Monday, January 20, 2014
cerita syiah pt2
TRAGEDI KARBALA
Apabila Mu’wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Mu’awiyyah r.a telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam.
Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru.
Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.
Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka beliau ( Saidina Hussain) mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka.
Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut.
Ini adalah kerana mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, yang terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
Selain daripada itu mereka berpendapat bahawa Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.
Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut. Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah.
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.
Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad: "Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku". – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yusoff.
SIAPA SEBENARNYA PEMBUNUH SAIDINA HUSSAIN?
Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.
Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.
Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala.
Menurutnya lagi: Sejarah memaparkan bahawa dialah (iaitu Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 40,00 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.
‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Nabi yang besar kedudukannya telah mempertanggungjawabkan penduduk Kufah atas kematian Saidina Hussain.
Hakikatnya ketika Al Husain datang memenuhi panggilan Syiah Kufah, dan ketika pasukan ‘Ubaidillah bin Ziyad membantai Al Husain dan 17 orang Ahlul Bait di Karbala,tak seorang pun dari orang-orang Syiah itu yang membela beliau.
Kemana perginya para pengirim ratusan surat itu? Mana 12.000 orang yang katanya akan berbaiat rela mati bersama Al Husain???
Bahkan ulamak Syi’ah sendiri, Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Hussain sebelum syahid di Karbala: "Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami." – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.
Dari segi emosinya ini sudah tentu perkara yang munasabah,kerana dalam keadaan begini sudah tentu Saidina Hussein lebih marah atau 'bengang' dengan orang yang disangka jujur dan mahu menolong serta melindunginya tiba-tiba mengkhianatinya.Yazid dan gabenornya sudah tentu tidak disetujui awal-awal dan Saidina Hussein maklum segala penyelewengan dan kemungkaran mereka,namun orang-orang Kufah yang mengaku 'Syiah' kepada cucu Nabi itu (menyokong dan sanggup berdiri di belakang beliau) tiba-tiba tidak mahu datang menolong seorang pun padahal jarak antara Kufah atau Najaf dengan Karbala amat dekat.Bayangkan tentera Ubadillah boleh tiba dari Basrah yang jauh,bagaimana pula penduduk Kufah hampir dengan tempat kejadian,yang mengaku sehidup semati dengan keturunan Ali r.a itu boleh mengkhianati cucu nabi tersebut dan tidak datang menolong pun...ini disahkan oleh sejarahwan Syiah sendiri dan jika kita baca kisah-kisah Karbala mereka pun diceritakan jumlah korban di pihak Saidina Hussein ialah 70-80 orang sahaja (kesemuanya kaum keluarga,kerabat dan pengikut yang datang bersama-sama beliau)
Bayangkan jika anda bermusuh dengan B.Anda sudah kenal B sebagai samseng sekolah.Kemudian datang pula C,menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada anda.Apabila B datang minta wang dari anda,anda berani menolak dengan kasar,mengingatkan C ada dibelakang anda.Apabila B menumbuk anda,C melihat dengan selamba tanpa menolong sedikit pun.Apabila B berlalu pergi...siapakah antara B dan C yang menaiki ranking manusia paling anda bengang ketika itu??
Jadi dinasihatkan kepada Syiah Melayu supaya memasukkan nama-nama penduduk Kufah sekali dalam senarai manusia yang dimakihamun bersama-sama Yazid dan Ubaidillah.Ini lebih adil dan saksama.Mengapa berat sebelah?
Dalam sejarah, Umar Bin Saad Bin Abi Waqqas (Saad Bin Abi Waqqas adalah sahabat Nabi yang berdakwah ke China,di mana dari China inilah Islam fasa pertama dibawa ke Nusantara) adalah orang yang diutus oleh Muslim bin 'Aqil kepada Saidina Hussein untuk memberitahu pembelotan orang Kufah.Namun jika anda baca kisah-kisah Karbala versi Syiah,anda akan dapati nama Umar Bin Saad Bin Abi Waqqas ini adalah orang yang jahat dan yang memerintahkan tubuh cucu Nabi dipijak-pijak.ANDA NAMPAK KONSPIRASI INI??
Sudah tentu orang Kufah begitu memusuhi anak Sahabat besar itu kerana memberitahu Saidina Hussein penyelewengan mereka.
Sayyidatina Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah. Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau al-‘Uyun, ms 424).
Selepas balatentera Ubaidillah pergi,barulah ada penduduk Kufah yang datang melihat kesan-kesan tragedi ini...betapa menyesalnya mereka melihat kesan pengkhianatan mereka itu sehingga ada yang meraung-raung,menangis dalam penyesalan yang dasyat.
Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.
Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.
Kita boleh lihat 'sumpah' yang diucapkan Zainab AlKubra itu berlaku sehingga ke hari ini.SIAPAKAH KELOMPOK DARI UMAT 'ISLAM' YANG BERIA-RIA BANYAK MENANGIS SEHINGGA MELAMPAUI BATAS?MENGAPA MEREKA MERATAP-RATAP MELEBIHI BATAS YANG DITUNJUKKAN RASULULLAH S.A.W SENDIRI?Pelikkan?Apa rahsianya mereka menyesal begitu rupa?Siapa yang didik mereka supaya menyesal sebegitu rupa?
Lihat pula kecaman dan 'sumpah' dari Fatimah anak perempuan Saidina Hussein r.a:
Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih ". Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah binti. Husain ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.
SIAPAKAH DARI KALANGAN UMAT ISLAM YANG MEMUKUL-MUKUL TUBUH DENGAN PEDANG SEHINGGA BERDARAH-DARAH PADA HARI INI??
Dari sini kita nampak 'sesuatu'.Ada 'sesuatu' yang cuba disorokkan oleh pihak tertentu.Masalah yang dihadapi mereka kerana dosa dan kesalahan mereka yang lampau DIBEBANKAN kepada orang lain sehingga kepada Syiah-syiah Melayu pada hari ini.Fikirkanlah.
Perlu ditegaskan lagi,artikel ini lebih fokus kepada kelompok Syiah yang melampau (Syiah sendiri memanggil mereka dengan panggilan 'Ghulat') terutama dari cabang Imamiyyah,kerana perbuatan Ghulat ini banyak dikesan dari cabang ini manakala cabang lain seperti Zaidiah pula amat dekat dengan realiti sejarah dan menghormati Sahabat juga mengakui Khalifah AlRasyidin (Abu Bakar,Umar,Usman termasuk Ali).
MASALAHNYA,SYIAH GHULAT INI MAJORITINYA BERSEMBUNYI DI DALAM CABANG SYIAH IMAMIYYAH RAFIDHAH ATAU JA'FARIYYAH INI.
Fahamkan dengan teliti,nanti dikhuatiri anda mencela orang yang salah.
Hadis berikut yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rahimahullah (256H) di dalam Shahihnya – hadis no: 5994 dimana Abdul Rahman bin Abi Na'm menerangkan: "Aku melihat (Abdullah) Ibn Umar ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum darah lalat. Ibn Umar bertanya: "Kamu berasal dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Aku daripada orang-orang Iraq." Lalu Ibn Umar berkata: "Lihatlah orang ini, dia bertanya kepada aku berkenaan darah lalat padahal mereka (orang-orang Iraq) membunuh cucu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Mereka berdua (Hasan dan Husain) adalah penyejuk hatiku di dunia".
Terdapat beberapa sebab kenapa seorang sahabat yang alim yang hidup sezaman dengan Husain bin Ali berkata sedemikian.
Pertama: Orang yang menjemput Husain dari Madinah ke Kufah adalah orang-orang Iraq.
Kedua: Orang-orang Iraq kononnya ingin membai`ah Husain dan memulakan gerakan bagi menjatuhkan pemerintahan Yazid. Ini menyebabkan Yazid terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memerhati tindakan Husain yang seterusnya. Seandainya Husain bergerak ke satu tempat tanpa tujuan politik, pasti Yazid tidak perlu memerhati beliau.
Ketiga: Orang-orang Iraq berura-ura untuk memulakan gerakan menjatuhkan gabenor pemerintahan Yazid di Kufah dan bandar-bandar di sekitarnya. Hal ini menyebabkan Ubaidullah bin Ziyad secara gelojoh mengambil tindakan ketenteraan.
Keempat: Orang-orang Iraq yang pada asalnya ingin membai`ah Husain dan menjadikan beliau khalifah terus melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidullah bin Ziyad. Maka secara tiba-tiba tinggallah Husain serta ahli keluarganya terperangkap di hadapan tentera Ubaidullah bin Ziyad yang besar jumlahnya.
Justeru sekalipun yang membunuh Husain ialah tentera dibawah arahan Ubaidullah bin Ziyad, faktor sebenar yang menyebabkan Husain terbunuh ialah orang-orang Iraq itu sendiri.
Timbul soalan seterusnya, kenapakah orang-orang Iraq yang pada asalnya ingin membai’ah Husain dan menjadikan beliau khalifah terus melarikan diri tanpa membela Husain? Jawapannya adalah mudah, mereka pada asalnya tidak memiliki apa-apa keinginan untuk menjadikan Husain sebagai khalifah. Tujuan mereka hanyalah untuk menimbulkan fitnah yang baru, yakni dengan melagakan Husain dengan pemerintahan Yazid. Perkara lain yang menarik untuk diperhatikan adalah, penduduk Iraq (syam) pada ketika itu kebanyakan mereka adalah orang-orang Syiah.
Ingat,ini tidak bermakna membela kuncu-kuncu Yazid yang juga bertindak menyerang kumpulan Ahli Bait itu.Mereka juga bersalah kerana 'tumpang sekaki' dan merelakan diri supaya terkeliru dengan tipuhelah Syiah Kufah ini.Perihal Muawiyyah,Yazid,‘Ubaidillah bin Ziyad dan kuncu-kuncunya kita serahkan kepada Allah Yang Maha Keras Azabnya,yang tinggal kini adalah pembunuh sebenar yang menjalankan konspirasi,bersembunyi dibelakang jubah Yazid Bin Muawiyyah.
MAKA SUDAH TERANG LAGI BERSULUH,SIAPAKAH YANG SEBENARNYA MENJALANKAN KONSPIRASI.Pembunuh sebenar Ahli Bait adalah golongan Syiah Kufah yang berasal dari kelompok pembunuh Usman r.a dan ada kaitan dengan Yahudi Munafik Laknatullah,‘Abdullah Ibnu Saba’ yang disahkan oleh Ulama Syiah dan Sunnah sendiri.
INILAH NENEK MOYANG KEPADA RAFIDHAH ATAU SYIAH IMAMIYYAH ATAU SYIAH IMAM 12 ATAU JA'FARIYAH.
Selepas mengenali secara ringkas apakah sebenarnya Syiah sebagai PEMBUNUH CUCU NABI yang telah mencuci tangan mereka dari darah Karbala itu,mari kita mengenali sifat-sifat mereka.
AHLI BAIT
Pertamanya,kita mesti mengenal dahulu senjata utama Syiah dalam meraih simpati mangsa-mangsanya,iaitu persoalan AHLI BAIT.Siapakah Ahli Bait?
Ahli Bait secara mudah adalah kaum kerabat Rasulullah s.a.w atau keluarga rumahtangga Rasulullah.Namun pendapat yang shahih dan terperinci, ahli bait Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah yang diharamkan bagi mereka shodaqoh. Mereka adalah isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan keturunannya, serta seluruh kaum muslimin dan muslimah dari keturunan Abdul Muthalib dan keturunan Bani Hasyim bin Abd Manaf, keluarga Sayyidina Ali dan Fatimah berserta putera-putera mereka (Sayyidina Hasan dan Sayyidina Hussein) dan keturunan mereka.
Juga keluarga Abbas bin Abdul Mutholib dan keluarga Ja’far serta keluarga Aqil yang sama dengan Sayyidina Ali juga merupakan putera-putera Abu Thalib. Pengertian khusus ini dianut oleh sebahagian kaum Sunni dan sebahagian kaum Sufi. Sementara kaum Syi’ah lebih mengkhususkan lagi ahlul-bait untuk hanya mencakup Sayyidina Ali dan isterinya Fatimah puteri Nabi SAW beserta putera-putera mereka Sayyidina Hasan, Sayyidina Hussien (4 orang ini bersama Nabi SAW juga disebut Ahlul Kisa atau yang berada dalam satu selimut) dan keturunan mereka.Allahu a’lam.Terdapat banyak hadis yang menuntut kita sebagai umat Islam mengasihi Ahli Bait seperti di bawah:
"Aku ingatkan kamu kepada Allah (agar mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (riwayat Muslim, Tarmizi, al-Nasa’i, Ahmad dan al-Hakim).
"Di dalam hadis yang lain pula Baginda SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya aku tinggalkan buat kalian dua bekalan iaitu Kitabullah dan keturunanku Ahli Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pelembut dan Maha Mengetahui telah memberitahuku bahawa kedua-duanya tidak akan berselisih sehinggakan kedua-duanya masuk ke syurga, maka lihatlah bagaimana kalian melanjutkan kepimpinanku terhadap dua perkara ini”. (Dikeluarkan oleh al-Haytami dalam Majma’ al Zawaid)
Tentang isu lingkungan Ahli Bait,ada kekeliruan di sini,sampai jarak manakah julat yang dikatakan Ahli Bait itu sehingga kita dituntut mengasihi mereka?SEbab ada pertanyaan yang mengatakan keturunan Ahli Bait ada yang melakukan maksiat dan menjadi fasiq.Lebih-lebih lagi pada zaman moden ini,dimana orang-orang yang ber'title' Syed dan Syarifah ada yang melakukan kemungkaran.Dalam hal ini,kita ambil pendapat paling sederhana,selamat dan meyakinkan.Tentang 'title' Syed dan Syarifah,gelaran itu bukanlah muktamad menunjukkan pemakainya berasal dari keturunan nabi.Gelaran ini pada hari ini tidak menjadi ekslusif kepada apa yang dipanggil keturunan nabi ini.Orang-orang Islam pada hari ini terutama masyarakat Islam Nusantara gemar menamakan anak-anak mereka Syed,Said atau syarifah (yang perempuan).Jadi tidak hairanlah tentang pemakainya yang berkelakuan tidak senonoh itu.Tambahan pula,iman tidak boleh diwarisi,iman adalah anugerah hidayah kepada seseorang.Walaupun bapanya ulama,ustaz atau ahli agama,kita tidak boleh mengatakan anaknya pasti menjadi sepertinya,kerana itu adalah ketentuan Allah s.w.t.Jadi perkara ini bukanlah menjadi isu sebenarnya.
Jadi berdasarkan pendapat yang lebih sederhana,Ahli Bait itu adalah apa yang disebut dalam AlQuran seperti di dalam Surah Al-Ahzab ayat 33:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu,dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya"
Ayat 28 sehingga 34 (termasuk ayat 33) dalam Surah Al-Ahzab ini menceritakan adab-adab bagi isteri-isteri nabi.Maka siapakah keluarga nabi di dalam rumahtangganya ketika ayat ini diturunkan (yang terdapat istilah Ahli Bait di dalamnya)?Jadi pendapat yang paling sederhana ialah Rasulullah s.a.w,isteri-isterinya,anak-anak mereka atau pun cucu-cucu mereka sekiranya telah dilahirkan ketika ayat ini diturunkan.
Dan sudah tentu kesemua ahli keluarga Rasulullah s.a.w dalam 'lingkungan selamat' ini adalah orang-orang yang rapat,duduk sebumbung dengan Rasulullah s.a.w ketika baginda masih hidup,termasuk Hassan dan Hussein r.a yang masih kecil itu.Maka inilah lingkungan yang diyakini ketepatannya dan akhlak mereka boleh kita jadikan contoh teladan.
Syiah mendakwa merekalah yang mencintai Ahli Bait.Merekalah sahaja yang paling hebat kasihkan Ahli Bait sehingga adakalanya menamakan kelompok mereka sebagai Mazhab Ahli Bait.Keegoan mereka dalam hal ini sehingga menuduh umat Islam yang tidak sealiran mereka sebagai pembenci Ahli Bait dan penyokong Yazid/Muawiyyah.Namun anehnya,mereka tidak menyebut sedikit pun pasal isteri-isteri Rasulullah s.aw yang berkongsi katil dan cinta dan kasih sayang,duduk sebumbung serta menjaga anak-anak Rasulullah s.a.w.Bagi mereka,isteri-isteri Nabi ini terkeluar dari 'carta' Ahli Bait.Tidak tahu mengapa.Tetapi kepada yang membaca sejarah pergerakan politik Syiah di Kufah dan lain tempat pasti dapat menghidu masalah mereka.
SEBENARNYA MEREKA MENGGUNAKAN NAMA SAIDINA ALI R.A DAN KETURUNANNYA SEBAGAI 'SCAPEGOAT' UNTUK CITA-CITA POLITIK MEREKA dan melunaskan dendam kepada ABU BAKAR DAN UMAR R.A YANG TEGAS DALAM MEMBASMI GOLONGAN MUNAFIK DAN NABI PALSU.
Sebab itu isteri-isteri nabi terkeluar carta dalam senarai Ahli Bait mereka.Sebab isteri-isteri nabi tiada kaitan dengan tuntutan takhta Saidina Ali.Namun Syiah Melayu yang dungu menurut sahaja dan turut menjadi 'scapegoat secara membuta-tuli,naif dan menyedihkan.
Kebingungan mereka mencapai tahap tidak siuman apabila merayakan Hari Karbala dengan mencederakan tubuh badan kononnya mencintai ahli Bait padahal mereka jugalah yang banyak membunuh atau menyiksa Ahli Bait yang tidak sependapat dengan mereka.Syaikh Al Burqu`i Rahimahullah termasuk cucu dan keturunan Ahlul Bait telah diculik dan dipenjara 30 tahun semata-mata tidak sependapat dengan Syiah Iran.Ingat,Syiah pada asalnya adalah gerakan politik,namun akhirnya meleret-leret kepada soal akidah dengan bermodalkan simpati kepada Ahli Bait dan Imam 12.
Ingat,cintakan Ahli Bait adalah TOPENG semata-mata,yang penting cita-cita politik mereka tercapai.
KATAKUNCINYA IALAH JIKA MEREKA MENGATAKAN MEREKA CINTA AHLI BAIT,KATAKAN AJARAN ISLAM MEMANG MENUNTUT SEMUA ORANG ISLAM MENCINTAI AHLI BAIT,KELUARGA RASULULLAH S.A.W.
Tiada istimewanya prinsip mereka itu.
RAHSIANYA IALAH RASA SIMPATI KEPADA KETURUNAN ALI R.A.MEREKA AKAN MEMAIN-MAINKAN PERASAAN SIMPATI INI UNTUK MENDOKTRIN MANGSANYA KE LEMBAH KESESATAN LEBIH JAUH.Mereka akan menghidangkan kepada anda kisah-kisah Karbala yang ditambah rempah-ratus ramuan secukup rasa yang menimbulkan perasaan hiba dan sayu yang bersangatan...akhirnya anda merasakan Syiah ini adalah benar dan membenarkan bahawa selain dari Syiah ini adalah salah dan batil.Itulah keputusan akhir dari drama yang dilakonkan kepada mangsa-mangsanya.
Namun cintakan Ahli Bait mereka teruji jika kita ajukan Aishah r.a yang amat dibenci mereka.Padahal Aishah r.a bukan sahaja Ahli Bait malah adalah ISTERI NABI yang memangku kepala baginda ketika kewafatannya!Dalam soal ini seolah-olah terdapat pula 'penapisan' dalam memilih Ahli Bait untuk dicintai.Ada pula 'blacklist' dalam senarai Ahli Bait.Mengapa mereka membenci Aishah r.a??Alasan mereka kerana Aishah r.a menentang Ali r.a.FIKIRKAN,ADAKAH UMMUL MUKMININ SANGGUP MENENTANG SEPUPU SUAMINYA SENDIRI?Sebenarnya mereka bencikan UmmulMukminin kerana tindakan UmmulMukminin mahu mendamaikan umat Islam;yang akan membahayakan rancangan golongan pembunuh Usman r.a,warisan Syiah Kufah dan Syiah Imamiyyah pada hari ini.
No comments:
Post a Comment