwa Holocaust tertulis dalam lipatan sejarah.Dikatakan sejarawan Barat sendiri,dianggarkan 6 juta warga Yahudi menjadi korban Holocaust. 

korban Holocaust
Pada 3 September 1939,dua  buah negara Nasrani yang sentiasa membantu agenda Zionis,iaitu pihak British dan Perancis,mula mengisytiharkan perang ke atas Jerman.Sistem pakatan Eropah mula lahir, menjadikan Kuasa Bersekutu yang dianggotai perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China manakala menentang Kuasa Paksi dianggotai negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun.
Soviet Union(Russia) yang awalnya bersama dengan Nazi akhirnya bergabung dengan Kuasa Bersekutu yang saat itu dikendalikan Inggeris dan Perancis.Nazi melanggar perjanjian Non-Agressive,apabila bangsa Arya menyerang bangsa Slavia yang statusnya lebih rendah di wilayah Rusia sehinggakan ramai orang Rusia dan Gypsy turut menjadi korban keganasan Hitler.Pertempuran Stalingrad,yang terjadi pada 23 Ogos 1942 hingga 2 Februari 1943,merupakan pertempuran sengit antara Jerman dan sekutunya melawan Soviet Union bagi merebut kota Stalingrad.
Pada tanggal 30 Januari 1943, Tentera Merah Soviet Union melancarkan serangan umum ke Stalingrad.Para sejarawan menilai, kekalahan Jerman di Stalingrad merupakan awal dari kejatuhan Nazi. Hingga kini pertempuran ini dianggap sebagai pertempuran terbesar dalam sejarah manusia sehingga mengorbankan 3 juta nyawa.
Tumpuan Hitler ke bahagian Timur Eropah mengakibatkan ketidakstabilan kekuatan Jerman, khususnya di Eropah Barat.Amerika Syarikat mula mendarat di Perancis menyebabkan pertahanan Nazi di Perancis bocor dan rapuh kerana kesilapan Nazi menumpukan kawasan Barat semata.Puncak kejatuhan Nazi berlangsung apabila kekalahan Jerman dalam Battle of Kursk.Pemerintah Soviet,Stalin waktu itu mengetahui lebih awal rancangan Hitler untuk mengambil wilayah Kursk.
Tentera Merah ketika menguasai Berlin,Jerman
Pasukan Tentera Merah memenangi perang tersebut kerana pintu kekalahan dibuka sendiri oleh Hitler.Tentera Merah merampas Poland dan mara ke Kubu tempat Hitler berlindung. Setelah itu,tercatat dalam sejarah Barat,Hitler bertindak membunuh diri bersama isterinya Eva Braun.
Konspirasi 
Kesan daripada keganasan Hitler, Yahudi dibantu oleh Perancis bergerak ke Tanah Palestin.British yang menjajah Palestin,mula membuka jajahannya kepada Yahudi untuk membina hidup baru.Lantas Amerika Syarikat dengan kuasa PBB mendeklarasikan Palestin.Persoalannya,adakah benar-benar Adolf Hitler ingin menghapuskan etnik Yahudi atas keinginan sendiri atau bercampur dengan rancangan pihak lain bagi mendapatkan keuntungan daripada peristiwa itu?
Apakah anda tidak terfikir mengapa Israel Yahudi Zionis itu tidak pernah mahu menghentam Jerman, jika benar dulu Nazi pernah menghapus golongan mereka? Sebaliknya pula Israel meluaskan jajahan di Palestin serta membunuh ribuan umat Islam. 
Adalah aneh kekalahan Nazi terhadap Soviet Union kerana seakan-akan Hitler sengaja menggerakkan tenteranya masuk ke dalam perangkap.Orang hebat sepertinya yang berjaya mengawal Eropah tidak mungkin terlupa bahawa bahagian barat jajahannya terbuka kepada musuh ketika beliau mengerahkan tentera ke Rusia.Bodohkan? Bahkan Hitler sendiri mengerahkan lebih kurang 800,000 pasukan infantri,2700 kereta kebal dan 2000 jet pejuang.Sementara Pasukan Merah Soviet Union yang akan dihadapi berjumlah 1,300,000 pasukan infantri, 3600 kereta kebal dan 2400 jet pejuang. Tidak mungkin Hitler sengaja masuk ke dalam mulut buaya.
Maka disini telah memberi jawapan kata-kata Hitler ini.
"Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa.Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" 
Mari kita berbincang mengenai Yahudi Zionis dan Yahudi Ortodoks.Apakah yang membezakan dua nama ini? Dikatakan bahawa Zionis adalah golongan Yahudi yang menganuti isi-isi kitab Talmud,manakala Ortodoks hanya mempercayai dan beriman kepada Taurat.Bahkan Yahudi Ortodoks menolak Talmud.
"Dan kami membahagikan mereka (Yahudi) di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang baik dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran." Surah Al-A'raaf : ayat 168
Anda mula berfikir Yahudi yang mana yang mereka bantai habis-habisan ketika keganasan Hitler itu? Adalah diyakini bahawa masyarakat yang menjadi korban keganasan Hitler itu adalah golongan kelas bawahan sedangkan orang-orang terkemuka kelas atasan memainkan peranan dalam agenda konspirasi Nazi-Zionis.
Ketika seorang pemimpin Yahudi,Rabbi Dov Michael Weissmendel menyiapkan pelarian Yahudi untuk keluar daripada keganasan Hiter malah tidak puas menjerit-jerit meminta bantuan daripada pemimpin Zionis."Mengapa sampai sekarang kamu tidak melakukan apapun?Tidakkah kamu bersalah,wahai saudara Yahudi kami?" .."Dan kamu saudara-saudara kami,mengapa kamu membisu menghadapi pembunuhan besar ini?".Ucapan yang kelihatan kecewa daripada seorang bangsa Yahudi kerana tidak mendapat bantuan daripada Zionis.






Pada zaman ini pun,masih ada golongan Yahudi Ortodoks berani bersuara melawan Zionis.Dalam Israel sendiri,kelompok ini ditentang oleh pro-Zionis.Perlu diingat,walaupaun Yahudi Ortodoks tampaknya menentang Zionis.Jangan ingat mereka akan menyebelahi dan menyokong perjuangan Islam.Salah seorang aktivis, Rabbi Israel Hirsch pernah menyatakan ,"Zionis menjadikan Holocaust sebagai alat untuk mempertahankan keberadaan Israel.Pesan kami adalah sederhana,ada atau tidak peristiwa Holocaust dengan jumlah 6 juta kematian kaum Yahudi,Holocaust tidak boleh membuat kita melakukan kejahatan kepada orang lain" ..

Misteri kematian Hitler


Banyak informasi yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada pihak yang dapat menyebutkan secara pasti apakah penyebab kematian pemimpin Nazi ini.Versi yang paling popular menyebutkan bahawa Hitler telah mati membunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri atau meminum racun pada 30 April 1945 di sebuah Bunker di Berlin bersama Eva Braun.

Akan tetapi gempar di Indonesia, seorang lelaki bernama Poch mempunyai perwatakan seperti Adolf Hitler.Malah barangan peribadinya seakan-akan memberi bukti Poch adalah Hitler.Pertemuan Dr.Sosrohusodo dengan ''Hitler'' yang bernama Poch ini diselebungi dengan banyak kebetulan.Sosro merupakan seorang doktor lulusan Universiti Indonesia. Beliau telah menulis pendapatnya pada satu artikel di Pikiran Rakyat pada 1983.


Poch bersama isteri barunya,Nyonya S yang baru dikahwini ketika foto diambil.

Sosro pernah mengakses tulisan steno milik Poch.Dalam buku tersebut terdapat banyak nama orang ternama di dunia dan alamat-alamat yg misteri..Pada mulanya,Sosro aga sukar menterjemahkan tulisan ini yang memakai sistem Gebelsrberger yang tidak lagi digunakan sekarang.Atas bantuan penerbit Jerman akhirnya tulisan tersebut berjaya diterjemahkan yang judulnya berbunyi "Keterangan singkat tentang pengejaran individu oleh sekutu dan penguasa setempat pada 1946 di Salzburg" ..

Terdapat huruf-huruf besar menjadi klu, B, S, G, J, B, S, R. Menurut Sosro, cara singkatan tulisan seperti itu merupakan kebiasaan Hitler ketika membuat catatan. ''Kebiasaan ini ditemui dalam karya sastera lain yang saya baca,'' ujarnya.Sosro sendiri membuat andaian bahawa huruf tersebut mnjadi ,B dimulai Berlin,S adalah Salzburg,G adalah Graz,terus ke J beerti Jugoslavia,lalu ke B atau Beogard dan ke S iaitu Saravejo..yang terakhir sekali R adalah Rom..

Hal ini demikian,tercatat dlm tulisan tersebut "Pada hari pertama di bulan Disember,kami terus ke R untuk menerima dokumen pasport dan kemudian kami berjaya meninggalkan Eropah" ..Ini menguatkan lagi pendapatnya bahawa Poch adalah Hitler.

Kesimpulan

Gempar pula cerita Hitler lari ke Argentina dan mati di sana.Ada pula mengatakan di Brazil.Hinggalah ke saat ini teka teki apakah Hitler mati di bunker, Argentina, Brazil, atau pun di Indonesia, belum dapat dipastikan. Kisah akhir hayat Sang Fuhrer ini terus menjadi misteri dalam lipatan sejarah.Bukan sekadar misteri lagi,bagi saya inilah konspirasi.Watak penjahat yg mungkin sengaja dimainkan untuk melancarkan perancangan Yahudi.Satu tindakan yg sama apabila watak Osama dimainkan untuk menjadikan dunia melihatnya sebagai pengganas,kemudian kematiannya pula menjadi misteri.

Manakalah ada yang berpendapat bahawa Hitler adalah hero kerana menyedari dan meramalkan kekacauan yabg akan berlaku melalui Yahudi.Ini mungkin taktik yang sama untuk mengaburi mata masyarakat untuk memilih hero,seperti terjadi di Amerika ,Barrack Obama diundi oleh ramai umat Islam Amerika kerana meyakini Obama akan membawa pembaharuan kepada Islam di dunia.Hakikatnya, Obama sendiri hari ini masih tidak mengambil serius tentang isu Palestin.Malah bersekongkol dengan Israel.

Peristiwa Holocaust amat dilarang untuk diperdebatkan di Eropah,bahkan diharamkan di Jerman.Tapi kelahiran Holocaust Industry dipelopori kebanyakan media.Disini lahirnya deretan pelbagai filem seperti The Pianist,Devil Arithmatics dan sebagainya.Malah saya sendiri mempunyai rasa kesian dan simpati terhadap nasib Yahudi apabila menonton filem The Pianist.Media amat penting sebagai peranan untuk menjaga kepentingan Zionis.Dalam masyarakat Barat,perasaan bersalah terhadap peristiwa Holocaust amat kuat.Malah muncul istilah anti-Semitic, iaitu gelaran untuk orang yang tidak senang terhadap Yahudi.


Wallahua'lam.Note ini bertujuan membawa anda berfikir.Seandainya terdapat kesalahan.Anda diizinkan memberi kritikan dan teguran.

Bongkar Rahsia Pengakap Dan Kaitannya Dengan Agama

Jika diteliti dan diamati secara mendalam, didapati simbol logo pengakap yang diguna pakai oleh Pengakap Malaysia sekarang mempunyai unsur-unsur keagamaan khususnya Kristian sebagai identiti. Secara umumnya, simbol keagamaan Kristian ialah tiga kelopak bunga lili atau dikenali sebagai Fluer-de-lis. Bukti jelas perbandingan dua logo di bawah menerangkan maksud logo tersebut. Manakala lakaran seterusnya menunjukkan evolusi simbol bungaFleur-de-lis kepada logo Pengakap.

Persamaan Logo Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia

Lakaran evolusi Fleur-de-lis kepada logo Pengakap
Simbol Fleur-de-lis

Fleur-de-lis pada baju Marie de medici
Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur(Bunga) dan lis (Lili).Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis. Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. Selain daripada itu, Clovis jugatelah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.
Agama dan Perang
Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arcyang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.

Simbol Fleur-de-lis pada Pope
Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dariPerawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakiliTritunggal Kudus (Holy Trinity).
Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. Penggunaan simbol ini banyak digunakan oleh sebahagian Pope sebagai logo-logo rasmi mereka seperti Pope Vincenzo Raaele Pecci (1810 – 1903), Pope Giovanni Antonio Monthini (1897 – 1978) dan Pope Angelo Geuseppe Roncalli (1881 – 1963).

Simbol Pope berunsurkan Fleur de lis
Penjenamaan Semula Pengakap
Secara dasarnya, aktiviti Pengakap adalah positif dalam membentuk jatidiri dan kendiri seseorang dalam mengharungi rintangan dan cabaran terutamanya sewaktu berada di dalam keadaan darurat atau sesat di dalam hutan. Namun begitu, terdapat beberapa unsur-unsur keagamaan perlu dibersihkan agar ia tidak melambangkan sesuatu anutan atau fahaman agama. Perkara ini adalah penting kerana kita tidak mahu orang Islam yang mengikuti pertubuhan ini secara HALUS telah menggadaikan AQIDAH danSYARIAT Islam yang menjadi IKTIKAD kita. Kalau disalah ertikan, ia boleh membawa kepada MURTAD.

Logo dan penampilan KRS mengikut acuan Malaysia
Oleh itu, satu proses“PENJENAMAAN SEMULA” Pengakap perlu dibuat agar ia BEBAS dari semua elemenSYUBAHAH. Kalau boleh nama Pengakap hendaklah diubahsuai kepada nama lain, logo direka semula dan budaya-budaya dalaman diubahsuai agar sesuai untuk disertai oleh pelajar atau orang Islam. Perkara ini tidak sukar dilakukan. Misalnya penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu sebuah pertubuhan unit beruniform baru ala-kadet di mana KRS ditubuhkan dengan sistem yang tersendiri dan penjenamaan sendiri walaupun sekilas pandang kelihatan ia seperti unit beruniform Kadet Bersatu.
Adakah kita sanggup melihat SIMBOL AGAMA bukan Islam melekat di dada baju anak-anak kita? Dan diusung ke merata tempat tanpa si pemakai mengetahui asal-usul SIMBOL tersebut? Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan agar PENGAKAP diHARAMkan tetapi perlunya penapisan yang sangat HALUS terhadap elemen-elemennya agar KEBAIKANdan MANFAAT daripadanya dapat diserap manakala KEKURANGAN dan MUDARAT yang tidak KELIHATAN dapat dielakkan.
http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/06/01/logo-pengakap-dan-unsur-keagamaan-kristian/

10 Kota yang Terletak di Tepi Tebing

1. Castellfollit de la Roca
 
 


 
 
Castellfollit de la Roca dianggap sebagai salah satu desa yang paling indah di wilayah Catalonia di Spanyol. Desa ini dibangun di atas tebing basal antara dua sungai. Sebagian besar bangunan tampak melayang di tepi tebing, memberikan ilusi bahwa mereka bisa jatuh ke bawah setiap saat. Bagian tertua dari desa itu dibangun pada Abad Pertengahan, terdiri dari jalan-jalan sempit dan sudut-sudut gelap. Rumah-rumah di sini terbuat dari batu vulkanik.

2. Rocamadour
 
 




Rocamadour adalah sebuah desa kecil yang dibangun di atas ngarai di Sungai Alzou di barat daya Perancis. Bangunan di Rocamadour naik secara bertahap sampai sisi tebing. Desa, yang dibangun pada abad ke-12 ini menjadi sepi akibat perang dan Revolusi Perancis. Hari ini desa ini kembali populer lagi oleh turis dan peziarah yang datang untuk menghormati St Amadour. Menurut legenda, St Amadour menjadi saksi atas kematian Santo Petrus dan Santo Paulus di Roma dan kemudian melakukan perjalanan ke lokasi ini dan menjadi seorang pertapa.

3. Bonifacio
 
 


 
 
Bonifacio adalah sebuah kota yang terletak di ujung selatan pulau Corsica. Kota dan benteng di kota ini berjajar memanjang di sepanjang puncak tebing, yang berada di ketinggian sekitar 70 meter. Tebing ini bagian bawahnya semakin lama semakin terkikis oleh lautan sehingga bangunan, yang terdapat di bibir jurang, seperti tampak menggantung. Jika kita melihat kota ini dari laut, kota tampak putih berkilauan di bawah sinar matahari dan menggantung di atas air di bawahnya.

4. Acapulco




 
 
Acapulco adalah kota resort Meksiko yang terkenal sejak tahun 1950-an sebagai tempat liburan untuk para bintang Hollywood dan para milyarder. Namun, kota ini tetap menjadi tujuan wisata populer bagi orang Meksiko dan sebagai tujuan liburan musim semi di kalangan mahasiswa perguruan tinggi AS. Tidak lengkap rasanya berkunjung ke Acapulco tanpa menonton penyelam melakukan lompatan mengesankan dari atas tebing ke dalam air dangkal yang tentu sangat berbahaya. Para penyelam seperti ini telah melakukan hal tersebut sejak tahun 1930-an, meskipun hari ini hal tersebut hanya dilakukan oleh para penyelam profesional.

5. Mesa Verde




 
 
Mesa Verde, terletak di barat daya Colorado, dan terkenal karena terdapat rumah-rumah tebing dari orang Anasazi kuno. Mesa Verde merupakan temuan arkeologi paling signifikan dari budaya asli Amerika di Amerika Serikat. Pada abad ke-12, orang-orang Anasazi mulai membangun rumah-rumah di gua-gua dangkal di bawah tebing batu yang menggantung di atasnya di sepanjang dinding ngarai. Rumah yang paling terkenal di sini disebut Cliff Palace dan Rumah Spruce Tree. Pada tahun 1300, semua orang Anasazi telah meninggalkan daerah Mesa Verde, namun reruntuhan rumah-rumah ini tetap terawetkan dengan hampir sempurna. Alasan untuk kepergian mereka yang tiba-tiba mereka tidak terjelaskan. Tetapi ada teori yang menduga bahwa hal tersebut diakibatkan karena kegagalan panen akibat kekeringan atau serangan suku lainnya dari Utara.

6. Bandiagara
 
 




Bandiagara adalah sebuah tebing batu pasir yang terletak di Dogon, Mali. Bandiagara terletak hampir setinggi 500 meter dari dataran berpasir di bawahnya. Tebing disini banyak terdapat gua kuno tempat tinggal orang-orang Tellem. Orang-orang Tellem ini memahat gua mereka di tebing ini agar ketika mereka mati, mereka bisa dikubur tinggi di atas banjir yang sering melanda daerah ini. Mereka juga membangun puluhan desa di sepanjang tebing di atas gua-gua ini. Pada abad ke-14, orang-orang Dogon mengusir orang-orang Tellem dan mereka menempati daerah ini sampai hari ini.

7. Ronda




 
 
Ronda terletak di provinsi Malaga di Spanyol. Ronda terletak di pegunungan pada ketinggian 760 meter. Kota ini terbagi dua oleh Sungai Guadalevin yang mengalir melalui Ronda. Ada tiga jembatan yang digunakan untuk menyeberangi ngarai sehingga anda bisa menyeberang dari satu sisi ke sisi lain kota Ronda. Arsitektur kota ini menerima pengaruh dari bangsa Romawi dan Moor yang pernah memerintah daerah ini. Ronda juga merupakan tempat kelahiran adu banteng, dan ring tempat adu banteng tertua di Spanyol masih ada di Ronda sampai saat ini.

8. Al Hajjara
 
 


 
 
Al Hajjara, adalah sebuah kota bersejarah yang berdiri di atas tebing di Pegunungan Haraz, dan terletak di sebelah barat kota Manakhah, Yaman. Kota ini adalah salah satu dari kota-kota pegunungan yang paling mengesankan dan paling mudah diakses di Yaman. Kota ini benar-benar dibangun dengan blok batu yang diambil dari tambang batu di gunung terdekat. Al Hajjara sendir berasal dari abad kedua belas.

9. Positano
 
 




Positano adalah sebuah kota kecil yang terletak di Pantai Amalfi di Compania dan merupakan salah satu objek wisata yang paling populer di Italia. Kota ini tampak tersebar di sebuah tebing dari atas sampai bawah menuju pantai. Meskipun kota ini didirikan dan berkembang pada abad pertengahan, pada pertengahan abad 19, lebih dari setengah penduduknya telah pergi dari kota ini. Pada abad ke-20, kota ini berubah dari sebuah desa nelayan yang miskin menjadi daerah tujuan wisata yang sangat populer berkat penulis John Steinbeck yang memuji keindahannya.

10. Santorini




 
 
Santorini adalah sebuah pulau vulkanik di gugusan pulau-pulau di Cyclades, Yunani. Pulau ini terkenal dengan pemandangan yang indah, matahari terbenam yang menakjubkan, rumah-rumah berwarna putih bersih, dan gunung berapi aktifnya. Kota Oia di pulau Santorini dibangun di atas tebing setinggi 400 meter.

Top 10 Hotel Paling Pelik Di Dunia

Bila bercuti, kita selalunya akan pilih hotel yang cantik dan selesa untuk menginap kerana kita mahu percutian menjadi satu pengalaman yang penuh dengan keseronokan, kegembiraan dan bersantai. Berikut adalah beberapa destinasi hotel yang unik yang mungkin korang nak cuba (tapi sayang sebab takda kat Malaysia), he3...


10) The Giraffe Manor -> Nairobi, Kenya
The Giraffe Manor telah dibina pada tahun 1932 oleh Sir David Duncan, terletak di Nairobi dengan pemandangan Gunung Kilimanjaro dan Ngong Hills. Kemudiannya dibuka sebagai hotel pada tahun 1984. Zirafah telah berpindah ke kawasan hotel selepas kehilangan habitat semulajadi mereka, semasa menginap sesekali zirafah akan datang ke tingkap di mana korang boleh memberi mereka makan dan mengambil gambar.


9) The Library Hotel -> Manhattan, New York
Kalau korang kaki buku, hotel ni memang sesuai dengan jiwa korang. Setiap tingkat hotel mempunya tema buku yang berlainan seperti seni, agama, falsafah, matematik dan banyak lagi.
8) Karostas Cietums Hotel -> Liepaja, Latvia
Sebenarnya Cietums Karostas adalah sebuah penjara Rusia. Sewaktu check-in, kita akan digari dan akan memberi semua barang kepunyaan untuk simpanan. Hotel ini hanya dibuka dari 1 Mei hingga 1 Oktober setiap tahun. Terdapat laporan bahawa hotel ni berhantu, jadi sewaktu menginap korang boleh mendengar bunyi ngeri dan mungkin juga melihat beberapa bekas banduan.


7) Utter Inn -> Lake Malaren, Sweden
Ia seakan rumah terapung di atas tasik tapi sebenarnya bilik tidur terletak 3 meter di bawah tasik dan boleh diakses dengan menggunakan tangga. Terdapat tingkap di sekeliling untuk melihat ikan-ikan berenang.
6) Propeller Island City Lodge -> Berlin, Germany
Hotel yang pelik ni mempunya tema yang berlainan pada setiap bilik. Contohnya jika pelanggan berminat dengan Vampire, dia boleh memilih bilik dengan tema Vampire yang menyediakan keranda sebagai katil.
5) Hotel de Glase -> Quebec, Canada
Setiap bulan Disember, para pengukir ais mula membina hotel yang unik ni. Dibuka dari 7 Januari hingga 27 Mac setiap tahun, hotel ini memerlukan 400 tan ais dan 12,000 tan salji dan direka bentuk dan dibina semula setiap tahun. Semua benda dibuat daripada ais termasuk gelas untuk minum.

4) Das Park Hotel -> Osterreich, Austria
Pengalaman tinggal dalam saluran konkrit seberat 9.5 tan pasti tidak dapat dilupakan oleh pengunjung. Das Park dibuka dari Mei hingga Oktober dan kadar sewa penginapan adalah mengikut nilai yang dirasakan sesuai oleh pengunjung

3) V8 Hotel -> Baden-Württemberg, Germany
Hotel V8 adalah destinasi yang paling sesuai untuk peminat kereta yang menawarkan bilik dengan tema kereta seperti Mercedes Benz, Garasi Morris Minor dan Route 66. Keseluruhan hotel termasuk penyambut tetamu dan restoran mempunyai tema kereta.

2) Capsule Hotel -> Den Haag, Netherlands
Ia sebenarnya adalah bot keselamatan di pelantar minyak yang diubah suai menjadi hotel. Walaupun kelihatan kecil tetapi ia boleh memuatkan 3 tetamu dalam sebuah bilik dan tidak digalakkan kepada orang yang mempunyai mabuk laut.

1) Hang Nga Hotel -> Da Lat, Vietnam
Hang Nga Hotel terletak tersembunyi jauh di bandar gunung Da Lat. Rumah ni dianggap sebagai salah satu bangunan dengan seni bina paling luar biasa di Vietnam.

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/11/top-10-hotel-paling-pelik-di-dunia.html#ixzz1kQbRvrvK