Monday, July 1, 2013
Tentera Ajaib Berseragam Putih kini Berperang di Syria
Ada kisah menarik daripada sukarelawan Hilal Ahmar Society Indonesia (Hasi) yang baru sahaja tiba di Syria dan membuat laporan di bangunan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII) pada hari Selasa (11/12/2012). Abu Yahya, penyelaras sukarelawan Hasi menceritakan kisah seorang bekas tentera Bashar Assad yang bertaubat lalu bergabung dengan mujahidin.
Kepada bekas tentera itu, para mujahidin sempat bertanya kenapa para tentera Assad yang berjumlah 1500 orang di Jabal Akhrod tidak berani melakukan serangan terhadap mujahidin Syria yang hanya berjumlah 150 orang. Dari segi kekuatan (jumlah) dan persenjataan, mujahidin sangat lemah dari tentera rejim syiah Assad.
Mendengar soalan itu, bekas tentera Bashar Assad ini berasa hairan dan bertanya. "Siapa kata jumlah mereka sedikit? Kami setiap malam melihat kamu dengan berpakaian putih bergerak dari satu lembah ke lembah lain sehingga kami berfikir dulu untuk menyerang, "kata bekas rejim syiah Assad tersebut.
Kisah yang berlaku di atas bukan terjadi sekali itu. Cerita lain muncul ketika mujahidin hendak melakukan serangan terhadap konvoi 50 trak yang dinaiki tentera rejim Bashar Assad. Hingga pada satu tempat berlaku tembak menembak di antara mujahidin dengan tentera rejim Assad. Oleh kerana mujahidin memang sudah merancang serangan tersebut menyebabkan tentera Bashar Assad berundur.
Namun ketika serangan berlaku, tiba-tiba muncul kejadian di luar jangkaan mereka. Helikopter dan pesawat pejuang datang seperti hendak menyerang pihak mujahidin. Tentu mujahidin membuat kesimpulan bahawa ini bantuan dari pihak Bashar Assad untuk menyerang mereka. Kita ketahui bahawa sehingga kini mujahidin Syria langsung tidak mempunyai kelengkapan perang seperti pesawat. Mereka bertempur hanya melalui darat dengan persenjataan yang mundur jika dibandingkan dengan senjata milik rejim Assad.
Mengukur jumlah mujahid dan persenjataan yang terhad, komando mujahidin mengarahkan untuk segera mengosongkan tempat pertempuran dan masuk ke gunung-gunung untuk mengatur strategi. Satu keajaiban berlaku, ketika mujahidin sudah berundur, bunyi tembakan masih terus berlaku. Muncung dan desingan peluru seperti tidak berhenti walaupun tidak ada satu mujahidin pun berada di lokasi pertempuran tersebut.
Komando mujahidin bertanya dalam hati, siapakah sebenarnya yang sedang berperang melawan tentera Bashar Assad. Dia kemudian memeriksa jumlah mujahid yang ada untuk memastikan jika ada mujahidin yang tertinggal dan melakukan serangan terhadap tentera Assad. Namun dari perkiraan tersebut seluruh mujahidin sudah masuk ke dalam gunung.
Hingga matahari terbit dan mereka yakin keadaan telah selamat, barisan mujahidin turun dari gunung dan terkejutnya apabila mereka melihat sebahagian tentera Assad telah terbunuh. Sebahagian yang lain mengalami luka parah akibat pertempuran hebat tersebut.
Tentu kejadian ini menjadi seribu tanya bagi Abu Yahya, sukarelawan Hasi yang menghabiskan masa selama satu bulan di Desa Salma, daerah Jabal Akhrod, Syria dan mendengar kisah ini langsung dari mujahidin.
"Siapa pula yang berada di dalam pesawat dan helikopter untuk melawan tentera Syria?" diam Abu Yahya dengan seribu tanda tanya di depan para awak media yang juga diliputi kehairanan.
Subhanallah, inilah ayaturrahman yang muncul dalam Jihad di bumi Syam. Fakta yang menjadi bukti bahawa mujahidin tidak berseorangan. Mereka bersama Allah untuk berperang menegakkan Islam di Syria dan melawan kezaliman regim Syiah Nushairiyyah terhadap umat Islam.
Semoga ini menjadi khabar baik bagi kemenangan mujahidin dan tegaknya Islam di Syria. Tentu jika kita mendengar kisah dari mujahidin, kita akan sangat faham siapakah bala tentera yang tiba-tiba datang membantu para mujahidin melawan tentera Assad
No comments:
Post a Comment