1. Somalia
 Somalia adalah sebuah negara di pesisir Afrika Timur yang ada secara de jure. Somalia tidak mempunyai pemerintah pusat yang diakui, tidak ada mata wang nasional atau ciri-ciri lain yang berhubungan dengan sebuah negara berdaulat.
Kuasa
  pemerintahan berada di tangan   pemerintah yang tidak diakui, iaitu  
Somaliland, Puntland dan Gembong   iaitu kumpulan militan kecil yang  
saling bermusuhan, di mana ketiga-tiganya memimpin   pemerintahan .  
Somalia telah menduduki peringkat 1 Failed State   Index selama beberapa
  tahun terakhir.
2. Zimbabwe

Ekonomi Zimbabwe terus mengalami kemorosotan selama beberapa waktu. Inflasi negera ini terus meningkat hingga 2,2 juta peratus,[1] yang menjadi inflasi tertinggi di dunia.[2] Akibat inflasi yang tinggi tersebut, bank sentral Zimbabwe sudah mengeluarkan 4 versi mata wang sehingga sekarang.
Terakhir
  sekali bank sentral Zimbabwe mengeluarkan   pecahan $  
100,000,000,000,000 (100 triliun dolar!!!!) yang menjadi wang   dengan  
nominal terbesar di dunia yang kemudian digantikan dengan dolar   versi 
 ke-4 di mana setiap $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar) wang    
lama digantikan menjadi $1 wang baru. 
Dengan
  ekonomi yang terus buruk  sekarang bank sentral Zimbabwe memutuskan  
untuk membenarkan  rakyatnya  menggunakan mata wang dolar Amerika  
sebagai mata wang  untuk  menstabilkan kembali ekonomi Zimbabwe. 
3. Sudan

Sudan adalah negara yang terletak di timur laut Afrika. Sudan adalah negara terbesar di Afrika dan di daerah Arab dan kesepuluh terbesar di dunia. Lokasi sekolah hanya terdapat di sejumlah bandar, yang mana kebanyakan sekolah yang terletak di bahagian Selatan dan Barat telah rosak malah hancur akibat konflik di negara tersebut.
Pada
   tahun 2001, Bank Dunia menganggarkan bahawa jumlah pelajar  Sekolah  
Dasar adalah 46% dan 21 % dari pelajar sekolah  menengah  yang terdiri  
dari pelajar yang memenuhi syarat. Tahap pencapaian persekolahan di  
Sudan sangat pelbagai, di beberapa bahagian hanya mencapai di bawah 20  
%. 
Sudan
  mempunyai 19 universiti   berbahasa Arab. Pendidikan di tingkat  
menengah dan pendidikan tinggi di   universiti mengalami masalah  
halangan yang serius disebabkan oleh   sebahagian besar penduduk lelaki 
 terlibat dengan operasi ketenteraan sebelum dapat menyelesaikan  
pendidikan mereka.
 
 4. Chad
    Chad dalah sebuah negara di Afrika Tengah yang terkurung di daratan. Chad bersempadan dengan Libya di sebelah utara; Republik Afrika Tengah di selatan; Niger di barat; Sudan di timur; dan Nigeria serta Cameron di barat daya.
Disebabkan
  oleh jaraknya dan kebanyakan kawasannya yang   beriklim gurun, negara 
 berkenaan dirujuk sebagai ‘jantung mati Afrika.’   Sebagai negara bekas
  jajahan Perancis yang terbesar, Chad dikategorikan   negara miskin. 
Lebih
  dari 75% penduduknya berada dalam keadaan melarat.   Pada 2000-an,  
keadaan relatif semakin bertambah baik karena pendapatan per   kapitanya
  sudah melebihi US$1.000.
5.Republik Demokratik Congo

Perang bersaudara berlangsung berpanjangan di Congo sejak 1998 yang menghancurkan serta menyeret seluruh wilayah tersebut dan negara-negara di sekitarnya.
Akibat
  peperangan tersebut telah menghancurkan  infrastruktur  dan ekonomian 
 negara tersebut hingga akhirnya PBB  mengambil alih  permasalahan di  
negara itu dan memaksa Presiden Joseph  Kabila  mengadakan Pilihanraya  
Umum pada 30 Julai 2006.
6.Iraq

Iraq adalah sebuah negara di Timur Tengah atau Asia Barat Daya, yang meliputi sebahagian terbesar daerah Mesopotamia serta hujung barat laut dari Pergunungan Zagros dan bahagian timur dari Gurun Syria.
Negara
  ini bersempadan dengan Kuwait dan Arab Saudi di selatan, Jordan di  
barat,   Syria di barat laut, Turki di utara, dan Iran di timur. Iraq  
mempunyai   bahagian yang sangat sempit dari garis pantai di Umm Qashr  
di Teluk   Persia.
 7. Afghanistan

Afghanistan merupakan sebuah negara yang relatif miskin, sangat bergantung pada pertanian dan peternakan. Ekonominya lemah akibat masalah politik dan ketenteraan terkini, tambahan kemarau kuat dengan kesukaran bangsa antara 1998-2001.
Sebahagian
  penduduk mengalami krisis makanan, perhubungan, tempat tinggal, dan  
minimumnya rawatan kesihatan. Keadaan ini diburukkan lagi oleh  operasi 
 ketenteraan dan ketidakstabilan politik. Inflasi  menimbulkan banyak   
masalah. 
Menyusul
  perang keganasan yang dipimpin AS selepas  jatuhnya Taliban pada  
November 2001 dan pembentukan  Otoriti Interim  Afganistan (AIA) yang  
terhasil dari Persetujuan Bonn  Desember 2001,  usaha antarabangsa untuk
  membangun kembali Afganistan  dibawa di  Konferensi Donor Tokyo untuk 
 pembangunan Afganistan pada  Januari 2002,  di mana $4,5 juta  
dikumpulkan untuk dana wilayah yang  akan diatur  oleh Bank Dunia. 
Wilayah
  keutamaan untuk pembangunan termasuk pembangunan pendidikan, 
kesihatan,  dan fasiliti kesihatan,  peningkatan  kapasiti pentadbiran, 
 perkembangan sektor pertanian, dan  pembangunan  kembali sistem  
perhubungan, tenaga, dan jaringan telekomunikasi.
 8.Republik Afrika Tengah

Pada asalnya jajahan negara Perancis, Republik Afrika Tengah merdeka pada tahun 1960. Negara baru ini dengan cepat jatuh kepada pemerintahan diktator di bawah presiden pertamanya, David Dacko.
Pada
  tahun 1966 Dacko   digulingkan oleh sepupunya, Jean Bedel Bokassa yang
  mendirikan  kerajaan  militan dan menjadi diktator yang berperangai  
pelik. Pada  tahun 1976  Bokassa mengisytiharkan dirinya sebagai  
maharaja dan  dinobatkan dalam  upacara yang serba mewah dan mahal yang 
 dikritik oleh  banyak negara  lain. 
Dia
  juga kerap melanggar hak asasi manusia serta  menyokong gerakan   
anti-Perancis. Akibatnya, pemerintahan Perancis  merencanakan rampasan  
kuasa terhadap pemerintahannya dan pada 1979 Dacko  kembali berkuasa di 
 negara  tersebut. 
Pemberontakan
  yang kedua terjadi  pada 1981, dan pemerintahan  demokrasi mulai  
bermula pada 1993. Namun  pada 2003, rampasan kuasa  terjadi sekali  
lagi, di mana François Bozizé  mengambil alih kekuasaan.
9. Guinea

Sebelumnya dikenali sebagai Guinea Perancis (bahasa Inggeris: French Guinea), sekarang negeri ini kadang-kadang disebut Guinea-Conakry untuk membezakannya dengan jirannya, Guinea-Bissau. Ibukota, pusat pemerintahan, dan bandar terbesarnya adalah Conakry.
10. Pakistan
 
Sebuah
  negara yang terletak di Asia Selatan. Pakistan bersempadan   dengan  
India, Iran, Afganistan, China dan Laut Arab. Dengan lebih dari   150  
juta penduduk, Pakistan adalah negara keenam negara dengan   jumlah  
penduduk teramai di dunia. 
Pakistan
  juga menduduki kedudukan ketiga   negara teramai berpenduduk Islam di 
 dunia (selepas Indonesia   dan India) dan juga salah satu sebuah negara
  anggota penting OIC.
11. Pantai Gading

Pantai Gading adalah sebuah negara di Afrika Barat yang bersempadan dengan Liberia, Guinea, Mali, Burkina Faso, dan Ghana di sebelah barat, utara dan timur serta dengan Teluk Guinea di sebelah selatan.
Sebelumnya,
   salah  sebuah negara termakmur di wilayah tropika Afrika Barat,  
perkembangan   ekonominya telah terencat oleh kekacauan politik yang  
ditimbulkan oleh   korupsi dan penolakan reformasi.
12. Haiti

Negara yang terkena salah satu gempa terdahsyat tahun lalu mempunyai GDP per kapita sebesar 790 USD atau kira-kira $2/orang/hari!!
 13. Burma (Myanmar)

Sebuah negara di Asia Tenggara. Negara seluas 680 ribu km² ini telah diperintah oleh pemerintahan tentera sejak rampasa kuasa tahun 1988.
Negara
  ini adalah negara berkembang dan mempunyai penduduk lebih dari 50    
juta orang. Ibu kota negara ini sebelumnya terletak di Yangon sebelum   
 dipindahkan oleh pemerintahan junta tentera ke Naypyidaw pada 7    
November 2005.
Pada
  1988, terjadi gelombang demonstrasi besar  menentang pemerintahan   
junta tentera. Gelombang demonstrasi ini  berakhir dengan tindakan   
kekerasan yang dilakukan tentara terhadap para  demonstran. Lebih dari  
 3000 orang terbunuh.
Semasa
  pilihanraya 1990  partai pro-demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi   
memenangi 82 %  suara namun keputusan pilihanraya ini tidak diakui regim
  tentera yang berkuasa.
14. Kenya

Kenya adalah republik demokrasi perwakilan dengan sistem presiden, di mana Presiden Kenya menjadi ketua negara dan ketua pemerintahan sekaligus. Negara ini juga memakai sistem pelbagai parti.
Kekuasaan
    eksekutif dipegang oleh pemerintah, yang juga memegang kekuasaan    
legislatif bersama National Assembly. Sistem kehakiman tidak    
dipengaruhi oleh dua sistem tersebut.artikelberita
No comments:
Post a Comment