Thursday, January 19, 2012

Sejarah McDonald's

Perbadanan McDonald's merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia.
Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.



Garis masa

1937: Adik-beradik Dick dan Mac McDonald membukan gerai hot dog yang dinamakan "Airdome" di Arcadia, California.
1940: Dick dan Mac memindahkan Airdome ke San Bernardino, California, di mana mereka membuka sebuah restoran McDonald's di Route 66 pada 15 Mei. Sebagaimana yang biasa pada masa itu, mereka menggajikan lebih kurang 20 pelayan. Menu mereka mengandungi 25 jenis makanan, kebanyakannya daging barbeku. Hamburger McDonald's yang pertama berharga AS$0.15. Restoran itu menjadi suatu tempat yang amat popular dengan remaja-remaja, serta amat menguntungkan.
1948: Selepas mendapati bahawa hampir kesemua keuntungan mereka datangnya daripada hamburger, kedua-dua adik-beradik menutup restoran mereka selama beberapa bulan untuk mencipta dan melaksanakan "Sistem Perkhidmatan Speedee", sebuah sistem rangkaian pemasangan yang lalu arus untuk hamburger. Pelayan-pelayannya dipecat dan sewaktu restoran itu dibuka semula, ia hanya menjual hamburger, susu kocak dan kentang jejari. Dijual pada harga AS$0.15, harga burgernya hanya merupakan setengah daripada harga di tempat lain yang umum, dan ia dilayan dengan segera. Restoran itu amat berjaya, dan kemasyhurannya disebar dari mulut ke mulut.
1953: Adik-beradi McDonald memulakan francaisnya, dengan Neil Fox merupakan pembeli francaisnya yang sulung. Yang kedua dibuka di Phoenix, Arizona. Ia merupakan restoran pertama untuk menonjolkan reka bentuk Lengkung Emas; kemudiannya pada tahun yang sama, restoran yang asal dibina semula mengikut gaya ini.
1953: Restoran McDonald's yang keempat dibuka di Downey, California pada sudut Lakewood dan Florence Avenue, yang kini merupakan restoran McDonald's yang tertua di dunia yang masih beroperasi.
1954: Usahawan dan jurujual pengadun susu kocak, Ray Kroc terpesona oleh restoran McDonald's semasa membuat lawatan, apabila beliau mendapati keupayaannya yang luar biasa serta kepopularannya. (Orang-orang lain yang pernah melawat restoran itu dan diilhami olehnya ialah James McLamore, pengasas Burger King, dan Glen Bell, pengasas Taco Bell.) Selepas melihat operasi restoran itu, Kroc bertemu dengan adik-beradik McDonald, dengan cadangan supaya membenarkannya menjual francais restoran McDonald diluar pangkalan syarikat (iaitu California dan Arizona), dengan sendiri sebagai pembeli francais yang pertama. Kroc bekerja bersungguh-sungguh untuk menjual McDonald's dan juga cuba memujuk Walt Disney yang merupakan kenalannya pada masa perang, supaya mengizinkannya membuka sebuah saluran keluar di Disneyland yang akan dibuka tidak lama kemudian. Malangnya, percubaan itu tidak jadi.
1955: Ray Kroc menubuhkan "McDonald's Systems, Inc." pada 2 Mac, sebagai struktur undang-undang untuk pembeli francaisnya. Beliau membuka restoran McDonald's yang kesembilan di Des Plaines, Illinois, Chicago pada 15 April. Jumlah jualannya pada hari pertama ialah AS$366.12. Kini, risalah syarikat biasanya merujuk kepada tarikh itu sebagai "permulaan" syarikat, walaupun McDonald's pada waktu itu sudah beroperasi selama 15 tahun. Perubahan ini bertindak untuk menghapuskan nama adik-beradik daripada sejarah McDonald's untuk mengutamakan "Pengasas" Kroc. Syarikat masih merujuk kepada restoran ini sebagai "McDonald's #1".
1955: Ray Kroc menggajikan Harry J. Sonneborn sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk McDonald's. Harry Sonneborn menjadi pengaruh yang utama di perbadanan McDonald's sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1967.


Dekad 1960-an
1960: Syarikat Kroc diberikan nama yang baru, iaitu "Perbadanan McDonald's".
1961: Adik-beradik McDonald bersetuju menjual hak-hak perniagaan mereka kepada Kroc dengan harga AS$2.7 juta. Kroc meminjam daripada beberapa pelabur (termasuknya Universiti Princeton); Kroc berasa harga yang ditetapkan adalah terlalu tinggi dan wujudnya ketegangan hubungan antaranya dengan adik-beradik itu. Perjanjian itu membenarkan adik-beradik meneruskan operasi restoran asal mereka, tetapi sebagai kealpaan, mereka gagal mengekalkan hak untuk merupakan salah satu daripada francais McDonald's. Dinamakan semula dengan nama "M Besar" ("The Big M"), Kroc menyebabkan perniagaan itu tertutup dengan membuka sebuah saluran keluar McDonald hanya satu blok daripada restoran adik-beradik itu di utara; beliau menghadiri pembukaan itu. Jika adik-beradik itu mengekalkan perjanjian yang asal, dan diberikan 0.5% daripada hasil tahunan rangkaian itu, mereka atau warisnya akan menerima melebihi AS$100 juta setahun pada hari ini.
1963: Salah satu daripada wawasan pemasaran Kroc ialah keputusannya untuk menujukan pemasaran hamburger McDonald kepada keluarga dan kanak-kanak. Pembeli francais Washington, D.C., John Gibson dan Oscar Goldstein (Perbadanan Penyebaran Gee Gee) menajakan pertunjukan kanak-kanak di WRC-TV yang digelarkan Pelawak Bozo, satu watak francais. Peranan watak itu dilakon oleh Willard Scott di Washington, D.C. dari 1959 sehingga 1962. Selepas pertunjukan itu dibatalkan, Goldstein menggajikan Scott untuk melakonkan maskot baru McDonald's, "Ronald McDonald", dalam tiga iklan TV yang pertama. Watak itu kemudiannya menyebar ke lain-lain tempat di Amerika Syarikat melalui kempen pengiklanan, walaupun Scott serta versi kostumnya yang asal ditukar. Beberapa tahun kemudian, barisan watak McDonaldland diperkembangkan.
1963: Filet-O-Fish diperkenalkan di sebuah restoran di Cincinnati, Ohio yang terletaknya di kawasan yang didominasikan oleh Roman Katolik yang tidak makan daging pada hari Jumaat. Hidangan ikan itu merupakan tambahan yang pertama kepada menu asal, dan dijual di seluruh Amerika Syarikat pada tahun yang berikutnya, dengan ikan dibekalkan oleh Gorton's dari Gloucester.
1967: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di luar Amerika Syarikat di Richmond, British Columbia.
1967: Reka bentuk restoran berasingan kini, dengan bumbung mansard dan tempat duduk dalam, diperkenalkan.
1968: Mac Besar, yang serupa dengan hamburger Big Boy, dan hamburger, Pai Epal Panas ("Hot Apple Pie") diperkenalkan.


Dekad 1970-an
1970: Selepas hak milik bertukar tangan pada 1968, restoran "M Besar" yang asal ditutup. Bangunan itu dirobohkan dua tahun kemudian, dengan hanya sebahagian tanda papannya tertinggal; ini telah pun dipulihkan.
1971: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Asia pada Julai di Jepun, iaitu di daerah Ginza, Tokyo.
1971: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Eropah pada 21 Ogos di Belanda, iaitu di Zaandam (berhampiran Amsterdam). Pembeli francais ialah Ahold.
1971: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Jerman, iaitu di Munich pada Disember. Ia merupakan saluran keluar McDonald's yang pertama untuk menjual minuman alkohol, iaitu bir. Negara-negara Eropah yang lain berikut pada awal 1970-an.
1971: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Australia, iaitu di subbandar Yagoona, Sydney pada bulan Disember.
1973: "Paun Sesuku" ("Quarter Pounder") diperkenalkan.
1974: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di United Kingdom, iaitu di Woolwich, London tenggara, pada 12 Oktober. Ia merupakan restoran syarikat yang ke-3000.
1975: Konsep "Pandu Lalu" ("The Drive-Thru") diperkenalkan pada bulan Januari di Sierra Vista, Arizona. Ia kemudian digelarkan "McPandu" ("McDrive") di sesebahagian negara.
1977: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Ireland.
1979: "Hidangan Bahagia" ("Happy Meal") diperkenalkan di Amerika Syarikat.
1979: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Perancis, iaitu di Strasbourg.


Dekad 1980-an
1980: McDonald's memperkenalkan sandwic "McAyam" ("McChicken") yang merupakan makan ayam pertama. Ia tergagal dan dikeluarkan daripada menu, tetapi diperkenalkan semula selepas "Ayam McNugget" ("Chicken McNuggets") berjaya.
1983: McDonald's memperkenalkan "Ayam McNugget" yang merupakan campuran daging putih dengan yang bukan putih dalam bentuk ketulan yang kecil; dengan pantasnya, ia menjadi makanan laris.
1984: Pada 18 Julai, James Oliver Huberty merompak sebuah restoran McDonald's, dan membunuh 21 orang di San Ysidro, San Diego, California, dalam satu peristiwa yang kini digelarkan pembunuhan beramai-ramai McDonald's.
1984: Syarikat menjadi penaja utama untuk [Olimpik Musim Panas 1984]]. Restoran-restorannya di Amerika Syarikat mengalami kerugian dalam permainan "Apabila Amerika Syarikat Menang, Kamu Memang" ("When America Wins, You Win") selepas negara-negara blok Soviet memulakan Sukan itu dan menyebabkan Amerika Syarikat memenangi banyak pingkat.
1985: McDonald's membuka saluran keluar buat pertama kali di Itali, iaitu Bolzano-Bozen.
1986: McDonald's membuka saluran keluar yang kedua di Itali, dan yang pertama di Rom. Untuk mengharmonikan dengan persekitaran yang bersejarah berhampiran Spanish Steps, muka bangunan itu berwarna lembut dan hiasan dalamannya mencipta piawai yang baru untuk syarikat.
1988: McDonald's membuka restoran buat pertama kali di negara komunis, iaitu di Győr, Hungary. Sebuah restoran di Belgrade, Yugoslavia dibuka pada tahun yang berikutnya.


Dekad 1990-an
1990: McDonald's membuka saluran keluar yang pertama di Moscow pada 31 Januari. Pada suatu masa, ia merupakan McDonald's yang terbesar di dunia (ia masih merupakan saluran yang terbesar di Eropah). Disebabkan alasan politik, McDonald's Kanada bertanggungjawab kepada pembukaan saluran keluar ini tanpa banyak bantuan daripada syarikat induk di Amerika Syarikat; sebuah dinding memaparkan bendera Kanada and Soviet. Untuk mengatasi masalah bekalan, syarikat itu memulakan rangkaian bekalan tersendiri, termasuknya penternakan, di dalam Kesatuan Soviet. Berbeza dengan pelaburan asing yang lain, restoran ini menerima rouble dan bukannya dolar Amerika Syarikat. Ia amat popular, dengan pelanggan-pelanggan berbaris berjam-jam pada awal-awalnya.
1992: McDonald's yang pertama membuka di Afrika, iaitu Casablanca, Morocco.
1992: Stella Liebeck mengalami luka terbakar darjah ketiga sewaktu membeli kopi di sebuah McDonal pandu lalu. Dia mendakwa syarikat dalam kes yang kini digelarkan "kes kopi McDonald's".
1992: Pekerja-pekerja McDonald's, iaitu Freeman MacNeil, Darren Muise, dan Derek Wood dari Sungai Sydney, Nova Scotia, memecah masuk ke dalam restoran selepas waktu tutup untuk merompak tempat itu. Mereka menembak, menikam, dan memukul tiga orang pekerja sehingga mati dan meninggalkan seorang cacat secara kekal.
1992: Restoran McDonald's yang terbesar di dalam dunia dibuka pada 23 April di Beijing, China (melebihi 700 tempat duduk). Bersama-sama dengan bangunan lain yang bersebelahan, ia kemudian diroboh.
1993: Pada tengah hari 10 Ogos, Dion Terres masuk ke restoran McDonald's di Kenosha, Wisconsin dan menembak tiga kali secara rawak dari revolver .44nya. Dua orang mati dan seorang lagi cedera sebelum dia membunuh diri.
1994: McDonald's memulakan pemasaran ujian untuk hamburger CheeseHouse dengan sos McDJ yang istimewa di bahagian-bahagian Cleveland yang terpilih. Produk itu gagal.
kira-kira 1995: McDonald's menerima sungutan daripada pembeli francais bahawa terlalu banyak francais telah dibenarkan, dan menyebabkan pesaingan yang hebat antara mereka. McDonald's memulakan kajian kesan pasaran sebelum membenarkan francais yang baru.
1996: Selepas aparteid berakhir, McDonald's yang pertama dibuka di Afrika Selatan.
1996: McDonald's yang pertama dibuka di Belarus, dan merupakan negara yang ke-100 untuk rangkaiannya. Sewaktu upacara pembukaan, tentera awam Belarusia dituduh atas kekejaman kepada orang awam yang hendak masuk ke restoran di Minsk.
1996: McDonald's yang pertama di India dibuka.
1997: McDonald's memenangi kes "McLibel" yang telah dianggap sebagai kemenangan yang membawa kerugian kepada imej syarikat. Hanya lebih kurang separuh daripada keputusan mahkamah terhadap tuduhan-tuduhan memihak kepada McDonald's, walaupun banyak sumber undang-undang telah digunakan untuk mendakwa defendan-defendan yang mewakili diri.
1998: McDonald's yang pertama dibuka di Lahore, Pakistan. Seminggu kemudian, sebuah saluran keluar dibuka di Karachi.
1999: Penindak cergas Perancis yang berhaluan kiri, José Bové dan subahatnya menarik perhatian sejagat sewaktu memusnahkan bangunan francais McDonald di Millau (Aveyron) yang cuma separuh siap dibina. Peristiwa itu terjadi selepas Kesatuan Eropah mengharamkan import daging Amerika Syarikat keran menggunakan rawatan hormon; untuk membalas dendam, Amerika Syarikat menaikkan duti import untuk keji Roquefort Perancis dan produk-product Kesatuan Eropah yang lain. Bové dihukum penjara tiga bulan untuk peranannya dalam peristiwa ini.


Dekad 2000-an
2000: Eric Schlosser menerbitkan "Negara Makanan Segera" ("Fast Food Nation"), sebuah buku yang kritis kepada makanan segera secara amnya, dan khususnya, McDonald's.
2000: Syarikat membuka saluran keluar British yang ke-1000 di dalam Kubah Milenium ("Millennium Dome").
2001: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melaporkan bahawa pekerja-pekerja Simon Worldwide, sebuah syarikat yang ditugaskan oleh McDonald's untuk memberikan perkhidmatan promosi untuk "Hidangan Bahagia" ("Happy Meal") dan pertandingan 'Millionaire'/'Monopoly', membuat pencurian yang bernilai melebihi AS$20 juta.
2002: Kajian oleh majalah "Restoran dan Institusi" ("Restaurants and Institutions") menempatkan McDonald's sebagai restoran yang ke-15 dari segi mutu makanan di kalangan rangkaian hamburger, dan menekankan kegagalan syarikat untuk menguatkuasakan piawainya dalam rangkaian francais.
*2002: McDonald's mencatatkan kerugian suku tahun buat pertama kali (AS$344) pada suku tahun terakhir. Ia bergerak balas kepada pesaingan yang hebat daripada restoran-restoran makanan segera yang lain, dengan mencuba beralih ke segmen pasaran yang lebih tinggi, melalui burger yang lebih bermutu, dan jenis yang lebih banyak, serta memasang pulih restoran-restorannya. Ia mengumumkan bahawa ia akan menarik diri daripada tiga buah negara (termasuknya Bolivia) dan menutup 175 buah restoran yang rugi.
2003: McDonald's memulakan kempen pemasaran sejagat yang menonjolkan imej yang lebih sihat dan lebih bermutu. Kempen itu yang diberikan gelaran "Aku tengah menyukainya" ("i'm lovin' it™") dimulakan dengan serentak di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia.
2003: Menurut Technomic, sebuah firma penyelidikan pasaran, bahagian pasaran McDonald's di Amerika Syarikat telah jatuh tiga titik peratusan dalam lima tahun dan kini merupakan 15.2 peratus [1].
2003: McDonald's melaporkan kerugian sebanyak AS$126 juta untuk suku tahun yang keempat [2].
2004: Morgan Spurlock mengarah dan berlakon dalam filem dokumentari "Saiz Super Ku" ("Super Size Me") di mana protagonis tidak memakan apa-apa kecuali makanan McDonald's selama 30 hari dan mengalami kemerosotan kesihatannya.
2005: McDonald's menguji kaji dengan pusat panggilan untuk pesanan pandu lalu. Pusat itu yang ditempatkan di Fargo, North Dakota mengambil pesanan dari lebih daripada sedozen saluran keluar di Oregon dan di Washington. Uji kaji ini disebabkan sebahagiannya oleh kos buruh, kerana gaji minimum di Dakota Utara adalah jauh lebih rendah (melebihi 40%) daripada gajinya di Oregon ataupun Washington.
2005: Disebabkan oleh tekanan pesaingan, McDonald's Australia memulakan polisi "Dibuat untuk kamu" ("Made for you") di mana makanannya dimasak selepas pelanggan membuat pesanan, berbanding tatacara bertentangan yang diamalkan sejak 1948). Ia akan menjadi amalan yang piawai di semua restoran di Australia pada tahun 2007. Sesebahagian restoran di New Zealand telah mengikutnya. Amalan itu pernah diuji di Amerika Syarikat lebih awal lagi tetapi tidak berjaya.
2005: McDonald's membuka perkhidmatan Wi-Fi di restoran-restoran yang terpilih, dengan Nintendo untuk Nintendo DS.
2006: McDonald's mengumumkan bahawa ia akan membekalkan maklumat pemakanan dalam bungkusannya untuk semua produk, bermula pada bulan Mac [3] dan perubahan menu-nya akan menekankan ayam, salad, dan "makanan segar" yang lain, berbanding hamburger

No comments:

Post a Comment