Tuesday, July 17, 2012
Konsep Tuhan mengikut Kitab-kitab Suci agama Hindu
Konsep Tuhan yang di percayai oleh penganut agama Hindu:
Agama Hindu biasanya dilihat sebagai agama politeisme. Malah, Pengikut agama Hindu akan membuktikan kenyataan ini, mereka percaya kepada kewujudan pelbagai Tuhan. Walau bagaimana pun sesetengah orang Hindu percaya dalam kewujudan tiga tuhan, ada orang yang beriman kepada beribu-ribu tuhan, dan beberapa orang lain percaya kepada 330 juta tuhan. Walau bagaimanapun, seorang penganut agama Hindu, yang mahir dalam kitab-kitab agama mereka, tetap akan menegaskan bahawa seorang Hindu harus percaya dan menyembah kepada hanya satu Tuhan.
Konsep Tuhan mengikut Kitab-kitab Hindu:
Kita hanya boleh memahami konsep Tuhan dalam agama Hindu dengan menganalisis kitab-kitab agama Hindu.
Bhagavad Gita
Kitab yang paling popular daripada semua kitab-kitab Hindu adalah Bhagavad Gita.
Pertimbangkan ayat berikut dari Gita:
“Mereka yang akalnya di pesong oleh nafsu dunia menyerahkan diri mereka kepada Dewa palsu dan ikut kaedah-kaedah tertentu dan peraturan ibadat mengikut sifat mereka sendiri.” [Bhagavad Gita 7:20]
Bhagavad Gita menyatakan bahawa hanya orang-orang yang mengikut nafsu hati mereka akan menyembah Dewa palsu iaitu ‘Tuhan-tuhan’ selain Tuhan yang Esa.
Upanishad:
Upanishad adalah kitab suci kepada penganut agama Hindu. Ayat-ayat berikut daripada Upanishad merujuk kepada Konsep Tuhan:
“Ekam evadvitiyam”
“Dia hanyalah satu tanpa yang kedua.”
[Chandogya Upanishad 06:02:01] 1
“Na casya kascij janita cadhipah na.”
“Dia tidak ada ibu bapa atau tuan.”
[Svetasvatara Upanishad 6:09] 2
“Na Tasya pratima Asti”
“Tidak ada yang sama denganNya.”
[Svetasvatara Upanishad 4:19] 3
Ayat-ayat berikut dari Upanishad melarang manusia daripada membayangkan Tuhan dalam rupa bentuk yang tertentu:
“Na samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati Kas canainam.”
“Rupanya tidak untuk dilihat; tiada siapa yang pernah melihat Tuhan dengan matanya.” [Svetasvatara Upanishad 4:20] 4
Rujukan
1[The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 447 and 448] [Sacred Books of the East, volume 1 ‘The Upanishads part I’ page 93] 2[The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 745] [Sacred Books of the East, volume 15, ‘The Upanishads part II’ page 263.] 3[The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 736 & 737] [Sacred Books of the East, volume 15, ‘The Upanishads part II’ page no 253] 4[The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 737] [Sacred Books of the East, volume 15, ‘The Upanishads part II’ page no 253]
Kitab Veda
Veda diterima sebagai kitab yang paling suci dari segala kitab-kitab agama Hindu. Terdapat empat Veda besar: Rigveda, Yajurveda, Samveda dan Atharvaveda.
Yajurveda
Ayat-ayat berikut dari Yajurveda menyatakan konsep Tuhan yang sama:
“Na Tasya pratima Asti
“Tidak ada Rupa untukNya.”
[Yajurveda 32:3] 5
“Shudhama poapvidham”
“Dia tanpa badan dan Dia Suci.”
[Yajurveda 40:8] 6
“Andhatama pravishanti kamu asambhuti mupaste”
“Mereka yang menyembah elemen alam (Udara, Air, Api, dan sebagainya) ; memasuki kegelapan,”. “Terbenam dalam kegelapan yang lebih mendalam, sesiapa yang menyembah sambhuti.”
[Yajurveda 40:9] 7
Sambhuti bermaksud ciptaan, contohnya: kerusi,meja,patung, berhala, dan sebagainya.
Doa berikut terkandung dalam Yajurveda:
“Tunjuklah kami jalan yang benar, buanglah dosa-doa yang membuat kita sesat dan menyimpang.”
[Yajurveda 40:16] 8
Rujukan 5 [Yajurveda oleh Devi Chand M.A. halaman 377] 6 [Yajurveda Samhita oleh Ralph T. H. Giffith halaman 538] 7 [Yajurveda Samhita oleh Ralph T. H. Giffith halaman 538] 8 [Yajurveda Samhita oleh Ralph T. H. Griffith halaman 541]
Atharvaveda
Atharvaveda memuji Tuhan di dalam Kitab 20, Lagu 58 dan ayat 3: “Dev maha OSI”
“Sesungguhnya Tuhan Maha besar”
[Atharvaveda 20:58:03] 9
Rigveda
Kitab yang tertua daripada semua veda adalah Rigveda. Ia juga dianggap paling suci oleh penganut Hindu. Rigveda menyatakan dalam Buku 1, lagu 164 dan ayat 46:
“Rishi ( Guru yang berpengetahuan) memanggil satu Tuhan dengan pelbagai nama.”
[Rigveda 1:164:46]
Rigveda memberikan pelbagai gambaran yang berbeza kepada Tuhan yang maha esa. Kebanyakan disebut dalam Rigveda Buku 2 lagu 1.
Antara ciri-ciri Tuhan, salah satu daripada sifat-sifat yang indah disebut dalam Rigveda Buku II bertasbih ayat 1 3, ialah Brahma.
Brahma bermaksud ‘Pencipta’. apabila Diterjemahkan ke dalam bahasa Arab ia digelar Khaaliq. Umat Islam tidak mempunyai sebarang halangan jika Tuhan digelar Khaaliq atau ‘Pencipta’ atau Brahma. Namun jika dikatakan bahawa Brahma adalah Tuhan yang Maha Kuasa yang mempunyai empat kepala dengan kepala masing-masing mempunyai mahkota, umat Islam akan menentang sekeras keras kepadanya.
Menyifatkan Tuhan dalam bentuk manusia juga bertentangan dengan ayat berikut Yajurveda:
“Na Tasya Pratima Asti”
“Tidak ada rupa-Nya.”
[Yajurveda 32:3]
Satu lagi sifat Tuhan yang indah disebut dalam Rigveda Buku II bertasbih ayat 1 3 adalah Vishnu. Vishnu bermaksud ‘Yang memelihara’. Apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Arab ia digelar Rabb. Sekali lagi, umat Islam tidak ada bantahan jika Tuhan yag Maha berKuasa digelar sebagai Rabb atau ‘Pemelihara’ atau Vishnu. Tetapi imej popular dari
9 [Atharveda Samhita vol 2 William Dwight Whitney halaman 910]
Menggambarkan Vishnu yang di percayai penganut agama Hindu, sebagai Tuhan yang mempunyai empat tangan, dengan salah satu tangan kanan memegang chakra, Seperti : Cakera dan salah satu daripada lengan kiri memegang ‘siput shell yang besar’, atau menunggang burung atau berbaring di sofa ular. Islam tidak boleh menerima apa-apa imej Tuhan. Seperti yang disebutkan tadi ini juga bertentangan dengan Svetasvatara Upanishad Bab ayat 4 19.
“Na Tasya pratima Asti”
“Tidak ada persamaan dengan-Nya”
Ayat berikut dari Buku Rigveda 8, bertasbih 1, ayat 1 merujuk kepada Perpaduan dan keagungan Wujud yang Tertinggi :
“Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rishanyata”
“Wahai kawan-kawan, jangan menyembah sesiapa melainkan Dia, Yang Maha Suci. Segala pujian bagi-Nya.”
[Rigveda 08:01:01] 10
“Devasya samituk parishtutih”
“Sesungguhnya, amat besar kemuliaan Maha Pencipta.”
[Rigveda 5:1:81] 11
Brahma Sutra:
Brahma Sutra Agama Hindu ialah:
“Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste kinchan”
“Tuhan hanya satu, bukan dua; tidak sama sekali, tidak sama sekali, tidak ada langsung.”
Oleh itu hanya kajian yang betul terhadap kitab agama Hindu boleh membantu seseorang memahami konsep Tuhan dalam agama Hindu.
Rujukan 10 [Rigveda Samhita vol. 9, halaman 2810 dan 2811 oleh Swami satya Prakash Saraswati dan Satyakam Vidyalankar] 11 [Rigveda Samhita vol. 6, muka surat 1802 dan 1803 oleh Swami satya Prakash Saraswati dan Satyakam Vidyalankar] Dalam Bahasa inggeris : Oleh Dr. Zakir Naik
Diterjemahkan Oleh : Raja Mohamed Kassim
No comments:
Post a Comment